Ya saya anak muda mentah. Kami masih mentah. Namun mentah kami bukan mentah yang boleh digulai lemakkan. Jika ya anda rasa anda lebih berpengalaman, lebih tahu sejarah, lebih menyayangi agama dan bangsa, lebih tahu erti perjuangan, lebih segalanya, maka tunjukkan contoh yang baik kepada kami bagaimana seharusnya kami anak-anak muda mentah ini harus menghargai hidup dan bersyukur.
Andai kata-kata yang dilontar dan dihambur sama saja seperti anak-anak mentah,
Andai tindakan pantas saja menuding jari dan menunjukkan amarah,
Jadi bagaimana dapat kami percaya dan ikut?
Dimana kepimpinan melalui tauladan yang cuba ditonjolkan?
Dimana kebijaksanaan akal dan sikap mulia untuk kami teladani?
Pimpin dan bawa kami anak-anak mentah ini dengan sikap, tindakan, kata-kata dan tingkahlaku anda selayakknya seorang yang lebih tua dan dihormati.
Kami anak muda mentah inilah yang akan membawa negara maju ke depan. Kerana kami percaya usaha dan rezeki kami di beri oleh Allah melalui kekayaan dan kemakmuran negara ini. Sejarah menjadikan kami lebih berhati-hati dan berfikiran matang. Sejarah yang telah di cipta oleh orang-orang tua kami.
Kami anak muda mentah tidak menolak kenikmatan hidup yang sedia ada. Inilah negara kami, tanah tumpah perjuangan kami. Kerana sayang kami inginkan suatu pembaharuan, didikan rohani, penguasaan Amal Makruf Nahi Mungkar, kegemilangan pemerintahan Islam.
Kami anak muda mentah memang mudah termakan janji, namun janji yang kami pilih adalah janji pemimpin yang akan membawa kami menghayati hidup di dunia untuk dibawa ke akhirat.
Rina Salleh
Sunday, May 5, 2013
Thursday, December 20, 2012
Rina Salleh Clothing permulaan baru
Lamanya tak menulis blog. Entah orang ingat lagi ke tak blog ni wujud. Tapi tak penting, yang penting ingat Allah :)
p/s: oh yang saya pakai masa opening tu Peplum Blouse dari RSC dan saya mengandung 4 bulan :)
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
.
Alhamdulillah 1 Disember 2012 yang lepas Rina Salleh Clothing dah di buka di Sekyen 7 Shah Alam. Alhamdulillah syukur, dari berniaga di friendster kemudian ke blog. Masa tu pun berniaga secara suka-suka Tahun 2010 RSC beralih ke website www.rinasalleh.com mudah sikit nak uruskan lagi pun uruskan sendiri. Alhamdulillah tahun 2012 RSC muncul di alam nyata.
Seksyen 7 Shah Alam
Sebenarnya dalam perjalanan ni ramai sangat yang membantu dan bagi sokongan. MashaAllah beruntungnya Allah hadirkan orang-orang ini dalam hidup! Saya doakan mereka ini diberikan keberkatan dan bahagia hidup kerana banyak membantu. Dan selepas berkahwin tentulah suami yang banyak bagi sokongan. Kalau tak, mungkin ini pun tak jadi kenyataan.
Keratan akhbar Kosmo Ahad 16 Disember 2012
Teringat buku-buku yang pernah saya baca dan audio dari orang-orang hebat. Betapa ia banyak membantu saya untuk menjadi berani. Bukan fizikal, sebab fizikalnya saya ni kecil saja. Berani mental dan emosi. Peluang datang dalam pelbagai cara. Saya yakin ramai diluar sana yang mempunyai cita-cita untuk jalankan perniagaan sendiri tapi tak pasti bagaimana dengan 1001 persoalan. Berdoa sebab doa itu salah satu usaha. Minta Allah permudahkan jalan dan ilhamkan kepada kita peluang mana yang patut kita ambil.
