RSC

Sunday, March 27, 2011

Kami tak mahu dapat SAKIT PERCUMA!

Asap-asap rokok disekeliling merimaskan. Maaf andai semasa bertemu saya tak begitu hampir dengan awak. Mungkin bau asap rokok awak menyesakkan saya. 


Isu ni bukan isu baru. Dah lama nak bincangkan. Tapi tak berjodohan. Kepada perokok tegar maaflah andai entry kali ni menjengkelkan ya. Tapi saya sayangkan diri saya. Dan mereka disekeliling saya. Kami tak mahu dapat SAKIT PERCUMA!


Alhamdulillah syukur, satu-satunya lelaki dalam keluarga iaitu abah, tak merokok. Mungkin zaman muda dulu, itu tak dapat di pastikan. Jadi, keluarga saya kelak juga diharamkan dari merokok. Walau belum dikeluarkan fatwa atau kenyataan itu di Malaysia, tapi untuk saya memang HARAM. Haram rokok di dalam rumah saya nanti. Kalau boleh letak signboard "Dilarang Merokok" saya awal-awal letak didepan pagar rumah.


Masa saya di bangku sekolah, atuk sakit kuat. Sakit jantung. Waktu tu saya darjah dua. Saya tak faham sangat tapi yang saya dengar atuk sakit sebab merokok dari zaman muda. Ibu kata seawal usia remaja. 


Satu malam masa sedang tidur nyenyak dekat kampung, kami semua dikejutkan. Biasalah tidur dekat kampung sampai ke pintu depan rumah jadi tempat tidur. Atuk diserang sakit jantung dan ambulans datang ke rumah. Kecoh sekampung masa tu. Kami semua memang balik kampung bila opah begitau atuk sakit. Sebab sepanjang hayat atuk jarang sekali atau tak pernah sakit. Sihat walafiat dan kuat. memang dalam keluarga atak orang yang paling sihat. Tiba-tiba atuk sakit.


Malam tu muka pakcik makcik semua ketakutan dan ada yang menangis. Mungkin mereka dapat rasakan umur atuk dah tak panjang...


Bila ke hospital, tak semua dapat masuk tengok atuk di wad terutama kami yang kanak-kanak ni. Sebabnya atuk di wad ICU dan tak sedarkan diri lepas operation. Tapi masa atuk dibawa atas katil dari wad pembedahan ke wad ICU, kami yang lain yang tak dapat masuk dalam dapat tengok atuk dari jauh. Penuh dengan tiub dibawa sekali. Pakcik makcik kata dekat dalam wad ada mesin dan berselirat tiub sana sini untuk bantu atuk bernafas.


Tak lama lepas tu atuk meninggal. Semua terkejut. Sebab atuk sakit mengejut dan meninggal. Tarikhnya sama dengan kejadian runtuhan Highlands Tower tahun 1993. Atuk meninggal sakit jantung. Puncanya jantung atuk rosak akibat ROKOK. Kata mereka lepas operation doktor tunjukkan kandungan dalam jantung atuk yang dibedah yang berwarna hitam pekat. Mungkin dari gambar. Tak pasti macam mana doktor tunjukkan. 


Memang sedih masa tu. Namun Allah Maha Hebat. Subhanallah, lepas arwah atuk pergi, hampir kesemua pakcik-pakcik yang merokok berhenti merokok! Ada yang terus berhenti ada yang perlahan-lahan kurangkan merokok dan terus berhenti. Mereka belajar dari peristiwa tu.


Peristiwa tu buatkan saya benci rokok. Masa tu saya agak naif, jadi saya salah kan rokok. Rokok yang buatkan atuk meninggal. Rokok jahat! Sedangkan sebenarnya perokok tu sendiri yang salah. Sebab dah tahu bahana rokok tapi teruskan jugak. Bila dah dewasa, ramai kawan-kawan yang merokok tak kiralah lelaki ke perempuan. Nak ditegur masing-masing dah besar panjang. Dah tau kesannya pada diri sendiri. Pandai-pandailah...


Cuma saya tak mahu nanti dapat penyakit percuma gara-gara asap perokok! Saya tak mahu anak-anak saya dapat penyakit percuma. Tapi saya tak mampu halang asap dari sampai ke hidung dan pernafasan. Saya tak mampu tapis udara yang disedut masuk ke dalam badan.


Kalau awak tak sayang diri sendiri tak apa. Saya sayang diri saya. Dah bertahun asma tak menyinggah sebab abah bersungguh-sugguh ubatkan saya masa zaman sekolah dulu. Saya harap akan kekal begitu hingga keakhir hayat. Saya benci kalau bau rokok. Saya tak mahu sakit percuma singgah ke badan saya!


Kepada awak yang merokok, terima kasih sebab hadiahkan saya dan orang lain udara yang kotor.


THANK YOU FOR SMOKING.

20 comments:

Ayeem Jemain said...

memang kurang selesa dengan perokok. dah lah second hand smoker (penyedut sisa asap perokok) lagi berisiko utk dpt penyakit. ishh jauhkan.

FARISZ@AZ.Com said...

Perokok sebenarnya bukan hanya menjadikan dirinya berpenyakit tetapi menjadikan orang lain berpenyakit.

Kadang kala geram dengan perokok yang segaja hembus asap di hadapan orang lain.

