RSC

Sunday, September 2, 2012

RSC dan 55 tahun Merdeka!

Oh macam gempak juga tajuk entry kali ni. Apa kaitan RSC dengan Merdeka?





Oh ya, sempena 55 tahun Malaysia Merdeka, RSC dengan berbesar hati nak beri voucher 55% kepada anda! Mudah saja, like page RSC dan share gambar ni. 2 orang bertuah akan memenangi voucher 55% ini!


Jangan lupa dapatkan majalah Perempuan edisi Syawal 2012, saya ada kongsikan sikit pengalaman berhari raya dan pendapat saya tentang erti Merdeka!




Antara soalan yang diajukan.

ANIQAH: apa pendapat Rina tentang merdeka? perbezaan merdeka dulu dan kini?


RS: oh okay pada rina merdeka yang kita faham adalah kerana negara kita bebas dari penjajahan dan setiap tahun tarikh tu diingati sebagai menghargai perjuangan pejuang kemerdekaan sebelum ni. syukur negara kita bebas dari dijajah, malaysia hari ini sangat bertuah!

tapi seiring masa berputar dan berlalu zaman, selain merdeka nya negara, di era ni sebenarnya kita berdepan dengan penjajahan lain. penjajahan minda dan iman! masyarakat kini sebenarnya dijajah hebat minda dan imannya. Jadi kita semua perlu persiapakan diri mental dan emosi berjuang secara dalaman menentang penjajahan minda dan iman yang dilakukan secara halus oleh Yahudi dalam cara yang kita tak sedar atau kurang nampak dengan memanipulasi banyak perkara melalui ekonomi, sosial dan agama. Ya memantapkan siri dengan pelbagai lapangan ilmu. Yang paling utama akidah, iman dan mentauhidkan Allah yang Esa sebagai perisai memerdekakan diri, minda dan iman!"



Jumpa lagi, kalau saya rajin menulis :p

No comments: