RSC

Wednesday, June 27, 2012

A moment to Remember Oki Wardina

Alhamdulillah.


Saya diajak rakan untuk ke majlis ini. Masa tu katanya esok berlangsung. Saya minta izin suami dan suami benarkan. Kami sebenarnya tak sempat nak beli tiket. Lagi pun siangnya kami ada majlis dan berharap ia habis awal supaya kami sempat pergi. Jadi kami cuma redah dan berharap tiket masih ada. Alhamdulillah! dengan izin Allah kami berjaya!




Sampai di muka pintu dewan penuh orang beratur. Memang saya jangka ramai, tapi tidaklah terbayangkan seramai ini. Terdetik di hati, ya masyarakat kita sebenarnya dahagakan ilmu, dahagakan pengisian dan makanan jiwa. Alhamdulillah Allah bawa kami ke majlis sebegini hebat!


Saya duduk di tengah dewan. Bayangkan ada lebih kurang separuh lagi dibelakang saya


Semasa saudari MC menjemput Oki ke pentas, tiba-tiba seluruh dewan terdiam dek suara Oki yang membaca sajak. Sajak yang sungguh mendalam maksudnya. Tentang seorang muslimah. Suara Oki kedengaran agak sayu dan sesekali tersekat. Air mata saya bergenang. Pelakon Ketika Cinta Bertasbih ini memang hebat.


Tak lama kemudian terdengar pula suara wanita membacakan potongan ayat suci al-Quran. Berselang seli dengan suara kanak-kanak yang cukup lunak dan fasih sekali bacaannya. Air mata saya gugur. Sayu dan terpana. Kemudian berjalan Wardina bersama anaknya dari pintu dewan ke pentas. MashaAllah saya kagum dengan beliau.


Sungguh saya akui malam itu sangat tenang. Sangat terkesan setiap kata-kata dan cerita yang di kongsi oleh Oki dan Wardina. Panjang perjalanan hidup mereka. Tidak mudah rupanya untuk menjadi muslimah sejati. Banyak kepayahan dan ranjau dihadapi tapi mereka masih kuat dan terus berjuang. Sekali lagi saya kagum. Kagum dengan dugaan yang Allah hadirkan pada mereka dan kekuatan mereka untuk terus berdiri dan berjuang.


Oki berkongsi kisah sejak dari zaman kanak-kanaknya dan bagaiman dia sangat ingin menjadi seorang pelakon. Diselit cerita lucu dengan gaya dan suara Oki yang bersahaja, sesekali berderai seisi dewan ketawa. Oki terus bercerita bagaimana dia tiba-tiba terdetik untuk berubah apabila ibunya diuji. Sehingga dia memutuskan untuk brhenti dari dunia lakonan. Tabahnya insan ini. Kak Dina juga sesekali mencelah bertanyakan soalan kepada Oki. Kagum saya bila Oki megakui yang dia sedang mengikuti kelas hafazan al-Quran dan setiap hari membacanya. Alahai, jauhnya saya ni.


Kak Dina seperti biasa penuh inspirasi. Perkataan demi perkataan, ayat demi ayat tak jemu untuk didengar. Subhanallah, syukur dalam masyarakat kita yang berlumba-lumba mengejar dunia, ada insan ini yang Allah hadirkan untuk berkongsi kisahnya dengan kita. Kata-kata Kak Dina yang tengiang-ngiang di telinga saya: "Saat kita buat dosa, kita tak rasa dosa tu pahit. Kita rasa manis sangat" Sebab tu ramai yang terperangkap di dalamnya. Dipesongkan dan tewas dek hasutan syaitan!


Kawan, jom lah kita berubah, menjadi muslimah yang lebih baik. Baik dari segi akhlak, amalan, pakaian dan semuanya. Kita ubah sikit-sikit. Janji ya!




Majlis seperti ini semakin banyak dianjurkan. Jom lah kita ambil peluang untuk mengutip ilmu ilmu melalui majlis seperti ini. Tahniah buat team One Heart Creative Solution yang giat menjalankan majlis-majlis yang mendekatkan masyarakat dengan Pencipta kita Allah SWT.


InshaAllah bila kita luangkan masa untuk Allah, Allah luangkan masa juga untuk kita hambaNya yang lemah lagi hina ini.

7 comments:

Puteri Iqa Izyan said...

ya Allah, rase rugi tak dpt pergi. jauh~

kalau dekat, nak sgt pergi.

dayangNoor said...

ya Allah..bestnya dpt pegi majlis ilmu camni..saya kat sabah,xdpt pegi..^_^

Riena Haiqal said...

suka sangt2 kat Wardina.. kagum dengan kesungguhan dia.. :)
Oki pulak baru2 ni jer saya nampak dia pakai tudung sangat2 saya terkejut dan sangat2 saya gembira tngok.. saya suka tengok lakonan dia.. Subhanallah.. mereka membuatkan saya semakin insaf..

YUS said...

Ya, JOM berubah!

Intan Norhaida Hussain said...

untungnye tggal di sana...mudah nk pg majlis ilmu mcm ni.....tp org kata..nk seribu daya kan...:)

Erra Kyra said...

salam... bagus nya..




sy bukan saja tekesan dgn cerita oki n dina.. tapi juga cara kamu menyampaikan entry ini.. sgt tidak memboringkan.. dan mudah faham dihati..



syukran.. salam kenal. Erra Kyra

Mok Sudah said...

Assalamualaikum..anda beruntung dipilih oleh Allah untuk majlis ilmu..malaikat berdoa untuk orang yg hadir majlis ilmu...sepotong ayat yg awak kongsi dr majlis itu menambah pahala dan memberi pengajaran pd saya..