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

Aina said...

tarikh atuk kak Rina meninggal sama dengan tarikh lahir saya. 11 Disember 1993.

Al-Fatihah.

Saya pun benci bau rokok.

Nizam said...

well what to.this ppl kenot easily stop smoking.jauhi jela.

Basyirah Abd Rahman said...

rokok juga adalah salah satu punca berlaku kanser mulut. Working at oral cancer research, we found many patients with oral cancer, most of tthe oral cancer is caused by smoking and alcohol. Kesian sungguh. bilamana ade tumor dalam mulut, tepi lidah, kat pipi, tumor tu kena buang. Jadi, nak buang tu, kene la koyakkan sikit tepi mulut, dan jahit kembali. yang selamat dr operation, alhamdulillah. Yang tak selamat, menyedihkan jugakla bilamana jangka hayat tak panjang. kesedaran bermula dr diri sendiri

Uchi kay-f @hmad said...

tapikan cik rina urg kata rokok bole wat kepala ringan.......

-yg tak merokok-

Nailah Azman said...

Saya pun tak suka orang merokok!
Nasib laki tak merokok! Hehehe.

Alan said...

THANK YOU FOR SMOKING

you welcome ^_^"

La Petite Cherie said...

Smokers are a liability to the society :(( Smoking is actually haram but a nation's economy relies heavily on these tobacco companies!! Have you heard of the great tobacco conspiracy? xx

Do visit my blog okie? Hehe.

fazhana said...

sokong sgt2!! tak tahan ngan bau asap rokok...lemas!!

al -fatihah tuk atuk sis rina...

Mr feckry said...

bodoh yang smoking ni

Gee Jah Noor said...

sangat tak suka laki merokok..allergic ngan mereka..arwah ayah gee pn merokok muda2 dulu..sampai satu tahap batuk yang teruk gila baru berhenti..tapi batuk tu tetap tak hilang sampai la dia meninggal.. :(

aDyLLa OmaR said...

cerita about arwah atuk kak rina tu remind me of my late dad. exactly sama macam tu. pergi yang tiba-tiba~ ;(

Mohai@Mohd Aizuddin said...

ish2.. sekarang makin ramai perempuan yg merokok.. huhuhu apa nak jd.. diriku yg lelaki ni x suka merokok.. huhu

mungelily said...

yup...sangat busuk + pening la bau asap rokok..
huhuhu...
xsukeee

delarocha said...

ada kempen anti-merokok kah disini?

Dr Dina Nordin, MBBS (Lond) - altho she aims to become a Prof one day amiin ;) said...

Dear Rina,
Thank you for the entry yang menusuk hati. (Kalau yg x terasa tu xtahu lah maybe dia buta hati kot!)

Sebenarnya Dina pun dah lama rasa nak suarakan rasa hati Dina pasal isu rokok ni. Tapi kadang2 tu dah terlampau fed-up dengan keBEBALan perokok-perokok yg x makan saman ni yang Dina pun fikir “Lantak kau lah, dah kau nak mampus sangat!”

And sgt2 betul seperti yg Rina tulis, bahana asap rokok ni bukan sahaja mempercepatkan kematian buat sang perokok sahaja, malah org awam yg x merokok pun turut terkena tempiasnya. (actually bukan tempias lagi. Org2 awam yg terdedah kepada apa yg dipanggil secondhand smoke ni sudah terang lagi bersuluh lebih berisiko dari org yg hisap rokok dan main hembus sesedap rasa tu untuk terkena penyakit2 yg membunuh. Please refer to this link for more information: http://www.cancer.org/cancer/cancercauses/tobaccocancer/secondhand-smoke).

To all smokers out there, even if you don’t value your lives, and we (the non-smokers) don’t even expect you to value ours’, at least please please please, do have some RESPECT for our rights to clean air and longevity. Kitorang taknak mati awal disebabkan oleh kebebalan korang. I’m sure kita semua rakyat Malaysia diajar bahawa Budi Bahasa Budaya Kita, cogan kata yg kita dok nyanyi, laung dan of course diajar sejak kita kecil. So, di sini, menghormati hak orang yg tidak merokok dan being considerate to others juga adalah termasuk dalam cogan kata di atas. Please be more gentleman (if u are a guy) dengan mintak izin dan tanya kawan2 anda dan orang sekeliling “Do you mind if I have a cigarette?” sebelum anda membakar batang rokok (dan juga duit dan paru2) anda. And bila org buat isyarat yg dia x selesa dgn asap rokok anda, again, be a gentleman to say “I’m sorry” and please leave the public place untuk merokok somewhere else. It’s as simple as that.

Sorry Rina for the very long comment. Lastly just to say that I hope entry2 berunsur kesedaran from someone influential like Rina dapat membuka mata followers Rina out there utk merenung sejenak dan mengubah apa yang jelas lagi nyata memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
Wallahu a’lam.

-Dina-

cryclown said...

ada yang mahu juga..berani mencuba..

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

tak suke orang merokok..sgt tak bgs utk kesihatan kan..huhuhu~

miyako said...

erm, rsnya mcm ramai jer yg smoking skarang nie maybe diorg rs cool kot!
But I really hate guys/girls yg gila smoking nie ... prolly they think they're a trendsetter :(