RSC

Wednesday, January 5, 2011

Prepaid dan Postpaid

Masa dekat matrikulasi dulu, nak topup pun buat bajet.
Masa tu ada tempoh. Lupa panggil apa. Airtime ke? Kalau topup rm30 tempoh dia 30 hari. Lepas 30 hari dah tak boleh pakai. Kira dah tarikh luput lah. Kena barred. Kalau ada lagi baki dalam tu, dia akan tambahkan dalam topup berikutnya. 


Sumber: Google!


Ada sorang kawan ni, masa tu dia betul-betul rancang penggunaan duit. Kalau pasal prepaid ni dia akan topup setiap 1hb. Kalau prepaid dah habis sebelum 1hb pun dia takkan topup. Dia biar je boifriend dia mesej sorang-sorang. Dah penat mesej-sorang-sorang nanti boifriend dia call lah. Pandai eh.


Tapi sekarang rasanya kebanyakkan service provider dah takde tempoh-tempoh ni kan. Ala kalau ada pun topup habis dulu sebelum sampai masa. Kan. Kan.


Tu antara kelebihan PREPAID. Kita boleh kawal jumlah yang kita nak guna. Katakan kita bajet duit untuk telefon rm60, kita belilah topup rm60 dan pakai sebulan. Atau beli rm30 awal bulan, dan rm30 lagi tengah bulan. Kalau kita istiqamah ikut, insyaAllah cukuplah peruntukan tu. Maknanya kita bayar dulu dan gunakan sehingga mana yang kita dah bayar. Tak boleh lebih.


POSTPAID pulak lain cerita. Tak suka guna postpaid dulu. Takut tak pandai kawal. Sebab boleh guna suka hati. Tapi sebenarnya tak sekejam tu.


Kita boleh letak had penggunaan. Minta service provider set kan had seperti yang kita nak. Telefon saja khidmat pelanggan dan mereka akan buatkan. Mudah! Jadi kalau tengah cakap tiba-tiba putus maknanya dah sampai had. Tak boleh cakap lagi. Jangan nak hello, hello, banyak kali. Jangan pandang telefon buat muka sedih. Bayar bil baru boleh cakap. Cara macam ni pun boleh bantu kita kawal penggunaan bil telefon.



Apa service provider yang tawarkan harga menarik? Paling penting liputan best. Apa?

13 comments:

Ida Fahani said...

dr pengalaman kawan2 digi...
huhuhu...tp ida pakai maxis...
sekarang maxis sangat kejam...
huhu...bil melambung2

Basyirah Abd rahman said...

basyee pakai prepaid celcom UPAX. tiada tempoh expired sehingga umur 26 tahun, which mean 2013.. dengan call 0.15sen/minit untuk semua nombor, sms 1sen/celcom, 6sen/lain2.. pastu plg best, dah kawin ni, xde bnyk pakai kredit pun (^___^) so kak rina pakai ape?

ღ.faiez.ღ said...

ololooo..comeynye riri.mcm nak cuwik je gambo tu.hihi


tem blaja kte mcm tak bajet sgt tau.mebi sbb dpt duet mara.so mcm tak pk tu duet bagi untok blaja.bkn asil titik ploh.da keje pandai lak kedekot becatu bagai..sbb da tau ssh nak dpt duet.huhu..

;)

Biey said...

sya pkai digi..so far ok la...

Atiqah Adnan said...

hai riri~
qa pun nak try pakai postpaid lepas nie.. err maybe celcom kot..

y u y u Z u l a i k h a said...

yuyu selalu habis kan duit untuk topup $100 sebulan.. hmm :(

aDyLLa OmaR said...

i prefer prepaid~ heheh!

Aisyatun Nadhirah said...

celcom!

relevan said...

Celcom sahaja di hati ini.. sebab service yang lain lain tak dapek di kawasan sekitar tinggal kome ini.. :)

Ha ha..guna prepaid habis saja top up..tidak pun buat air time share..lepas tu kena ganti double..

Peri PiA said...

currently using prepaid

Rina Salleh said...

sebelum ni dengan satu service provider. tapi sangat-sangat mahal. uhuh

sekarang tukar service provider lain. murah tapi coverage tak meluas. had limit sebulan rm150 tapi kadang-kadang bil cuma rm94. termasuk bbm servis. murah kan

tapi ramai cakap celcom bagus.

SiS' 09 said...

akak......jom xchange link..follow follow me sabun mandi..heheh....

maxis yg murah tu pun tau kak riri..mmg murah..eheheh....ida pkai tu jek....

1000819185 Eda Al-Firdausy said...

akak!!! kite sekapal..tp eda amik pakej rm 50 sebulan... n xde contract apepun..means amik plan je..xde amik hp dr telco tu..
akak, camana nak bgtau service provider supaya limit kan penggunaan kite ye..? eda x retilaa...cane ek..?