RSC

Friday, January 7, 2011

Yang salah tetap salah, yang tau boleh bantu

Salam,


Sebenarnya tak pasti patut menulis pasal ni ke tak. Sebab banyak sangat blog yang menulis. Asalnya sebab satu penulisan di sebuah blog -_-


Memandangkan baru tau pasal ni, yelah lambat sikit sebab saya kan bukan blogger tegar. Suam-suam je.


Ya, Memang masing-masing ada pendapat. Masing-masing ada hak untuk bersuara. Sebab tu Allah bagi kita buku amalan masing-masing. Point utama tu dah betul, faham. Cara penyampaian mungkin ada yang terasa hati. Perempuan hatinya lembut dan sensitif. Sebab penuh dengan kasih sayang. Memang Allah dah jadikan begitu.


Dan lelaki yang diberikan 9 akal sebagai kaum yang dipertanggungjawab mempertahankan dan mendidik wanita, tunjukkan jalan. Bukan menutup jalan.


Pakaian ni subjektif, kalau nak cakap lebih pun, saya tak sempurna. Banyak sangat perlu diperbaiki. Cuma bila ada yang nak berubah ke arah lebih baik, kita bantu lah. Positif. Kalau kita tau, tunjukkan jalan macam mana nak perbaiki.


Kita manusia selalu tak nampak diri sendiri. Sebab tu perlukan cermin untuk nampak refleksi diri. Sama jugak kawan-kawan, mana yang tau boleh tegur cara elok. Kita manusia ada harga diri dan maruah yang dipertahankan. Dan bukan untuk dijaja. Mengaibkan namanya.


Mungkin dalam usia yang muda dan masih mencari arah, kadang-kadang ada yang tak sedar langkah dah tersasar sikit dari landasan. Mungkin juga ingin atau sedang berubah menjadi lebih baik dan ia memerlukan kekuatan dalaman yang sangat tinggi. Dalam proses berubah tu, takkan dapat lari dari hasutan. Kita bukan maksum.


Kalau bukan kita sesama muslim membantu dan bagi sokongan, siapa lagi?
Yang salah perlu ditegur dan dibantu. Macam saya. Tak sempurna lagi.


Ia juga umpama kita melihat gelas dengan separuh air. Sama ada kita nampak separuh kosong atau separuh penuh


Apa pun terima kasih sebab membuka mata dan minda walaupun kata-kata yang digunakan sedikit kasar. Saya yakin, kita umat Muhammad di didik menjadi manusia terhormat.


20 comments:

Encik Tikus said...

dah baca dah pasal isu tue, tapi overall isi entry tue ada betul dan ada salahnya~

then gambar tue pun dia dah buang

little ain said...

takpe kak rina, sabar ye :)

buang yang keruh, ambik yang jernih.

semoga maju jaya :)

n a d e a said...

setuju. entry tu ada point. cuma cara agak kasar dan membuka aib orang.
nak menegur orang bukan senang. tak kena gaya boleh memburukkan keadaan...

Basyirah Abd Rahman said...

straight to the point yg dicakapkan tu. ada point yg baik untuk ditegur namun sedikit kasar yang bolehkan ramai tidak dapat terima. Mungkin kene ubah dengan cara yg lbh baik teguran tu.. sabar jela.. masing2 sedang belajar untuk menjdi terbaik..

y u y u Z u l a i k h a said...

ishh.. dah bace.. hmm.. mungkin ade betol ade salah nye.. cuma salah besar dia, mengaibkan orang dan cara dia sangat salah... :(

y u y u Z u l a i k h a said...

ishh.. dah bace.. hmm.. mungkin ade betol ade salah nye.. cuma salah besar dia, mengaibkan orang dan cara dia sangat salah... :(

platipus said...

tugas manusia utk berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran

tak salah menegur..
tp jangan lah dalam cara yang mengaibkan..kalau tegur cara baik drpd awal, mesti yg ditegur pon boleh terima..

tp isu ni pon mcm dh selesai kan..
alhamdulillah..
harap para anon boleh la berhenti menjatuhka maruah orang lain...

y u y u Z u l a i k h a said...

hmmm..dah bace dahh... ade yang betul, ada yang salah nye, cume salah nye yang besar, mengaibkan orang dan guna cara yang salahh :(

JP Nurul said...

setuju sangat2 kak rina....^_^

Peri PiA said...

tolong ingt kan daku,in a proper manner ;)

keep blogging darl,xoxo!

relevan said...

Sependapat dengan yang lain lain juga..ada yang betul dan ada yang salah..

iDa_MutHiaH said...

betul tue kak rina..cara dia tegur tue,kasar la...mmg sape yg kene kecik ati~

saya baca pon kecik ati..

EYQA ♥ said...

agree with u, kak Rina.

Rina Salleh said...

memang point yang bagus dan niat yang baik. sebab benda tu betul. tak boleh nak pertikaikan.

setipa orang ada cara sendiri. yang lain takde kaitan pulak berlebih-lebih.

saya suka berpesan-pesan ni. sebab kadang-kadang kita lupa. tapi biarlah teguran membina.

dari memfokus kepada salah, apa kata bagi penyelesaian:)

Myvitrd said...

masing-masing ada pandangan dan apa yang penting..yang baik ambil jadi panduan yg tak baik simpan dalam kocek..

Dah baca entri yang orang tu tulis.. punya dahsyat 4xx lebih komen.. dahsyat..ada yg sokong ada yang bagi pandanga..

Yang penting islam tu mudah..

Uchi kay-f @hmad said...

*garu kepala*

same2lah kite bermuhasabah diri iyer cik rina..........;p

phreak-id said...

Well we can never please everybody. Lebih-lebih lagi dalam dunia blog yang semua orang bebas berkata-kata ni. Asalkan yang baik dibuat pengajaran, yang jahat dijauhkan, itu sudah cukup..


Terbaru > 10 Kelebihan Coca Cola > Lelaki di Utara Banyak Main Cinta Dengan Wanita Thailand? > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id

manje said...

comment ni out of topic.
i suka you punya background layout!!
heehhehe
nice!

sofya said...

salam warahmatullah.

~~nak cakap pun mcm keberatan, tap biar kita fikir dari segi positif. jangan kita kotorkan hati dengan terus mengumpat atau mengata dia. saya pun dah baca ruangan tu.

~~anggap sahaja perkataan2 yg lahir dari mulut dia itu adalah kata2 Allah yg dizahirkan melalui lisan blogger tu. lagipun kalau bukan dengan kehendak Allah, dia takkan dapat berkata2 mcm tu, kan? semua nya dengan kuasa ALLAH. Hanya Allah. ingat.

~~jadi, tak mo da kotorkan hati dengan benda yg remeh ni ye? :)

~~kita tetap pakai tudung,kan? terudkan bertudung.

~~semoga hati kita sentiasa bersih dari detik umpat dan fitnah... amin ya rabbal'alamin :)

hasrul hassan said...

Salam .. :)
ohh tak sangka cik RS ada entri pasal ni. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

Fatin tu baik orangnya .. sweet je. Selalu muncul di blog saya.

http://hasrulhassan.blogspot.com