RSC masih muda. Terlalu muda dan mentah. Masih kecil macam bayi yang baru lahir dan belajar mengenal dunia. Banyak lagi kena belajar dan perbaiki. Maaf kalau sepanjang berurusniaga ada salah silap, sebab di sebalik komputer ini hanya insan biasa yang banyak kekurangan.
Sekitar pembukaan RSC
Ada kelapangan dan masa jemput ke butik ya. Boleh kita beramah mesra. Staff pun Alhamdulillah ramah semuanya :)
Follow!
Instagram: rinasallehclothing
p/s: oh yang saya pakai masa opening tu Peplum Blouse dari RSC dan saya mengandung 4 bulan :)
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
.
Friday, October 12, 2012
Bertemu Diana Amir
Bertemu Diana di booth Lin Nisa' untuk program raudhah dihatiku tv9 dua minggu lepas membuatkan saya teruja! Teruja kerana katanya, dia baca blog ni :)
Dalam satu sesi bersama Yana Khairuddin dan Ami Scaheera, kami ditemubual oleh Diana, berkongsi pengalaman dan serba sikit tentang kehidupan. Banyak juga soalan Diana berkaitan apa yang saya tulis di blog. Alahai terasa segan pula. Nasib baik booth ni hanya dibuka untuk kaum wanita.
Dalam sesi temubual santai tu, Yana pemilik Calaqisya sempat kongsikan bagaimana dia bermula dan kembangkan perniagaannya. Banyak yang saya belajar. Peminat-peminat Calaqisya pun tak kalah bertanyakan soalan.
Paling menarik, Ami kongsikan pengalamannya melawan kanser yang dihidapi. Antara wanita tabah yang pernah saya jumpa! Kental dan tabah! Mereka yang hadir turut sama menahan sebak dan mendengar kisah Ami. Diana yang comel pun tertahan-tahan emosi. InshaAllah saya yakin Ami wanita kuat.
Kalau berkesempatan join booth Lin Nisa' di masjid berhampiran anda!

Friday, September 14, 2012
AHMAD ADAM SYUKRI
Assalamualaikum bakal ahli syurga semua,
Mungkin saya terlewat tahu tentang ini. Mungkin dah ramai yang dah tahu dan membantu. Di ruang kecil ini ingin saya berkongsi tentang adik Adam bakal ahli syurga ini.
Keluarga Adam di uji Allah dengan penyakit yang dihidapnya. InshaAllah kita doakan yang terbaik untuk Adam, ibu dan bapanya. Semoga mereka kuat, tabah dan di permudahkan dalam setiap urusan mereka
Follow facebook untuk berita lanjut.
Dari Facebook https://www.facebook.com/AhmadAdamSyukri
(update new page Oct 2012 https://www.facebook.com/pages/Ahmad-ADAM-SYUKRI-SN/189674197835694)
Dengan sedikit rezeki yang ada, apa kata kita kongsi dengan adik Adam dan keluarganya. Mugkin tak dapat bantu sepenuhnya tapi dapat membantu sedikit keperluan mereka.

AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED (SEVERE HIE) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK...
ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MU
LUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.
DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..
DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..
Dengan sedikit rezeki yang ada, apa kata kita kongsi dengan adik Adam dan keluarganya. Mugkin tak dapat bantu sepenuhnya tapi dapat membantu sedikit keperluan mereka.
Thursday, September 13, 2012
Kak, macam mana nak start online bisnes?
Assalamualaikum!
"Kak, macam mana nak start online bisnes?"
Soalan ni kekerapannya paling tinggi sekali dekat carta soalan terkumpul dalam inbox. Jawapan mudah saya "Nak start senang je, ada komputer, ada barang, jual!"
Tapi pun tak lah semudah tu. Mudah.com saja yang mudah. Hehe. Jadi saya terfikir untuk kongsi pengalaman yang cinonet sebesar zarah ni untuk rujukan kawan-kawan. Ini sangat umum.
