RSC

Sunday, January 2, 2011

Alhamdulillah 2010

Syukur. Syukur. Syukur
Kita dah ke tahun baru Masihi.
Alhamdulillah 2010 telah membawa saya ke satu tahap yang lebih baik dalam hidup.


Syukur.
Gadis Melayu 3 merupakan kejayaan terbaik tahun 2010.
Tanpa disangka, ia membawa perubahan besar dalam hidup saya secara keseluruhannya.
Salah satu kejayaan peribadi saya
Sentiasa positif, InsyaAllah perkara positif akan menghampiri.


2011, InsyaAllah saya akan melangkah ke tahap yang lain.
Dengan iringan doa kedua ibubapa (macam ayat buku) tahun ini bakal membawa sinar baru dalam hidup. Banyak perkara menanti.


Dalam kerjaya saya mengharapkan yang terbaik.
Mengacara suatu bidang yang asing buat saya. Banyak lagi perlu dipelajari dan perbaiki. Tak pernah terlintas dan tidak menyangka Allah menganugerahkan saya dengan bakat mengacara. Mungkin sebab saya sendiri  tak pernah berani untuk mencuba sebelum ni:) Apa pun saya gembira melakukannya dan berada bersama keluarga baru ni. Safiyya adalah buah tangan sulung saya bersama TV9. Saya perlukan doa dan sokongan semua.


Alhamdulillah. RinaSalleh.Com (RSC) akan meluaskan sayap. InsyaAllah Januari ini kedai pakaian yang diusahakan bersama keluarga akan dibuka. Masih dalam proses ubahsuai.
Dah siap semua nanti akan saya war-warkan. Pelbagai koleksi ditawarkan dan perniagaan secara online akan dipergiat memandangkan kelak saya akan mempunyai beberapa pembantu untuk menguruskannya :)


Dalam perhubungan saya turut mendoakan yang terbaik.
Saya harap lebih banyak masa yang berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga. Dan keutamaan juga akan diberikan kepada keluarga. Saya juga berharap agar hubungan bersama teman-teman rapat yang banyak memberi sokongan, dorongan, nasihat dan ikhlas bersahabat selama ni akan menjadi lebih akrab dan semoga ukhwah yang terjalin diredhai. Saya tidak menolak kemungkinan mengakhiri zaman single. Siapa tahu, jodoh ditangan Allah. Apa pun kerjaya menjadi keutamaan pada masa ini


Saya kerap ditanya, siapa si dia? Siapa pun dia, dia seorang yang memahami. Terlalu banyak telah dikongsi. Masing-masing memberikan sepenuh kepercayaan untuk menguruskan kehidupan sendiri. Tentu sekali restu dan doa dari ibubapa kedua pihak menjadi keutamaan. Masa perkenalan bukan ukuran. Jujur dan percaya menjadi kunci. Saya doakan yang terbaik. InsyaAllah.


Tahun 2011 akan lebih tertumpu kepada kerjaya.


Apa harapan tahun baru anda? Semoga terlaksana :)

13 comments:

nad said...

all the best rina !

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Waaahaa.. best la g Medan, ada banyak pat best tak kat sana? =D

yours
SH

Hariz said...

Alaa :( nak jadi pengkomen pertama tidak mampu.. 2011 ? Harap lebih baik dan fokus study!

FieZaLieSa said...

tahniah rina tuk tahun 2010..
n gud luck untuk 2011! =)

Nailah Azman said...

As'salam.

Alhamdulillah.
2010 will be the best memory in your life Rina!
Good luck with Safiyya.
I know you can delivered it well dear!

Ehem.
Skrip jangan lupa.
Nanti kena marah dgn abg kamera yang garang.
Hiks.

Hey .
I wish you will come her as u wish you wanna travel!
InshaAllah.
Amin.

Love you.

Unknown said...

gud luck in evrything..

Faizaharis2 said...

Selamat Tahun Baru Rina...

LynnAiza said...

moga trus maju untuk 2011..=)

Yuyu Zulaikha said...

semoga Rina Salleh lebih berjaya pada 2011 :)

caiyokk! :D

Zetty Abdul Rashid said...

da bace! gudluck kak na! luv!

Rina Salleh said...

nadea- same goes to u :)

shahrul- not bad at all. laketoba, berastagi and of course medan

hariz- hehe. kat twitter kan dah pertama

fieza- alhamdulillah. all the best to you:)

nailah- hihi. no worries, they are all treating me good. banyak dapat belajar and everytime i'd meet diff people:) insyaAllah. kalau pergi, i will let you know *doa*

shera- all the best to u:)

faizah- selamat tahun baru jugak

nama.aku.lynn- insyaAllah. doa untuk semua

y u y u Z u l a i k h a- semoga y u y u Z u l a i k h a pun lebih maju dalam 2011 :p

amier azrul alias said...

hepi new year kak! :)

Sheherazade said...

Alhamdulillah :)

xoxo!