RSC

Wednesday, June 27, 2012

Garam Bukit dan 1001 rahsia

Alhamdulillah! RSC secara rasminya menjadi pengedar bagi produk Aroma Salt Crystal yang berasaskan garam bukit. Rina sendiri dah lama amalkan penggunaan garam bukit sejak tahu kebaikkannya. Malah untuk masakan pun beli garam bukit yang banyak terdapat di pasaraya. Dah tak guna lagi garam laut.




Oh kenapa garam bukit? Setelah amalkan dan tahu khasiatnya, saya rasa bagusnya dapat berkongsi manfaat garam bukit ni bersama orang lain. Sejak amalkan mandian ais tahun lepas di Pusat Rawatan Terapi Diri, saya tertanya kenapa garam dicampur dalam mandian saya bersama ais, madu dan bahan-bahan lain. Kemudian saya diterangkan tentang kebaikkan garam bukit ini dari sudut sains dan Islam.


MashaAllah takjub saya dengan rahsia-rahsia alam yang begitu banyak. Dan Alhamdulillah memang terasa kelainanya sejak saya amalkan pengambilan garam bukit dalam minuman dan mandian.


Dari sainsnya garam bukit ni sangat berkesan untuk melancarkan perjalanan darah, merawat masalah jerawat, parut membuang toksin dan sel kulit mati juga sesuai bagi merawat masalah kulit. Terutamanya yang mengalami masalah kegatalan. InshaAllah garam bukit dapat membantu secara semulajadi.


Satu yang menarik saya dan membuatkan saya mengamalkan garam bukit kerana ia dapat membantu meningkatkan aura dan potensi diri. Bagaimana? Garam bukit ini antara rahsia alam yang mempunyai tenaga atau energi. Sama seperti air. Dua bahan ini mempunyai kekuatan memerangkap gelombang dalam cara berbeza. Sebab itu dalam perubatan Islam, air dan garam banyak digunakan. Tapi bukan garam laut, garam bukit. Ini kerana garam bukit tidak disukai jin dan syaitan. Banyak lagi rahsia garam, air sejuk, tulang dan darah dan lain-lain lagi yang menjadi rahsia dalam diri kita. Gabungannya sangat membantu membentuk aura diri yang baik! Banyak pembacaan, kelas, sesi diskusi dan juga amalan yang saya lakukan dalam setahun lepas. InshaAllah saya kongsikan dimasa lain :)




Dan tahukah anda, garam bukit hanya berkesan digunakan pada waktu pagi? Terutamanya diwaktu subuh. dan ia tidak digalakkan digunakan pada waktu malam. Kerana ia sama saja seperti tidak mengambilnya. Garam bukit tidak berfungsi di waktu malam. Pengambilan secubit garam bukit di waktu pagi juga menjadi amalan pemurah rezeki dan secubit sebelum dan selepas makan bagi memperbaiki kesihatan.


Garam bukit juga sesuai untuk kanak-kanak dan bayi. Terutama bagi mengelakkan gangguan halus yang mudah mendekati bayi. Biasanya bayi suka mandian garam ni :)


Penggunaannya cuma sebagai amalan yang berasas dan bersandarkan fakta. Jangan hingga taksub dan jadikan kepercayaan ya. Kita berusaha dan cuma yakin kepada Allah. Kena betulkan persepsi.




Sunnah
Rasulullah S.A.W menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali makan:
“Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah kusta, sakit perut dan sakit gigi. Selebihnya Allah yang Maha Mengetahui.” 






Jadi kalau nak dapatkan garam bukit mandian, Aroma Salt Crystal, dalam wangian vanilla atau white musk pada harga pengenalan dan juga Garam Booster yang dicampurkan secubit dalam minuman. Anda boleh lah layari RinaSalleh.com untuk mendapatkannya! Yang penting mendapat manfaat garam bukit ni. InshaAllah, Benarlah, berbeza hidup bila kita amalkan sunnah dan tahu kenapa ia diamalkan :)

6 comments:

Riena Haiqal said...

saya pernah dengar juga kebaikan garam bukit ni.. :)

onie said...

wahhhhhh, garam bukit tu pun menarik warnanya :D

abby said...

nak campur dlm masakn pun boleh ke rina yg garam booster tu?

ellinda said...

Salam Rina,
Lin berminat utk menjadi pengedar. Macam mana caranya ya?

Ain Abia said...

rina ain pun amalkan mandi garam bukit ni.. ada kawan beli dia pun kata sgt best. dan paling ketara lepas guna, jerawat dekat blkg badan Alhamdulillah hilang :D

Juraida Johari said...

Ju dan kawan-kawan telah mandi garam bukit. Hasilnya memang luar biasa. Ramai yang sakit-sakit juga beransur sembuh. Itulah hikmah di sebalik Allah kurniakan garam bukit pada kita http://www.facebook.com/SecretHealthSalt