Dunia akan layan kita macam mana kita melayan dunia.
Orang yang ada harga diri, tahu menghargai orang lain dan akan di hargai.
Orang yang merendah diri, tahu hormat orang lain dan akan di hormati.
Orang yang selalu buat baik, akan nampak kebaikkan orang lain dan di senangi.
Orang yang ada sifat belas, akan kasih pada orang lain dan di sayangi.
Orang yang berilmu, akan berfikiran jauh dalam tindakan dan di percayai kata-kata mereka.
Formula mudah dalam hidup. Kita macam mana? ♥️
#kakrinashare
ini syurga dunia
Wednesday, March 7, 2018
Thursday, June 9, 2016
Pengalaman jual kurma dan asam timbang
Lebih kurang 16 tahun lepas, masa macam ni saya sibuk di meja niaga tolong abah.
Seminggu lagi nak puasa, kami dah mula berniaga. Abah akan ambil tapak niaga sepanjang Ramadhan dan kami (saya, adik dan kakak) akan tolong menjual. Kadang-kadang ada student Universiti yang cuti semester pun kerja part time dengan abah. Kami meniaga kurma dan asam timbang selain kerepek. Sepeket dalam rm2 untuk 100g kurma. Saya pun tak ingat sangat dah. Bergantung juga ikut jenis dan berat.
Antara tempat yang saya pernah meniaga di bangunan Medan Mara, Odean (depan Pertama Kompleks) dan Jalan TAR. Mula-mula tu saya taknak. Saya macam geram juga sebab malu meniaga tepi jalan. Dah la depan jalan besar kereta lalu tak putus, panas terik duduk bawah payung pula tu, lepas tu dekat bangunan Odean tu pasang lagu kuat-kuat sepanjang masa. Masa tu dekat situ ada panggung wayang. Rasa pekak telinga. Kalau hujan, saya cepat-cepat turunkan plastik lutsinar keliling payung supaya kurma dan saya tak basah. Bila waktu berbuka saya makan dulu kurma yang saya jual sementara tunggu abah tutup gerai jualan di Medan Mara dan ambil saya. Lama-lama saya lali. Umur masa tu? 15 tahun. Dan kami jaga sorang dekat setiap tempat kadang tu sebab tak ada orang kerja. Kadang-kadang kalau ada, berdua. Kadang saya bergilir tukar tempat dengan adik. Sebab dia duduk tempat best dalam bangunan Mara. Boleh tidur bawah meja.
Saya banyak kenal dunia masa tu.
Saya jumpa orang yang rasa diri mereka berpangkat pandang kami dengan muka tak tau nak cakap macam mana. Ada yang tanya "umur berapa ni, tak sekolah ke dik?" Saya pun bagitau lah "tolong ayah meniaga cuti sekolah" Mula-mula jumpa orang yang macam ni memang rasa rendah diri sangat. Pada masa sama jelik. Tau lah dia pergi kerja pakai tie, jangan lah berlagak sangat. Rasa nak nangis. Tapi bila jumpa orang baik-baik, macam pakcik yang beli lepas tu baki duit dia taknak ambik. Kakak yang mula-mula nak beli satu, tapi lepas tu beli 3 sebab dia kesian saya meniaga bawah panas agaknya. Seronok tak tau nak kata!Rasa seronoknya jumpa orang baik-baik. Balik nanti boleh la bagitau hari ni jualan tinggi. Pernah ke tak ada jualan? Pernah jugak. Kadang sepuluh dua puluh ringgit je.
Ada sekali tu kawan-kawan ajak saya berbuka puasa sama. Masa tu saya berdua dengan adik. Saya tinggalkan dia jaga gerai sorang-sorang. Adik mengamuk sebab saya jahat tinggalkan dia. Egonya saya masa tu, saya tak kisah pun. Tapi masa tengah jalan, saya patah balik. Ahhh, tak bertimbangrasanya aku ni. Rasa bersalah taktau mana datang. Kawan pun tak tau saya tolong abah meniaga sebab saya taknak kawan-kawan tau. Maluuuuu!
Pernah juga abah meniaga tempat lain, kami pergi KL naik komuter sendiri. 2 jam nak sampai Medan Mara. Turun naik bas dan tukar stesen. Bila ingat balik, gigih jugaklah kami ni. Hihi. Sampai saya hafal lah nak naik bas mana turun mana, jalan kaki pergi stesyen mana nak shortcut dekat KL tu. Sekarang jangan tanya. Sumpah tak tau.
