RSC

Thursday, January 20, 2011

Otak kita satu tapi ada Kanan dan Kiri

Semasa anda duduk, putarkan kaki kanan anda mengikut arah putaran jam.

Dalam masa yang sama cuba tulis nombor 6 menggunakan tangan kanan anda
Kaki anda akan bertukar putaran secara spontan, atau tersangkut


Cepat cuba. Sekarang!


Menarik kan!
Fakta ni saya jumpa masa Google tentang otak kanan dan kiri.
Ini membuktikan perhubungan otak kanan dan kiri dalam menentukan pergerakkan.
Rupanya kita belum kenal diri kita lagi. Hihi


Kenapa kita ada otak kanan dan kiri? Kalau satu je tak boleh?
Sebab dalam dunia semua benda dijadikan berpasangan.
Mungkin.


Apa fungsi otak kiri? Otak kiri berfungsi dalam hal-hal yang berhubungan dengan logik, rasional, kemampuan menulis dan membaca, serta merupakan pusat matematik. Bahagian otak ini merupakan pengendali intelligence quotient (IQ). Daya ingat otak bahagian ini juga bersifat jangka pendek.


Orang yang banyak menggunakan otak kiri ni biasanya lebih analitikal, mengikut perancangan, ada susunan atau prosedur. Otak terikat kepada realiti. Apa yang dilihat. Mereka ni selalunya akan proses fakta, secara terperinci dan logik dulu baru benda lain. Penuh dengan strategi. Skematik lah. Orang otak kiri biasanya kalau memilih hadiah adalah dari jenis yang praktikal seperti beg, jam, atau buku.


Sementara itu otak kanan pula berfungsi dalam perkembangan emotional quotient (EQ). Misalnya mereka lebih bersosial, komunikasi lebih baik, interaksi dengan manusia lain serta banyak bergantung kepada emosi. Pada otak kanan ini terletak kemampuan intuitif(gerak hati), kemampuan merasa, dan ekspresi tubuh, seperti menyanyi, menari, dan melukis. Mereka juga lebih kreatif.


Kalau anda cenderung pada seni mungkin banyak gunakan otak kanan. Teheeeeee. Mereka biasanya memberi hadiah dengan warna-warna menarik, hiasan-hiasan dan lebih kreatif.


Masih tak dapat kenal pasti anda dominan di otak mana?


Cuba tengok gambar ni


Putar Otak Kanan otak Kiri


Kemana arah wanita ni berpusing?


Mengikut kajian, kebanyakkan lelaki melihat wanita ini berpusing ke kanan (mengikut arah jam)
Manakala sebahagian besar wanita melihat ia seakan berpusing ke arah kiri (lawan jam)


Dikatakan sekiranya kita melihat ia berpusing kearah kanan maka otak kita dominan di kanan.
Dan sekiranya kita melihat ia berpusing ke kiri maka otak kita dominan di kiri.
Ada yang dapat melihat ia bertukar kedua-dua arah. Tak pasti macam mana boleh terjadi.
Ajaib! Hebatkan kemampuan otak?


Saya boleh melihat ia berpusing ke kedua-dua arah. Tipsnya fokus memberi arahan pada otak. Anda?


37 comments:

Farihah Ahmad said...

sgt takjub bila selesai buat 1st test tu :)

FARISZ@AZ.Com said...

Putarkan kaki kanan mengikut arah jam dan tulis 6
Putarkan kaki kiri mengikut arah lawan jam dan tulis 9

sebenarnya semasa membuat perkara ni manusia akan menggunakan ke2 belah akal.Sebenarnya banyak rahsia yang Allah ada tunjukkan.

Contoh jika kita marah,tension atau demam.Maka perlu ambik wuduk.
Dari segi sains beberapa anggota badan (anggota ketika mengambil wuduk) perlu dibasahkan untuk menyejukkan ransangan dan membaiki salur darah.

Artery utama manusia :
1)Radial, Ulnar,Brnchial artery (di bhgian pergelngn tangan hingga ke siku)
2)Dorsalis Pedis Artery n Tibialis Posterior Artery(di bhgian buku lali kaki)
3)Facial Artery( di bhgian tepi mulut)
4)Temporal Pulsation( di bhgian bawah telinga)
5)Carotid Pulsation( d bhagian leher)

kelima bhgn anggota tersebut adalah bhgn anggota yang dibasarkan ketika mengambil wuduk.

p/s Sekadar penambahan info (^_^)

Sharinginfoz said...

yang penting kita berfikir sebelum membuat sesuatu perkara fikirkan implikasinya

Jah said...

i could see both sides ;)

aMyErInAiMiE said...

