RSC

Tuesday, May 24, 2011

Nilai sepuluh sen

"Rina ada menyimpan?" Tanya kakak masa kami dalam perjalanan ke shah alam. "Sikit-sikit tu adalah". Aku pandang kakak. Sebenarnya bila ingat nak simpan baru aku simpan. Tu pun aku memilih, duit 20sen dengan 50sen je aku simpan dalam botol yang aku buat tabung. Aku potong sikit belah tepi sekadar muat untuk masukkan duit syiling. Jadi kemungkinan untuk keluarkan tu memang susah.


"Kakak ajar macam mana nak simpan duit ya". Kakak senyum pandang aku. "Setiap kali pecahkan duit kalau ada baki syiling, kakak tak guna. Macam baki dari bayar tol, kakak kumpulkan. Balik rumah terus masukkan dalam tabung. Lia dah cuba, dia simpan dalam 6 bulan dapat lah dalam empat lima ratus".


Aku terdiam. Dengan syiling je? Agaknya kakak dapat agak apa yang aku fikir kakak terus sambung lagi.


"Dulu arwah ayah kakak orang susah. Tapi dia rajin dan pandai simpan duit. Dulu arwah ayah buat rumah dari buluh. Salah satu tiang rumah ayah jadikan tabung. Jadi setiap kali dapat duit, ayah akan simpan sebahagian dalam tiang tabung tu. Tabung tu ayah namakan tabung bunian. Ayah kata sebab duit yang simpan dalam tu kita tak boleh tau jumlahnya dan tak boleh ambil. Macam bunian kita tak boleh nampak dia, sama jugak duit dalam tabung bunian ni"..


"Satu hari masa mak mengandungkan anak sulung, ayah dan mak nak berpindah. Masa tu dalam tahun 60an. Malaysia baru beberapa tahun merdeka masa tu." Kakak sambung lagi, aku kusyuk dengar cerita kakak. "Masa nak pindah tu, ayah runtuhkan rumah buluh. Jadi tabung bunian ayah pun terpecah sama. MasyaAllah, memang tak di sangka, duit yang ayah kumpul dari ayah buat kerja-kerja kampung dan mengajar agama dalam tabung bunian tu jumlahnya sekitar 4000 ringgit. Adik bayangkan dalam zaman tu duit 4000 tu terlalu tinggi nilainya. Semua ahli keluarga masa tu terus rasa hormat dan kagum dengan ayah ".


"Kebetulan masa tu ada orang kaya terdesak perlukan duit dan nak jual tanah. Dia perlukan tunai. Masa tu semua orang tak ada duit tunai. Orang kaya lain yang ada masa tu pun tak ada tunai yang cukup. Yang ada emas dan lain-lain, perlu jual dulu nak dapatkan tunai. Jadi masa tu dengan duit simpanan tabung bunian, ayah dapat beli tanah tu dengan tunai"


"Arwah ayah kakak pesan, kalau benda yang kecik kita tak dapat buat, usah mimpi nak buat benda yang lebih besar."


Tergamam aku lepas dengar cerita kakak. Kagum. Kagum dengan kekuatan dan sifat ayah kakak yang istiqamah dan dalam kata lain disiplin yang sangat tinggi.


Kakak pun pesan jugak, duit yang kita simpan tu jangan usik atau gunakan dalam tempoh 6 bulan kecuali betul2 masa kecemasan. Kakak kata, lebih afdal kalau 7 bulan sebab dalam islam 7 tu maknanya banyak. Lepas tu cukup masa keluarkan dan kira. Asingkan 2.5% untuk kita zakatkan. 20% hadiahkan untuk diri sendiri dan bakinya simpan dalam bank.


Pasal zakat ni pun banyak kakak ajar. Lain kali la pulak tulis.


Kalau dulu duit sepuluh sen sebolehnya aku habiskan masa bayar tol. Tabung pulak aku isi bila aku ingat je. Tapi sejak hari tu aku mula menyimpan dan alhamdulillah tak pernah gagal walau cuma sepuluh sen sehari.

25 comments:

Syazana Aziz said...

saye pun ade simpan duit syiling. hehe semangat beli tabung epal beso nak simpan duit syiling. tapi tak penuh lagi.

