RSC

Friday, March 25, 2011

Kenapa orang HEBAT selalunya merendah diri : Amy

Salam,


Agak lama tak menulis disini. Biasalah kekangan masa. Kadang-kadang MALAS. Ah penyakit ni memang penyakit diri sendiri. ALASAN tak ada masa, tak boleh pakai sangat. Masa ada. Cuma tak pandai nak urus.


Sepanjang tak menulis ni, aktiviti biasa masih berjalan. Shooting SAFIYYA, voice over, menjaga kedai, hadiri jemputan, kursus dan bertemu orang atas urusan kerja. Kurang masa untuk melepak atau menonton wayang. Tapi masih ada masa untuk bersosial. Bersosial tu penting.


Penting dalam erti kata, dapat meluaskan network, kongsi pengalaman, idea-idea baru dll. Tapi apa yang sangat terkesan dalam hati saya ialah pertemuan dengan seorang wanita cina minggu lepas dan dua orang beradik yang hebat juga seorang usahawan wanita muda yang berjaya! Cukup hebat!


Shooting di sebuah butik minggu lepas mempertemukan saya dengan seorang wanita cina yang menghampiri pertengahan usia. Saya namakan dia Amy(bukan nama sebenar) Orangnya cantik dan masih bergaya, sesuai statusnya sebagai seorang pemilik butik. Lepas selesai shooting, Amy ajak semua krew makan disebuah restoran berhampiran butiknya. dan sebelum kami melangkah keluar butik, Amy menghadiahkan setiap krew dengan pakaian dari butiknya yang bukan murah harganya! Terkedu saya.


Kami berjalan mengikut arah pembantu Amy. Tiba di depan pintu restoran, hati berkata, mahal jugak restoran ni. Dia nak belanja?


Selasai memesan makanan kami berbual. Turut duduk semeja ialah seorang model, wartawan yang terlibat dan seorang rakan Amy. Saya lebih banyak mendengar perbualan. Cuba mencari dimana keserasian kami dan perbualan yang sesuai. Amy pun bercerita macam mana dia memulakan perniagaannya. Menarik cerita Amy. Dan Amy dengan rendah diri kata"perniagaan kami masih baru dan tak begitu dikenali lagi, jadi kami perlu berusaha lebih dan lakukan lebih banyak promosi" Dari riak wajahnya nampak seperti dia sedang befikir. Mungkin memikirkan cara untuk memajukan lagi perniagaannya.


Agak janggal bagi saya mendengar kata-kata Amy. Rasanya saya selalu melihat jenama Amy di dalam majalah tempatan. Malah jenama yang dimilik Amy merupakan jenama besar yang turut menjual borong kepada peniaga-peniaga lain. Pantas saya bertanya, "dah berapa lama Amy bukak butik ni? saya selalu tengok dalam majalah". "Masih baru lagi, dan orang belum betul-betul kenal kami" kata Amy.


Rupanya butik yang kami kunjungi ni butik keempat Amy. Ada juga beberapa franchise butiknya. (Butik pun boleh franchise!) Dan sebelum ni dah lebih 10 tahun Amy menjadi pemborong. Cuma baru beberapa tahun kebelakangan ni Amy buka butik dan masih menjual secara borong. Amy ada puluhan pengedar. Mungkin ratusan! (dari congakan saya)


Tanpa semena-mena wartawan tadi memberitahu Amy saya menjalankan perniagaan online. Maka semakin rancak perbualan kami. Wartawan tadi bertanya, andai kata ada yang berminat untuk buka franchise butik Amy macam mana?


"Pertama sekali saya akan tengok latarbelakang orang tu dulu. Penting untuk saya faham bakal franchisee saya. Sebab saya tak mahu nanti bila sudah mula berniaga, tiga bulan pertama tak untung dan masih rugi, dia sudah tutup. Walaupun bulan-bulan berikutnya belum untung, dia terus berusaha, tak give up dan masih bertahan dengan perniagaan. Mereka perlu faham perniagaan ni macam mana"


Dan saya sangat setuju dengan jawapan Amy! Bukan setuju sebab minat bukak franchise Amy, tapi pandangan Amy tentang kebanyakkan peniaga yang memandang perniagaan itu mudah. Cepat pulangannya. Peniaga itu kaya raya. Kalau bukak butik maknanya ramai orang akan datang dan banyak duit. Itu memang persepsi normal.


Butik keempat Amy ni sudah hampir setahun. Namun disebabkan lokasinya yang agak jauh, masih kurang  yang tahu kewujudan butik. Namun Amy tak putus asa, malah terus mencari jalan memajukannya lagi.


Banyak yang saya belajar dari Amy. Saya pasti perniagaannya bukan kecil, namun dia masih terus berusaha dan menganggap dirinya masih baru. Terus berusaha dan mencari jalan namun tetap merendah diri!


Nanti saya sambung cerita dua orang beradik yang hebat juga seorang usahawan wanita muda yang berjaya!

4 comments:

Uchi kay-f @hmad said...

cik rina rajen mengarang entry lebih 100 pp ........

lebih hebat andai urg itu bisa maafkan kesalahan musuhnye....

caHAYA said...

assalam..Ta mustahil sis pon bole sukses mcm amy kn...^^

saliha888 said...

sgt pemurahh beliau ;) moga kakrina cemerlang dlm bidang yg diceburi juga ;)

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

merendah diri tu dpt halang diri kita dari rasa sombong dan bongkak..maera pun sgt2 takut kalau dpt penyakit hati camtu..wlpun sy tak glamer cam rina..huhu~