RSC

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan yang dinanti

Assalamualaikum,

Setiap hari saya bercita-cita untuk menulis tapi seringkali hanya bayangan saja. Sebab kalau menulis saya nak tulis dalam mood yang baik. Supaya lincah jari menulis dan mencurah idea Allah hadirkan untuk saya menyusun ayat.

Alhamdulillah kita dah menempuh 3 hari Ramadhan. Saya sangat yakin kita semua tahu, sedar dan sedang meningkatkan amal ibadah kita di bulan yang mulia ni. Seronok saya lihat dan baca apa yang di kongsi rakan-rakan di facebook, twitter dan instagram. Kebanyakkannya berunsur dakwah, nasihat, ingatan dan kata-kata yang baik. Semoga berterusan usaha-usaha murni ini. Terasa aura positif disana sini. Oh ya, kalau ada terniat nak mulakan atau lakukan sesuatu, mulakan bulan ni. Dengan usaha, istiqamah dan keberkatan Ramadhan inshaAllah Allah bantu usaha dan niat baik kita!

Oh beberapa hari lepas saya ada bertanya masalah peniaga online melalui facebook. Dan saya terima beberapa email berkaitan. InshaAllah saya cuba kumpulkan soalan yang sama dan beri pandangan saya secara umum. Cuba dapatkan dan buat kajian dari sudut lain dan pandangan orang lain juga ya.

Alhamdulillah saya rasa kehidupan saya semakin baik dan tersusun sekarang. Saya cuba atur semula jadual dan bahagikan masa supaya ada ruang untuk suami, keluarga, kerja dan diri sendiri. Baru-baru ini saya ditemuramah oleh majalah Perempuan untuk isu syawal dan fokusnya sebagai blogger. Bersama saya ada 3 blogger wanita lain yang jauh lebih rajin ber blog.Pada saya kita semua patut memanfaatkan kelebihan kita sebagai blogger untuk perkara yang baik. Sebab Allah tak beri kita sesuatu untuk perkara sia-sia. Ada sebab dan tanggungjawabnya. Saya juga ditemuramah majalah Aniqah untuk edisi Syawal dari sudut seorang isteri. Jujur saya sangat teruja bila bercerita tentang ini. Jadi jangan lupa dapatkan Edisi Syawal majalah Perempuan dan Aniqah nanti!

Saya nak berkongsi sesuatu hari ni dari satu diskusi yang saya dengar. Tentang pentingnya kita kawal apa yang kita dengar, lihat dan baca. Kenapa? Sebab 95% perlakuan kita dipengaruhi minda bawah sedar kita yang menerima semua yang dilihat, dengar dan baca tanpa tapisan. Ini lah yang membentuk semula kata-kata, attitude dan pemikiran kita. Dan kerana itu orang yang bijak akan menjaga segala aspek ini. Menjaga dan menjadi selektif memilih apa yang perlu, yang baik dan yang akan menjadi makanan minda mereka. Tahniah jika anda tergolong dalam kumpulan ini! Dan bagi kita yang lain ni boleh berusaha kearah itu. Mulalah jadi selektif apa bahan bacaan kita, apa yang kita dengar dan rancangan apa yang kita tonton. Pentingnya kerana semua ini akan membentuk minda dan minda yang baik ini lah yang memandu kita kearah kejayaan!

Fuhhh. Bersemangat waja lebih malam ni. Mungkin efek tenaga bulan Ramadhan :)

Selamat menjalani hari-hari indah disepanjang Ramadhan ini dan terus memberi. Memberi senyuman, sedekah, menyumbangkan tenaga dan apa saja yang memberi manfaat.



Keratan akhbar Metro Ahad 17 Julai

4 comments:

Cik Honney said...

Selamat menyambut ramdhan kareem kak rina.. ^^,..tak sabar nak tunggu majalah aniqah edisi syawal nanti..

Cik Honney said...

Selamat menyambut ramdhan kareem kak rina.. ^^,..tak sabar nak tunggu majalah aniqah edisi syawal nanti..

sakinah tarmizi said...

Selamat menyambut Ramadhan Mubarak jugak kak Rina ..:)

Husna said...

Salam Ramadhan Rina..
selamat berpuasa dan menjalankan ibadah2 yang lain