RSC

Tuesday, April 26, 2011

4 Petua Memilih Fesyen Kardigan

MasyaAllah.
Blog lelaki tulis pasal TIPS FESYEN?

Okay surrender :p


Nah, baca sendiri. Petikan dari HASRULHASSAN





4 Petua Memilih Fesyen Kardigan


  • Lengkapkan dengan tali pinggang - Untuk tambah kelainan anda boleh mengenakan tali pinggang di luar kardigan. Tali pinggang itu boleh yang model tirus atau yang lebar. Sama ada anda memakai kardigan berlengan pendek atau panjang, berpotongan ketat atau longgar, dengan skirt atau celana, semuanya akan memberi penampilan yang berbeza-beza. Supaya gaya tidak ‘mati’ anda boleh membuka beberapa kancing (butang) atas cardigan atau biarkan semuanya terbuka.

  • Pilih warna-warna cerah - Sesuai dengan usia muda, pemakaian kardigan dengan warna-warna cerah boleh menambahkan keceriaan pada penampilan anda. Tetapi harus ingat, kardigan dengan warna semula jadi seperti hitam, coklat, krim, atau biru tua memang wajib dimiliki. Jika ingin sesuatu yang berbeza anda juga boleh memilih kardigan warna cerah yang bermotif.

  • Tambahan aksesori - Untuk kardigan berwarna cerah yang polos, anda boleh menambah pemakaian aksesori seperti skaf dan beg tangan dengan motif yang lebih menarik seperti corak harimau atau bunga-bunga besar.

  • Beri sentuhan retro - Skirt atau gaun labuh potongan A-line yang dipadu padankan dengan kardigan akan memberikan gaya retro yang menarik. Untuk memberi kesan trendy, anda boleh menambahkan tali pinggang tirus berwarna kontra.

So selamat mencuba yer.  Dan pada mereka yang belum mencuba atau ingin mencuba fesyen Kardigan ini, anda boleh dapatkan daripada butik Rina Salleh. Untuk info lanjut sila ke blog Rina Salleh. KLIK SINI!


8 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

baru baru ni yuyu nak beli cardigan dari Rina yang leopard kaler putih, tapi dah Sold Out :( sedih nya

hasrul hassan said...

Yuyu .. tempah siap2 la kat Rina .. sure dia akan pergi trip lagi untuk bawak pulang lagi banyak fesyen yang best2 ...

hasrul hassan said...

Thanks Rina for the backlinks.

arxar said...

betol tu kak rina.
aza pun terkejut sgt mase first2 bukak blog die. lelaki rupe nye hehe

Najlaa 'Aqilah said...

suka tips ni! thanks sis rina :)

Rina Salleh said...

yuyu- sorry dear, customer dah beli :)

hasrul- thank you! appreciate :)

arxar- tu atas tu owner dia

najlaa- thanks to hasrul sebab dia yang bagi tips:)

yuyu lar said...

hehe...baru tahu pakai kardigan ni camner..yuyu pkai kaler hitam je kemana2...selekeh betol la..haha

Uchi kay-f @hmad said...

emm nnti bole ni dirujuk klu nk beli untuk si hawa..;)