RSC

Sunday, September 11, 2011

I love Trifle!

Aidilfitri terasa lebih bermakna dengan kunjungan rakan-rakan serta orang tersayang. Tapi yang lebih menggerunkan bila fikirkan bakal mertua nak datang. Pusing kepala memikirkan apa lah juadah yang nak dihidangkan hasil air tangan sendiri.

Tiba-tiba idea datang nak sediakan desert. Dan akhirnya Trifle menjadi pilihan. Puas google resepi, tengok youtube, semuanya mengiurkan. Baru tengok gambar dah terasa kelazatan sampai ke anak tekak. Melampau betul imiginasi. Hihi

Teringat dulu pernah tengok dekat blog kak Nani Rostam tahun 2009 tak silap. Kak Nani bagi resipi Trifle yang sugguh menggoda jiwa raga! tak percaya tengok gambar dalam link tu. Telan air liur je lah. Lepas tu cepat-cepat capai pen salin resepi, esoknya terus beli bahan-bahan. Ada bahan yang takde tapi sebab Trifle ni ikut kreativiti jadi boleh ubah ikut cita rasa sendiri. Betul kata Kak Nani, buat Trifle ni kosnya tinggi, sepadan harga dan rasanya!

Pelik pulak rasa nak bagi resipi sebab bukan pandai sangat masak. Tapi marilah layan trifle yang lemak berkrim ni!

Trifle ni terbahagi kepada 3 lapisan utama kek, jelly dan kastad. Tapi kalau hati suka nak buat lapan lapis berulang-ulang pun boleh. Mak tak marah.

Lapisan pertama:
Potong kek span atau kek gulung dan susun rapat untuk bentuk lapisan pertama, sebaiknya guna bekas kaca lutsinar untuk menambah selera tetamu.

Tension tak tengok je tak dapat makan? 

Lapisan Kedua:
Bancuh Konyaku Jelly ikut arahan pada pek. Kacau sampai masak. Tabur buah-buahan dalam tin (ambil buah sahaja) atas kek tadi dan tuangkan Konyaku Jelly ni untuk bentuk lapisan kedua. Tuang sampai menutupi lapisan kek tadi. Sejukkan.


Kita guna perisa mangga. Nyum!


Lapisan Ketiga:
Seterusnya kita bancuh kastard. Kastard ni perlu kacau lama sampai likat. Rina buat dua bancuhan untuk dua serving tray. Satu guna susu ideal dan satu lagi guna susu segar bersama whipping cream kotak. Mana-mana pun boleh tapi hasil susu segar dan whipping cream kotak sangat lemak berkrim!

Panaskan satu tin susu Ideal dan masukkan lima sudu gula kasar. Kacau dengan api perlahan. Sementara tu bancuh tepung kastad dua sudu dan tuang sikit-sikit dalam bancuhan susu supaya tepung kastad tadi tak berketul-ketul. Titis sedikit esen vanilla. Kacau sampai likat.

Atau kalau nak guna susu segar, panaskan satu kotak susu segar bersama whipping cream kotak (200ml) masukkan lima sudu gula dan kacau. Bancuhan kastad mungkin perlu lebihkan sedikit dalam empat sudu. Masukkan perlahan-lahan ikut tahap kelikatan. Kalau bancuhan belum likat mungkin perlu tambah sedikit lagi, atau mungkin perlu kurangkan, bergantung. 


Lapisan keempat:
Susun buah pic dalam tin dan tuangkan bancuhan kastad tadi sehingga menutupi lapisan bawah. Untuk lebih menarik sapu whipping cream dan susun strawberry sebagai hiasan. Sejukkan semalaman. Lagi sejuk lagi sedap Trifle ni! :)




Kiri: Bancuhan susu ideal dan kanan bancuhan susu segar



Kastard yang berkilat, likat dan lazat berkrim.


Alhamdulillah semua yang datang suka trifle ni berkali-kali tambah.  Yummyyy!


Menjilat jari. Confirm ! 

18 comments:

under the sky said...

heeee baru je buat triffle. mulut sakit pkai braces kne mkn yg lembut2 je

K.I.N.A said...

lepas kawin harus buat ni..:P

Fareha Rahmat (Bos Besar) said...

sdpnyerrrrrrrrrrr...

missNick said...

waaaa best2....terus kecur je...nk try la nanti hehe...

Cherrie Pie Sweety said...

heeee, sedap gilerrrr, kita lah yang tambah berkali2 tu

BERT said...

mak ai nampak sedap.. lom penah terai lagi buat triffle ni.. harus cube ni gamaknye..

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

nmpk sedap!! =)

Miss Marquis said...

macam mana nak potong dengan elok? time menghidang tu risau nampak tak molek bila guest main cuit sesuka hati..

Tasha said...

wow,terliurrrrrr

Rina Salleh said...

siapa nak cuba boleh buat, simple je :)

Miss Marquis - kalau taknak nampak comot buat dalam individual pack yg kecik2. atau buat dalam beberapa bekas dan saiz sederhana jadi bila makan terus habis :) custard tu lembut so mmg senang nak comot, kalau lebihkan casturd nnt keras tak sedap pulak makan

kyOkoHayaShi! said...

yeay sy pon da penah try buat, mmg syedap kn2 ?/ seyezzzz kastard tuh sdappp. hehe

Saiazuan said...

terliur air liur..

mia said...

hye dear,
do visit my collection...
thnx you...
:)

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...


blm pernah try lg, tp kalo sedap esok2 nak try la...

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

cheq sue dieyha said...

sy pggl triffle ni puding buah koktel,hehehe...

Rara Nasiha said...

tergodanya tengok :)

Syazwani Ghazali said...

hi rina.
maksudnya lg sedap la buat dgn fresh milk kan. tq

Syazwani Ghazali said...

Rina, kalau guna susu segar, sekotak besar ke utk buat kastad?