Satu hari masa saya duduk duduk tunggu pelanggan saya terfikir, dekat tepi jalan ni ramai orang jual barang macam-macam yang murah. Sebut je nak apa, semua ada. Pergi je bazar ke, pasar malam ke. Tapi kenapa ada orang beli dekat tempat mahal. Ruginya diorang ni! Saya tanya lagi, kenapa dekat sana jual tudung sepuluh ringgit dekat shopping mall jual tudung sepuluh kali ganda, ada jugak orang beli dekat shopping mall brand mahal. Bazir duit je. Tudung je pun. Sama je balut atas kepala. Lama soalan ni berlegar dalam kepala saya. Saya tak dapat jawapan lain melainkan, "diorang ni orang kaya kot"
Nak jadi cerita, Allah turunkan ilham dan buat saya gigih nak meniaga sangat. (Masa ni dah dekat Universiti) Meniaga ni bukan benda seronok-seronok untuk saya, bukan untuk jadi kaya pakai mahal-mahal atau untuk diterima dalam masyarakat. Meniaga ni dah tersemat erat dalam hati. Terpahat kuat dalam minda. Saya nampak meniaga saja membolehkan kami keluar dari kesusahan dan saya nak sangat bantu keluarga. Tapi kalau saya susah, macam mana saya nak bantu? Dalam keluarga, adik orang yang banyak sedarkan saya walaupun dia paling garang dan direct je marah kakak dia ni. Adik yang banyak membebel. Sebab tu kami rapat dan saya janji dengan diri sendiri saya takkan tinggalkan dia walaupun saya kat mana satu hari nanti.
Awak kalau ada kawan yang meniaga, sokong lah dia. Tak beli tak apa. Kadang bukan kita mampu semua. Tapi cubalah. Boleh bagi dia semangat, tolong promosi pada kawan-kawan lain kat tempat kerja ke. Jangan minta kurang melampau. Kami meniaga kurma dulu untung seringgit dua je satu bungkus.
Syukur Allah pilih saya lalui jalan hidup macam ni dulu. Perjalanan ni pun jauh lagi, kalau sempat capai cita-cita alhamdulillah. Kalau tak pun, saya puas buat apa yang saya buat sekarang.
Rina Salleh
Anak peniaga jalanan
Original Post: https://www.facebook.com/rinasalleh/posts/10154558146482841

Sunday, May 5, 2013
Anak muda
Ya saya anak muda mentah. Kami masih mentah. Namun mentah kami bukan mentah yang boleh digulai lemakkan. Jika ya anda rasa anda lebih berpengalaman, lebih tahu sejarah, lebih menyayangi agama dan bangsa, lebih tahu erti perjuangan, lebih segalanya, maka tunjukkan contoh yang baik kepada kami bagaimana seharusnya kami anak-anak muda mentah ini harus menghargai hidup dan bersyukur.
Andai kata-kata yang dilontar dan dihambur sama saja seperti anak-anak mentah,
Andai tindakan pantas saja menuding jari dan menunjukkan amarah,
Jadi bagaimana dapat kami percaya dan ikut?
Dimana kepimpinan melalui tauladan yang cuba ditonjolkan?
Dimana kebijaksanaan akal dan sikap mulia untuk kami teladani?
Pimpin dan bawa kami anak-anak mentah ini dengan sikap, tindakan, kata-kata dan tingkahlaku anda selayakknya seorang yang lebih tua dan dihormati.
Kami anak muda mentah inilah yang akan membawa negara maju ke depan. Kerana kami percaya usaha dan rezeki kami di beri oleh Allah melalui kekayaan dan kemakmuran negara ini. Sejarah menjadikan kami lebih berhati-hati dan berfikiran matang. Sejarah yang telah di cipta oleh orang-orang tua kami.
Kami anak muda mentah tidak menolak kenikmatan hidup yang sedia ada. Inilah negara kami, tanah tumpah perjuangan kami. Kerana sayang kami inginkan suatu pembaharuan, didikan rohani, penguasaan Amal Makruf Nahi Mungkar, kegemilangan pemerintahan Islam.
Kami anak muda mentah memang mudah termakan janji, namun janji yang kami pilih adalah janji pemimpin yang akan membawa kami menghayati hidup di dunia untuk dibawa ke akhirat.

Subscribe to:
Posts (Atom)