RSC

Sunday, May 5, 2013

Anak muda

Ya saya anak muda mentah. Kami masih mentah. Namun mentah kami bukan mentah yang boleh digulai lemakkan. Jika ya anda rasa anda lebih berpengalaman, lebih tahu sejarah, lebih menyayangi agama dan bangsa, lebih tahu erti perjuangan, lebih segalanya, maka tunjukkan contoh yang baik kepada kami bagaimana seharusnya kami anak-anak muda mentah ini harus menghargai hidup dan bersyukur.

Andai kata-kata yang dilontar dan dihambur sama saja seperti anak-anak mentah,
Andai tindakan pantas saja menuding jari dan menunjukkan amarah,
Jadi bagaimana dapat kami percaya dan ikut?
Dimana kepimpinan melalui tauladan yang cuba ditonjolkan?
Dimana kebijaksanaan akal dan sikap mulia untuk kami teladani?

Pimpin dan bawa kami anak-anak mentah ini dengan sikap, tindakan, kata-kata dan tingkahlaku anda selayakknya seorang yang lebih tua dan dihormati.

Kami anak muda mentah inilah yang akan membawa negara maju ke depan. Kerana kami percaya usaha dan rezeki kami di beri oleh Allah melalui kekayaan dan kemakmuran negara ini. Sejarah menjadikan kami lebih berhati-hati dan berfikiran matang. Sejarah yang telah di cipta oleh orang-orang tua kami.

Kami anak muda mentah tidak menolak kenikmatan hidup yang sedia ada. Inilah negara kami, tanah tumpah perjuangan kami. Kerana sayang kami inginkan suatu pembaharuan, didikan rohani, penguasaan Amal Makruf Nahi Mungkar, kegemilangan pemerintahan Islam.

Kami anak muda mentah memang mudah termakan janji, namun janji yang kami pilih adalah janji pemimpin yang akan membawa kami menghayati hidup di dunia untuk dibawa ke akhirat.



8 comments:

aishah amin said...

Very well said young lady! :)

Kak H said...

Orang 'besar' should read this!

Unknown said...

Ye, agreed with u sis, kami anak mudad cinta negara, hanya mahu yang terbaik untuk negara

~sila kunjungi blog kami untuk dapatkan info dan tips kesihatan wanita, terima kasih~

Zinedine Zaiddin said...

One thing I've wondered (betul ke word ni lol) for some time...

Kecik-kecik kita diajar dengan nilai-nilai murni - amanah, jujur, hormat-menghormati, n etc.

Tapi bila dah besar, orang-orang dewasa disekeliling tak macam tu pulak.

Pecah amanah, kes tipu duit, menghamburkan kata-kata bersifat rasis dan lucah dalam media sosial, n etc.

Macam mana generasi akan datang nak bersikap lebih baik?

From: Bila Karipap Boleh Bercakap

Unknown said...

Very interesting post!! Kalau sudi, jenguk-jenguk lah blog saya http://nakbusiness.blogspot.com/

Nuha hayati said...

Agree with you..salam perkenalan. very nice entry.

jemput ke blog nuha.. nuha baru share entry tentang collagen.

www.nuhahayati.blogspot.com

Unknown said...

orang muda punya idea yang lebih maju daripada 'orang besar'.

riesya rizyani said...

Assalamualaikum..
Yes!!! very true..
http://dnibabyscute1.blogspot.my/
http://mummyumardian.blogspot.my/