All this while, i salu nmpk ia berpusing ke kiri. Tp hari ni bile tgk kt cni kn...i saw it turns on both ways!! Best nye! Sesuatu yg jarang org ppuan tgk kn? Ngee

Cik Baiti Sidek said...

Nmpk die pusing ke kanan je. Huhu...

Cik Baiti Sidek said...

menarik gk nih...

y u y u Z u l a i k h a said...

ALAMAKKK.. YUYU NAMPAK DIA PUSING KE KIRI JEEE.. HUHUHU...

ween said...

wow, nice sharing sis! sy dah cuba fokus tp still nampak dia pusing arah lawan jam *_*

nadia rosle said...

sama! saya pun tengok dia pusing 2 2 arah.

firdauz83 said...

aku tgk 1 arah je..

ElyaElmo said...

bile pandang lama2 pening pun ade..haha

[z@ck] said...

mula2 tgok pusing belah kanan. tiba2 tgok pusing belah kiri pulak.camno tuh?

Cik Aada said...

like this post :)

Wani Wahab said...

ohhhh .
baru tawu , hikhik

Uchi kay-f @hmad said...

wah hebatnye awk bole lihat 2-2 arah...mcm ne tue?

Rina Salleh said...

hebatkan otak kita? :)

rasa macam hebat pulak lepas baca info farisz. terima kasih farisz

Ali ridha said...

ni la orang tak tahu.selama hidup kita sebanyakkan manusia guna otak kanan sahaja.bila kita berjaya memaksimakan penggunaan otak.maka kita dapat mencapai sesuatu.

# # Perempuan tolak cinta lelaki baik !# #

# # Perang baju-T RHETT & LINK’S !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#

Ainee Cumi said...

Asal aini buat tk jadi. Aini tak normal ehh? Ahhahah!

Btw kak rina, tolong klik like kat new entry aini. AIni ada join contest CST ni. Harap sangat menang.. Video dieowang best

.::zaimah::. said...

hebat sekali...
sy nmpk ke kanan..

alisha said...

kenapa ai nampak belah kanan je. wuwuuu .

Ain Abia said...

kak rina.. napaka leh nampak dia bpusing dua2 arah eh? haha..

najihah zulkifli said...

sebenarnye dye b'putar ke knn dan ke kiri dan ke knn and so on..
dye sentiasa mengubah posisi pusingan..
am i right??

yats said...

wahh hebat..boleh nampak dua2 arah la..huhuh

Mas-Azi-Mah said...

nampak dia pusing belah kanan je =.='

sarah said...

boleh tgk dua2 arah..
mula2 tgk kanan,lepas tu kiri..
pastu pening dah..:)

nice info

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

boleh nampak pusing dua-dua arah..rina..nama i pun rina..tapi salleh..nama father in law i..hehe..

Cik Embun said...

aarr laaa.....
fokus pastu berubah...
psycho btoi laa benda alah tuh

~♥ iella ♥~ said...

yes! betul tue....baru lepas join program psikologi...


http://fadthnwan.blogspot.com

shida rashid said...

selalunye saya akan nmpak dia pusing arah kanan. ni mungkin disebabkan saya seorang yg kidal n lebih pada otak kanan kowt? haha. tp then, saye nampak dia pusing kiri plak? eh? ke sume org pown bleh nmpk cmtu nie? hmmm wondering...~ ngee~

Fatin a.k.a. Aten said...

aten dapat tgk two side.. so penggunaan otak is balance rite? hehee

fairuzhani said...

dia pusing dua2 arah laa. huhuu

bukudiarysofea said...

oh seriously. sye dpt tgk due2 arah. even amek mase beberape saat nk settingkan otak. ;p

FARISZ@AZ.Com said...

kiri ke kanan
kanan ke kiri
berpusing-pusing.
jangan pening sudah

 Tutorial blog

east said...

sy dpt tgk kedua2 belah..pusing kiri dan kanan..sy dapati, dia tukar stlh a while tgk..=)

LynN LoLa~~ said...

i see they turn both.mule2 belah kiri.then da lame tu baru kanan.n then suddenly die pusing kiri balek. is this betul2 mind trick ataw mg gambar tu die akan pusing bertentangan automatically kalau kite tengok lame2 ea?haha konpiuss sudaaa

Gadiss Kecil said...

tumpang share yer..