RSC

Friday, April 13, 2012

Tujuh tahun, dan ini permulaan

Tujuh.
Bukan enam atau lima.
Apatah lagi satu.
Tujuh tahun.
Dan ini masuk tahun kelapan saya mengenali suami.


Bila kawan blogger ajukan soalan macam mana kekalkan hubungan tujuh tahun sehingga kami bernikah. Ahhh, jawapannya tidak mudah. Tidak.


Kami berkenalan semasa hari orientasi di universiti dulu. Dia sangat menjengkelkan pada saya kerana sikapnya yang kuat mengusik. Rimas dan sakit hati. Tapi kata orang kalau benci jangan terlalu benci, nanti berubah hati. Kami berkawan dan dari situ cerita bermula. Semasa di universiti seronok sebab dia kawan bersaing. Siapa dapat pointer bagus, dia menang, dan yang kalah kena belanja! Tapi menang atau kalah selalunya memang perut ini dapat habuannya.


Di universiti kami masing-masing sibuk. Maklumlah selain kuliah, kami rajin dengan aktiviti berpersatuan. Sehinggalah pada tahun akhir pengajian kami di dalam persatuan yang sama dan kendalikan event bersama. Dia pengarah dan saya timbalan pengarah untuk Karnival Kerjaya UTM. Saat itu kami sering bertelingkah. Masing-masing punya pandangan. Baru tahu bila kerja bersama kami selalu seperti orang asing. Serius. Ego. Dan garang. Oh semua tu merujuk kepada saya. Dia? Cool dan mengalah. Itu selalu buat saya lemah.


Saya dan suami jauh berbeza. Dia begitu humor orangnya. Jarang sekali serius dan sering buat saya ketawa. Ini juga selalu menjadi isu antara kami bila kami perlu bincangkan perkara yang serius. Tapi sebenarnya saya suka dengan jenaka dan sifat humornya. Sikapnya yang mengambil berat dan penuh dengan kejutan. Selalu buat saya tersenyum :)



Saya boleh jadi seperti ini bila bersama suami. Berjangkit.
Terima kasih FOTOENAK



Selepas tamat pengajian, kami bawa haluan masing-masing. Panjang kisahnya. Yang tahu mungkin tahu. (Sebab dulu selalu tulis disini saat tertekan, ah jiwa muda) Dua tahun kami tak berhubung. Masih berhubung sebenarnya cuma kurang. Mungkin 2 atau 3 bulan sekali. 2004-2011. Cuma bertanya khabar. Dalam perpisahan kami mencari jalan hidup. Masing-masing berlagak seperti tiada apa namun entah macam mana, masih ada rasa cemburu, kasih dan ambil berat diantara kami. Pelik. Kadang-kadang berperang dengan perasaan sendiri. Terlalu peribadi untuk dikisahkan apa yang terjadi sepanjang itu. Biarlah ia jadi pengalaman berharga buat kami


Sepanjang tempoh itu saya menjadi semakin kuat dan berdikari.


Tiba-tiba satu hari semasa dia di Sabah atas urusan kerja, saya terima bbm dari dia beritahu ada hal penting. Katanya selepas selesai tugas nanti, dia ingin berjumpa. Saya tak rasa itu serius. Kami pun dah lama tak berjumpa jadi apalah yang penting sangat tu? Hampir sebulan kemudian dia bbm lagi dan beritahu terlalu lama untuk simpan. Dia masih sibuk berulang alik Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak dan kami belum sempat berjumpa. Katanya keluarga akan datang menjengah hujung tahun. Saya kaget. Tak pasti apakah itu. Saya berdoa minta Allah berikan petunjuk. Permudahkan jika ini yang terbaik.


Akhirnya keluarga bertemu dan bersetuju. Itu antara kenangan indah yang ingin saya pahat kuat dalam memori. Banyak halangan di awalnya sehingga saya hampir putus asa. Saya tertanya apakah yang Allah ingin beritahu saya. Sehinggalah kemudian saya dihadirkan dengan orang-orang istimewa dalam hidup yang banyak membantu saya. Ya membantu saya lebih mengenal diri dan Allah.


