RSC

Tuesday, November 8, 2011

Intramurous and Park Rizal

Oh kenapa Manila lagi? Sebenarnya banyak sangat tempat yang pergi berjalan masa dekat Manila haritu. Ye la kita semua kurang didedahkan pasal Manila kan. Sebenarnya Manila pun menarik untuk dikunjungi. Kalau nak ikutkan Filipina terkenal dengan pulau-pulau. Tapi Manila lebih kepada tempat bersejarah dan kaya dengan warisan.


Hari ketiga di Manila Rina sempat ke Rizal park dan Intramuros. Jarak dua tempat ni tak jauh sebenarnya.







Dr. Jose Rizal sebenarnya antara wirawan Manila. Tahun 1896 dia dibunuh dan pembunuhannya itu membawa kepada revolusi di Manila dan dia dianggap sebagai seorang pejuang. jadi tugu peringatannya di bina disini dan dinamakan Rizal Park.



Dari Rizal Park kami ke Intramurous. Intromous ni pula terletak bersebelahan Pasiq River. Pembinaannya banyk dipengaruhi seni bina Sepanyol. Boleh kata di Manila ni pengaruh Sepanyol boleh dilihat dengan ketara. 

Intramorous sebenarnya bermaksud “within the walls”. Sebabnya ia berada didalam satu kawasan yang di kelilingi dinding tinggi. Zaman dulu ada jambatan dekat depan Intramorous ni dan hanya orang berkenaan sahaja yang boleh masuk dan dekat sini juga tempat Dr Jose Rizal dibunuh.



Pintu masuk ke Intramurous



Tapak kaki ni menunjukkan laluan terakhir Dr. Jose Rizal sebelum dibunuh



Di depan Fort Santiago yang terletak dalam kawasan Intramurous



Rumah ini tempat Dr Jose Rizal dipenjarakan dan sekarang dijadikan muzium sempena memperingati beliau



Ni pulak sel untuk tahanan dalam Fort Santiago ni


Jalan masuk ke sel. Seram


Sekitar kawasan Intramurous. Terserlah pengaruh Spain kan



Boleh la google kalau nak tau kisah lanjut Dr Jose Rizal dan Intramurous ni :)

4 comments:

Nikisa Izas said...

AMAZINGGGGGGGGGGG:)

eLL said...

Salam Rina.
Rina dah habis kontrak dengan Safiyya TV9 ke?

Zaihana Rahman said...

Best kalau melancong sambil belajar history tempat tu..baru bermakna sikit :)

Woofer Storm said...

bestnya..tak mampu nak pergi sana.ermmm