RSC

Saturday, August 20, 2011

KKDK

Untunglah. Selalu baca orang guna perkataan ni dekat twitter. Untunglah, dulu masa study rajin join kelab-kelab. Eh tapi bukan kelab malam, kelab bola pun bukan. Kelab masa dekat UTM dulu. Memang dari tahun satu dan rajin nak buat macam mana? Kawan-kawan pun malas nak ajak lepak sebab tahu budak ni tak suka lepak. Kalau tak pergi kelas, pergi library. Eeee, macam rajin sangat. Tak pun pergi meeting kelab sambil fikir aktiviti yang boleh ada makan-makan. Kalau tak pun, pergi dating. Eh


Masa banyak dihabis kan dengan aktiviti kelab. Kalau tak ada apa lebih suka terperuk di bilik sambil ber-sengal-an bersama rakan tercinta Mimi yang rajin melayan kerenah. Walaupun belum mandi nak tegok movie, Mimi layankan sampai ke petang. Mimi sewa kereta, drive bawak pergi jalan-jalan. Nak makan apa mimi cuba penuhi, Terasa sangat dimanjai. Mimi is so Motherly! *Promote Mimi* Hikhik


Kelab pertama sekali join AISEC. Minggu pertama masuk UTM dah daftar sebagai ahli kelab. Sungguh teruja bila ahli kelab semua Chinese dan cuma 2-3 orang melayu. Semester kedua masuk Kelab Pemikiran Kreatif dan Kritis. Sangat mencabar lah budak yang masuk ni semua idea di luar kotak. Terasa sangat ketidakpintaran diri masa tu sampai otak rasa nak meletup tiap-tiap minggu fikirkan idea untuk task mingguan T_T. Oh masuk ini sebab Ko-Q. Sebenarnya nak masuk bowling tapi dah penuh.


Tahun Kedua senior tarik masuk kelab fakulti pulak, QS-Bina. Entah macam mana diorang calonkan jadi Vice Pres. Paling best bila camping dan jadi fasi buli junior. Uruskan dinner dan aktiviti luar seperti barbeque haram di fakulti. Hehehe. Masa ni masuk Kelab Bahasa Mandarin jugak. Dapat A! Tapi kalau tanya sekarang memang sepatah haram pun tak tahu. Oh tahu wo ain ni je.


Tapi kelab yang paling banyak curah masa tenaga, KKDK. Kelab Kaunseling dan Kerjaya. Baik betulkan? Tapi tak pernah pun kaunseling. Hehe. Kelab ni nama macam nerd tapi tu lah orang kata Dont Judge A Book By Its Cover. Tapi bukan nak cerita pasal kelab walaupun dah melaut separuh muka taip pasal kelab, nak cerita pasal betapa selepas habis zaman kegemilangan student pun kami masih rapat. Keep in touch orang putih kata. Orang melayu kata mengekalkan silaturahim.









Sesi Iftar dekat PICC minggu lepas bersama KKDK-ians


p/s: oh jangan lupa view www.rinasalleh.com untuk shawl menarik!

6 comments:

delarocha said...

seronok iftar beramai ramai ni ..

Sky0ne said...

wahhh blog berwajah baru

Uchi kay-f @hmad said...

comel baby yg cik rina dukung tue...ngee

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

sgt seswai rina masuk kkdk.boleh bg tips bjaya dlm pniagaan kt rakan2 laen =)

p/s: wah...blog jadi seksi black pulak..hehe~

atiq atikah said...

tapi kat utm nama lain kkdk "kelab kenal & kawen kaN?" haha

CiK GorGeouS ! said...

i'm a KKDKian too...tapi UTHM Lah =)