RSC

Thursday, April 12, 2012

Hari Bersejarah yang tak mahu diulang

Salam,

Alhamdulillah, seronok dengan kehidupan baru. Saya sedar lama tak menulis. Mungkin ini boleh mengubat sedikit kerinduan (kalau ada yang merindui) :)


Lagi gambar di Hafiz Atan


Alhamdulillah Majlis akad nikah dan resepsi kedua belah pihak berjalan lancar Februari lalu. Dah lebih sebulan berumah tangga. Majlis serba sederhana tapi sangat bermakna dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai. Syukur Alhamdulillah.


Majlis akad nikah berlangsung dirumah. Rasanya tak cukup tangan kaki nak kemas dan buat persiapan. Hingga ke lewat petang pun saya masih sibuk. Padahal malamnya majlis akad. Orang kata pengantin kena duduk tenang. Tapi saya tak betah. Rasanya dengan keluarga yang kecil, kami kena buat sendiri tak boleh lepas tangan.


Pakaian nikah, saya tempah di Jakarta. Simple saja dan kosnya juga lebih rendah berbanding di sini. Tudung saya di taja oleh kawan baik Ika dari Radiusite beserta veil dari Salikin Sidek. Dandanan malam tu juga ringkas. Kak Jue berjaya sempurnakan dalam masa kurang setengah jam! macam ni, petang tu Kak Jue terkandas dalam traffic jam. Tapi disebabkan kepakaran Kak Jue jadi semuanya dapat dibuat dengan cepat. Oh Kak Jue dulu pernah mekapkan Rina dan rakan-rakan sepanjang rancangan Gadis Melayu 3. Banyak juga rancangan TV yang dah Kak Jue jayakan. Kalau nak hubungi Kak Jue boleh  ke FB https://www.facebook.com/JueEden atau 013-2303027.


Antara gambar dari jurugambar malam tu, Bakri Hafiz Hisham.
Secara jujur saya bukan saja meminati hasil seni Bak tetapi juga semangat dan kekuatan Bak. Dalam tutur kata dan gayanya saya tahu dia ikhlas. Sungguh berbakat! Tapi selain bakat, dia ada sesuatu yang lain. Saya kagum.




Ini Leeyana buat juga! Corsage. Leeyana memang berbakat dalam craft dan buat cupcakes yummy! Tempah sekarang! Blog Leeyana



Ini pula salah satu hantaran yang comel. Saya Tempah dari Nani Idayu. Jauh dari Teluk Intan Nani hantar. terima kasih Nani.



Sesetengah orang mungkin rasa gementar, sedih, teruja, terharu dan sebagainya. Tapi saya cukup tenang dan gembira malam tu. Terharu bila kawan-kawan rapat yang hadir menitiskan air mata tatkala selesai lafaz akad. 



Dengan sekali lafaz, Alhamdulillah.



Lyna dan Maria antara sahabat terawal yang tiba. Terusik hati saya melihat air mata mereka berlinangan semasa kadi membacakan khutbah dan memberi nasihat sehingga akad selesai.




Saya tahu mereka begitu sayangkan persahabatan kami. Saya doakan mereka dilimpahi rahmat Allah dan kebahagian dalam hidup.



Antara sahabat-sahabat  terdekat yang hadir



Anak buah yang cukup nakal dan manja




Selesai akad.



 Tujuh tahun, dan ini permulaan hidup kami




Ibu, yang banyak berkorban untuk kami semua. Memandang wajah ibu saja sudah cukup buat saya bahagia.




Le familia. Baju ungu bukan kembar saya.




Keluarga mertua yang happening! Terima kasih kerana menerima kehadiran saya dalam keluarga ini. Mereka terlalu baik hingga saya selalu terkelu lidah :)



Terlalu indah memori ini yang ingin saya kenang hingga akhir hayat. Keluarga saya di dunia. Dan hari bersejarah ini biarlah sekali. InsyaAllah




Foto-foto menarik dari BAK:



20 comments:

Peri PiA said...

semoga bahagia hingga ke syurga..Amin

ZYASH said...

Tahniah... Semoga bahagia kekal dunia akhirat... Amin Ya Rabbal Alamin...

ucupiza said...

lawa sangat k.rina.
pape selamat pegantin baru..moga kekal hingga akhir hayat

farahd101 said...

how did you stay together for so long? What's your secret? How did you maintain it until the day you get married? :) It's just too beautiful for words when I see your marriage and other people's marriage. I've been together with my guy for a year plus now and it's hard to imagine the obstacles that I have to face to get to where you are now :)
So, congrats on your marriage and may Allah bless you :)

LeenNajib said...

Congrates sis :)

Iena Eliena said...

Cantik nye (^_~)
semoga berbahagia ke akhir hayat..

BERT said...

mmg menantikan entry rina yang terbaru setelah bergelar isteri.. cantiknya semua gmbar2 tu.. lepas ni boleh la update pasal resepsi 2-2 pihak ek....

tapi frust takpat datang... huhuhu.... ada 2 entry special buat rina dulu... :))

http://viniyamey.blogspot.com/2012/02/kad-undangan-perkahwinan-rina-salleh.html

http://viniyamey.blogspot.com/2012/02/selamat-pengantin-baru-rina-salleh.html

semoga bahagia hingga ke sorga ya... cepat2 dapat baby... hehehe

budakbaik said...

tahniah kak, selamat menjalani kehidupan rumahtangga..moga bahagia hingga ke akhir hayat..

aishah amin said...

such a beautiful ceremony and a beautiful bride, masyaAllah! <3

xx

Cik Nurul Pinky said...

Cantik rina...Selamat pengantin baru yer...selalu baca blog ni tapi ini baru 1st time komen..1st jumpa masa makeupkan di solaris tu hehehe

eus said...

cantik sgt rina!

Nadia Nadiana said...

so sweet..tak sabar nak tulis entry pasal kawin2 mcm kak rina ni..huhu.. ;)

Rina Salleh said...

terima kasih. alhamdulillah. terima kasih atas doa-doa semua :)


farahd101: hmm, u just made my day! i smiled remembering back those 7years :) i shall write about it in the next entry! insyaAllah

Cik Anis said...

tahniah. semoga bahagia hingga hujung nyawa ^^

DAPUR ITU DUNIA KU said...

semoga berbahagia dan dirahmati allah hingga ke akhir hayat

onie said...

semoga kalian kekal sehingga ke syurga :)

~Dr.CiNta~ said...

sis Rina :) remember me Farah Waheeda who comes to your shop and buying tudung bawal ? ;)

selamat menjadi isteri SOLEHAH ye sis :)))

geez said...

Tahniah..

NadyaBubble said...

Semoga kekal bahagia :)

[z@ck] said...

tahniah rina salleh =) dari dulu baca blog rina, ingatkan time tu dengan melromeo..hahaha..rupanya orang lain =P