Ramai pemilik online business malah peniaga-peniaga lain lain pun mula tanpa ilmu berniaga. Mula saja, terjah, cuba, jatuh, bangun, gagal hingga jumpa cara yang betul. Itu lumrah. Kalau kita merancang startegi untuk tidak jatuh dan terus ke puncak, sampai bila pun formula tu tak siap! Tapi tak bermaksud kita tak payah buat perancangan. Saya suka konsep ini: Satu bahagian perancangan dapat tingkatkan lima ke sepuluh bahagian jualan.
#SATU
Paling penting untuk kita mulakan dengan apa yang kita suka. Cara yang ni sebenarnya untuk cepatkan proses kita berjaya. Benda yang kita minat lebih mudah nak di jalankan. Kalau tak minat tapi nak buat juga, boleh. Tak ada masalah! Cuma gandakan usaha dan jangan mudah hilang fokus :)
#DUA
Kalau fokus kepada online business maka yang pertama tentukan jenis mana business ni nak dijalankan. Guna social media sebagai medium utama? Blogshop? Facebook? Jual di Instagram? atau website! Buat lah homework sikit, setiap medium ni ada follower yang berbeza tau! Mungkin ada satu yang paling best untuk jadi medium utama anda dan yang lain tu sebagai medium untuk promosi.
#TIGA
Bila dah dapat jenis business yang nak dijalankan, sekarang rangka apa strategi promosi yang paling baik. Orang muda suka approach yang hip dan funky, eksekutif lain pula, mak-mak lain, jual pinggan mangkuk lain, baju lain, tayar, basikal etc. Kuncinya kenal siapa target kita! :) Oh dalam business, promosi benda paling penting. Kalau diam saja tak ada orang tau dan cari. Melainkan kita sorang saja jual benda tu di dunia ni!
#EMPAT
"Saya dah ada online shop, saya dah puas promote. Kadang-kadang ada orang beli tapi selalunya tak. Macam mana nak buat?"
Kalau baru setahun jagung, jangan merungut dulu. Cuba check kita promote tu dekat mana? Pada siapa? Kalau dalam setahun tu cara promote sama saja macam mana nak dapat hasil berbeza? Varietykan. Cuba promote di pelbagai medium. Buka booth kalau mampu. Kita dapat sebarkan lagi tentang business kita dari booth. Dan juga cara lain, suruh otak bekerja sikit untuk fikir. Tak boleh harap orang suap semua.
TIPS! Boleh juga guna cara offline untuk tarik mereka ke online! :)
#LIMA
Dalam business online ni, gambar dan info tentang produk/servis sangat penting! Gambar yang jelas, cantik dan kemas (bukan gambar syok sendiri) lebih meyakinkan pelanggan. Letakkan juga info sampingan lain yang mungkin penting untuk mudahkan pelanggan buat keputusan pembelian. Info yang meyakinkan! Gambar juga menentukan hala tuju business kita. Selalu saya nampak peniaga pakaian upload gambar pakaian yang nak dijual berkedut. Cuba rajin sikit untuk gosok. Kalau berkedut gambar pun jadi tak menarik, baju pun nampak tak cantik dan jelas sangat pemiliknya mim alif lam sin!
#ENAM
Cari extra selling point anda yang orang lain tak ada. Tak tahu? Ini kena cari sendiri dik. Kiranya macam kelebihan kita. Tak perlu yang besar, kadang-kadang benda kecil yang nampak remeh itu lah selling point kita! Kena cuba dulu baru tau :)
#TUJUH
Sebelum nak mulakan, tetapkan niat. Dalam Islam, niat sangat menentukan apa yang kita buat. Niat yang baik, dengan usaha, perkhidmatan baik, kesabaran, ketabahan, inshaAllah Allah permudahkan.
All ze best!
Extra: Oh ini Maria Elena sebagai cover Eternity online magazine. Style & wardrobe by yours truly. Ehem.
TIPS LAGI? Boleh ajukan di facebook atau email admin@rinasalleh.com.

Back Cover
Subscribe to:
Posts (Atom)