Nazz@Purple said...

betul..naz pun ada mnyimpan syiling sikit2..alhamdulillah..hari tu mse betul2 sesak dpt digunakan..

Ain Abia said...

selalu kumpul duit syiling... tp bila tabung yg kecik ain dah penuh haahhaa lupa nak simpan pastu..bila bc entri ni nak beli yg baru la :) 10sen sehari! besttt :)

delarocha said...

sikit sikit lama lama jadi bukit

baguslah klu dah mula menabung.

saya pun dah nak mula menabung ni, kena berjimat.

expenses makin naik..

dd.hasnidar said...

hai rina.apesal dh lama takdek dalam safiyya?

dd tunggu jugak nk tgk rina.huhuh..

wanie aziz said...

alhamdulillah... saya pun diajar untuk menyimpan dari zaman kanak2... sekarang ni pun da jadi hobi, syiling memang wajib masuk tabung... marilah kita sama2 menyimpan...=))

liyana said...

tq utk entri ni.. :)

^ai-mie : 아이-미^ said...

betol tu.. kite pun menabung jugak... bila dah penuh, nak kuarkan masuk bank, kadang-kadng terkejut tgk jumlah die...

naem glizzy said...

insaf jap.. nak menabung camtu gak la hihi..

norh said...

oh, nak kena start menyimpan dgn syiling la sekarang ni..

shidaidris said...

suke entry ni rina. i nak copy satu ayat dia, leh. start sekarang shida pun nak menabung jugak hari-harila

sekarang ada menabung tapi bukan hari-hari

Puteri Iqa Izyan said...

wahhh. terharu pulak baca.

iqa sendiri pun ade jugak simpan duit syiling. suka sangat tengok bila banyak2. =))

saza said...

sy pon ada tabung..tp, slalunya tak sampai rm200 mesti dok korek2..tp, mmg sgt berguna time terdesak.. :)

JAI said...

Maklumat yang berguna untuk semua. Thanks

Rina Salleh said...

hihi. sebenarnya memang menabung tapi tak konsisten. bila ingat buat, kalau tak, tak buat. tapi sekarang hari-hari mesti buat. dah jadi rutin ;)

miyako said...

hmm
dh lm gila x menabung!
zmn bebudak dulu pon sbb parents yg srh kan, siap lwn ngan siblings saper plg byk kumpul.
Pepon sbb entry rina nie terign plak nk menabung duit sen yg melambak ni
=p

Zie said...

trm ksh rin ats perkongsian pengalaman ini. Al-fatihah utk ayah kakak ya

zyan said...

sy mmg suke simpan coin dlm tabung dr kecik tp sll dipecahkn oleh kakak sy..trus stop simpan dlm bank pulak pastu die curi kad atm sy..sy tuka no pin bpoloh2 kali smpai sy dhh lupe no pin sy.. las2 sy dh xsimpan smpai la sy dh xddk sebumbung dgn die.skunk sy dh ley myimpang smula.duit ku bkn duit mu.

kaizen said...

mmg bernilai...

*tiap2 sem dpt 150-250 dr duit syiling jer...tmbh duit dr bisnes printer mmg jarang la nk minx duit kt mak ayah time ujung2 sem....

http://mhs-kaizen.blogspot.com/2011/04/alhamdulillahsayang-ko.html

nasr said...

"kalau benda yang kecik kita tak dapat buat,
usah mimpi nak buat benda yang lebih besar" - saya suka ayat ni.. ;)

nak kena beli tabung baru yang besar ni,
dulu ada tabung (tabung haji) tapi dah penuh. :)

a n a s t a s y e a said...

Saya pun nak start menabung lah (",)

www.anastasyea.com

tiefazatie said...

serius..sangat menarik nie..=)

Pinkbubblegumprincess said...

nice story..thanks for sharing..will try to menabung jugak..;)

http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/

Hafiz Hafizol said...

zaman kecik2 dulu, memang ada buat tabung buluh, paku dekat tiang rumah... balik sekolah, memang selalu letak duit dalam tu... tapi xdan penuh lagi dah korek .. huhu T__T

Cik Iman said...

masya allah! tabung buluh boleh simpan rm4000? besar ke tabung tu sebenarnya ?____?