RSC

Friday, September 9, 2011

Blog baru membuatkan saya rajin menulis

Suka layout baru ni. Dapat link dari blog lain masa jalan-jalan.


Semalam tengok Smurf! Comel. Pengisian kurang cuma lebih menekankan pada kasih sayang. Okay la untuk cerita yang ringan dan tak perlu berfikir. Tengok cerita macam ni boleh bagi mood happy. Dah lama tak tengok movie, nasib baik ada yang rajin nak bawak. Pergi hari bekerja memang best. Tak perlu beratur panjang beli tiket, seat pun boleh pilih suka hati. I Smurf You!


Rasa macam nak update gambar-gambar raya tapi malas pulak. Sekarang mood lebih kepada wedding. Hari-hari browse blog-blog cari idea, contact, quotation etc etc etc!. Tak sangka menyeronokkan kerja ni. Mulalah berangan nak itu ini. Tapi cepat-cepat sedar diri tengok balik checklist. Jangan nak berangan habiskan duit ya. Masa pun bukan banyak sangat nak berangan itu ini.


Btw, minggu depan 17hb Sept ada majlis sambutan Aidilfitri bersama adik-adik Rumah Bakti Ulu Kelang, Ampang. Penganjur masih mencari sumbangan. Kalau berminat nak join sama-sama dalam majlis ni jom lah! Atau mungkin nak bagi sumbangan, sangat-sangat dialu-alukan. Orang memberi kita merasa. Sesekali kita memberi bagi orang lain pulak merasa ok. Senyum.



EVENT 17 September 2011 (SABTU)

Terbahagi pada dua sesi. Anda Boleh sertai mana-mana event

1. SIANG 2.30-5.00 petang (PERCUMA)
Tempat: Rumah Bakti, Hulu Kelang
KM11, Jalan Hulu Klang
Ampang, Selangor
Aktiviti: game, make over dan photoshoot adik-adik

2. MALAM 7.30-10.30 (RM30 per pax buffet)
Tempat: Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa
Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Menu • Nasi Minyak, Ayam Kari, Daging Masak Merah, Pajeri Nenas, Jelatah Timun, Roti Jala & Kuah Kari, Mee Soto Ayam, Satay Ayam, Nasi Impit, Kuah Kacang, Kuih Sri Muka, Karipap,Pengat Pisang,Sagu Delima Merah Ais, Sirap Selaseh, Teh Tarik, Drinking Water
Aktiviti: Buffet Hari Raya, Cabutan bertuah untuk adik-adik dan para tetamu, Persembahan

Bayaran perlu dibuat sebelum 10 hb September 2011.
Pembayaran boleh dibuat dengan deposit ke
CIMB
Raja Zefri Raja Zahabuddin / FB, nama sama
1205 1403 1055 23
Maybank
Wan Nurul Nabihah / FB, Abby Yussof
1530 1060 3023


ANTARA SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN

8 x hamper (minima)
(atau barang-barang yang boleh digabungkan ke dalam hamper seperti gula-gula, cokelat, biskut, air kotak, kacang, kuih, cup cake, jelly, )

Minum petang
Sudah berpenaja yang akan menyumbang mee hoon goreng dan satu jenis kuih. Bagi mereka yang ingin menyumbang, anda boleh memberi - kuih, cupcake, aiskrim atau apa sahaja yang sesuai untuk minum petang. 

85 x goody bags
(atau barang-barang yang boleh digabungkan ke dalam goody bag seperti paper bag, non woven bag, key chain, alat tulis, buku, majalah, gula-gula, air kotak, topi, baju, gelang, cekak, rantai (untuk perempuan) alat solek, perapi diri, sabun mandi, stoking, shampoo )

Cabutan bertuah untuk Adik-Adik Rumah Bakti
8 x hadiah atau lebih
( hamper(atau barang yang boleh digabung menjadi hamper), t shirt, topi, jam tangan, alat solek, alat perapi diri )

Chocolate Fountain
Sebuah chocolate fountain dan chocolate syrup telah ditaja. Apa yang diperlukan adalah 
Buah – 50 biji Apple, 5 sikat Pisang, 10 paket Strawberi, 3 biji Honey Dew
Lain-lain – 5-10 bungkus marshmallow (semuanya minima)


Contact Person
Raja Zefri Raja Zahabuddin @ Zef - 019.2444810
Mawar Qaseh Alaisyah @ Mel – 013.9719008
Abby Yusoff @ Abby – 019.5776079


8 comments:

asyiqin nasir said...

cantik!

Uchi kay-f @hmad said...

mood wedding plak emm..okeh!
semoge ceria.....

Ayeem Jemain said...

lawa, lawa! hehe

BERT said...

cantik sungguh layout ni rina.. aik.. nak pk pasal wedding?? nak kawen dah ye?? bertuahnye suami rina tu hehehe

taniah..

Daya Diod said...

kak rina....nak jugak layout cenggini....:)

K.I.N.A said...

1st time kina komen dekat sini..
buat preparation wedding memang best..buat awal2 supaya tak stress sgt..hee..goodluck rina..jemput dtg wedding kina..(sempat lagi kan)..:P

Eyriqazz said...

tentu sayapun lebih rajin membaca kalau diselit2kan gambar...hik3..

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

alaa...if only i can join.. =(