Alhamdulillah, sepanjang tempoh merisik hingga ke hari kami di nikahkan kami masing-masing memperbaiki diri. Ingin menjadi insan dan hamba yang lebih baik. Dan pada masa itu segalanya semakin dipermudahkan buat kami.


Saya rasa untungnya kita di hari ni. Banyak teguran-teguran dan nasihat dengan mudah boleh kita dapati. Adanya golongan-golongan alim/pendidik yang semakin celik IT memudahkan kita mendapat apa saja ilmu dengan pantas. Tinggal lagi kita mahu atau tidak mendidik hati untuk menerima dan perbaiki diri. Malu juga bila kenangkan diri semasa zaman belajar yang cukup jahil. Sibuk dengan kisah cinta dan banyaknya hal duniawi.


Selepas 2 tahun dan bertemu semula, saya rasa seperti belajar mengenali dia semula. Seperti orang yang baru dikenali kerana dia semakin dewasa. Semakin bijak dalam tingkah dan bicara. Ada baiknya juga kami berpisah. Sebab kami belajar dari pengalaman itu.


Semoga Allah merahmati hubungan ini. Menambah kasih sayang diantara kami setiap hari. Meningkatkan sabar dalam diri. Menyuburkan iman dan taqwa dalam diri kami. Menjadikan kami saling melengkapi dan mengingati.


Dan saya ingin menjadi ketua bidadari buat suami di syurga nanti...

19 comments:

Akim Iqbal said...

Amboiii

ZYASH said...

Alhamdulillah...jodoh kerana allah, cinta kerana allah...Amin ya rabbal alamin....

fYZa said...

lumrah kehidupan kan,,klu mmg ditakdirkan jodoh mmg tak kemana ye tak,, =)

Amirah Filzah said...

semoga berkekalan kak rina (:

A T I K A H L A T I F F said...

itu semua dah tertulis untuk kak rin. semoga kak rin berbahagia hingga ke jannah. :) happy for you kak rin

Miss Amateur Cook said...

so sweet! thanks for sharing kak rina. saya mgkin faham wlaupun ringkas cerita ni tapi bermakna bagi saya. sebab cerita cinta kak rina macam saya. dah nak masuk tahun ke 6 saya mngenali dia dan banyak dugaan yang kami hadapi hingga kini. mungkin sbb sikap ego dan garang saya ni tapi dia sebaliknya. hmmm tak tahu la kak rina.

anyway semoga kak rina bahagia bersama suami kak rina hingga ke syurga. insyaAllah.
^_^

onie said...

semoga berbahagia hingga ke syurga kak rin :))

BeYLa! said...

Alhamdullilah soo sweet~ Semoga berbahagia hingga ke Syurga~~ *ameen*

zainatul abu bakar said...

so sweet kak...moga jodoh anda berdua kekal selamanya :)

LeenNajib said...

hope bhgia n kekal slme2nye sis :)

Peri PiA said...

Amin, :)

Asikin Izas said...

your story little bit same with mine..xsbr menunggu hari bahagia..hihi

Ietams said...

semoga kekal dunia akhirat. :-)

wannusrah said...

happy for u kak rina !

farahd101 said...

Thank you for clearing my curiosity :) A relationship without sacrifices is not a strong relationship because we won't learn anything from it. I learn a great deal from this entry and I know that you guys are going to be happy together for a long time :) Insyaallah :)

farahd101 said...

http://bloomy-day.blogspot.com/2012/04/beautiful-story.html

namasayatihah said...

nice story...utm??/umm..i do think kite satu batch...hehe..all da best in future undertaking!!

Hannah Miswan said...

kak sgt hebat dapat kekalkan sehingga 7 tahun, hannah nie nak dapat setahun pun tercunggap kak...
heeee

BERT said...

sweetnya kisah rina.. kalau dah jodoh tak kemana... macam kisah saya je ni hehehe.... ada jugak saya kisahkan dalam blog...

bertahun2 bercinta.. pernah putus seketika.. dan akhirnya kami bersatu kembali hingga ke jinjang pelamin... ALhamdulillah.. tahun ni masuk tahun ke 9 mengenali cik suami.. kes sama kenal masa di U dulu, berlainan kursus tapi satu fakulti.. harap kita sama dipanjangkan jodoh hingga ke syurga kan rina...