RSC

Saturday, May 5, 2012

Scarflet Sisters

Salam!


Mesti ramai yang biasa lihat wajah-wajah ini. Mungkin di blog, di tv, di majalah, di akhbar, youtube, rancangan fesyen atau "macam pernah nampak?".


Pada awalnya Rina sendiri kenal mereka ni kerana fesyen mereka menjadi ikutan. Terutamanya melalui blog-blog mereka yang penuh dengan inspirasi fesyen! Pertama kali saya bertemu dengan individu-individu ini pada awal tahun 2011 dalam satu sesi makan malam atas jemputan Lyna Kamal. Seronok! Dan semasa berbual terkeluar perkataan 'Scarflets' dari Shea Rasol kerana kami semua bertudung. Hihi.


Comel kan Shea design poster ni :)
Antara yang hadir semasa pertemuan pertama:  Lyna Kamal, Yana Khairuddin, Jezmine Zaidan, Eyqa Sulaiman, Shea rasol. Maria Elena, Rina Salleh ehem ehem, Adriani Adnan, Fira Hanis dan Cik Epal!


Sejak dari itu kerap juga lah kami berhubung. Tapi saya jarang dapat ikut serta aktiviti mereka kerana baru bermula bersama Safiyya tv9 dan sibuk menguruskan perniagaan kecil. Saya percaya kami ada sesuatu yang boleh digunakan yang dapat membantu memberi inspirasi kepada mereka disekeliling. Tapi saya tak nampak lagi jalannya.


Pertemuan pertama yang berjaya mencuri perhatian Aquila Asia edisi May 2011



Antara pertemuan-pertemuan selepas itu


Banyak pihak mula menyedari kehadiran Scarflets. Majalah Jelita kemudian menjemput kami untuk ruangan fesyen hari raya inspirasi blogger 2011 dengan spread penuh 6 muka surat! Scaflets juga pernah ditemubual dalam rancangan Safiyya beberapa bulan lepas!



Majalah Jelita Edisi Raya 2011


Selepas setahun, kami merasakan ikatan ukhwah ini perlukan sesuatu agar ia lebih terurus. Dan dalam setahun ini sebenarnya banyak perubahan yang saya lihat berlaku di antara kami dan ramai rakan-rakan baru bersama kami (Baru sebab saya yang baru pertama kali jumpa mereka. Hehe) Saya kagum dengan mereka! Perubahan kearah positif dan membina jati diri yang lebih baik. InsyaAllah. Selepas beberapa orang diantara kami pulang dari menunaikan umrah di tanah suci Mekah, mereka kongsikan cerita-cerita menarik yang cukup menyentuh hati dan menginsafkan. Ada diantara kami merupakan rakan usrah dalam kelas yang sama. Emm, banyak lagi perkara yang tak perlu saya ceritakan.


Pernah ada yang bertanya, Scarflets? Apa tu? Perempuan berskaf yang sibuk berkumpulan? Sibuk dengan fesyen dan kecantikan? Kami rasa sudah sampai masanya kami ubah perspektif ini selaras dengan perubahan diri dan matlamat kami. Akhirnya selepas berbincang kami sepakat untuk membentuk sebuah organisasi. Kami percaya fesyen bukanlah matlamat utama kami. Emmm mungkin dulu. Kami juga jahil dan banyak khilafnya. Tapi kami percaya dengan fesyen juga kami mampu menginspirasi wanita lain memperbaiki diri.


Jadi kami ingin bermula semula bersama Scarflet Sisters! (oyeayyy!)


InsyaAllah dalam masa terdekat kami akan jalankan aktiviti dan program-progam yang telah dirancang. Mungkin terlalu awal untuk diberitahu. Lagipun kami masih lagi berbincang. (oh aktiviti anjuran Jezmine, Shawl Styling dibantu oleh Scarflet bulan lepas mendapat sambutan yang sangat menggalakkan!) Kalau ada cadangan bolehlah bagitau. Website juga dalam proses penyiapan. Saya percaya Ami Schaheera dan Aishah Amin tidak akan menghampakan kami :p



Selepas majlis doa selamat dan makan-makan. 





Ramai lagi sebenarnya di sebalik Scarflets ni. InsyaAllah nanti Rina update lagi! Doakan kami :)


p/s: Jangan lupa datang dan temui kami di PWTC esok, 6 May 2012 jam 1 tengahari sempena pelancaran majalah Karangkraf terbaru, Hijabista!

11 comments:

MESSYSERABUT said...

wah sangat kagum dengan Scarflets!! selamat berjuang! hee.. peace..

CikAnyss' :O said...

inspired me a lot !

♥aQilah♥ said...
This comment has been removed by the author.
♥aQilah♥ said...

Congrats kak rina and all the scraflets sisters...
Tak sabar nk tggu all the activities yg dirncgkn tue..hehe...
emga ukhwah antara kalian berkekalan dan kerana Allah..and all the best!!

Puan Besar Shag Yahaya said...

Alaaaa~ Tak dapat p esok ;'(

Erra Kyra said...

SALAM...Pertama kali kot menaip


untuk mengomen disini..


huhu


salam saling kenal ya rina..


u da pon sy letakkan dlm bloglist sy...InsyaAllah Rina update sy ikuti pasni =)



daaaaaaa daaa~

Ayu Iman said...

proud and congrats kak Rina=)

saya juga akan follow u the next entri..

LIYANA MASTURA said...

Yeahh just love 'em style:)

onie said...

saya suka dengan cara mereka :D

marshmellow hot chocolate said...

boleh tau tak akak yang pki jubah n shawl pink dlm gambar last tu sape nme die? rasanye dlu die study kt kampus sy ni..

NJ said...

Seronoknya! Teringin nak join Scarflets :(