RSC

Wednesday, January 26, 2011

Luggage isi apa kalau bercuti?

Memandangkan hujung minggu ni nak pergi bercuti, tapi tak bercuti sangat sebab pergi sekejap je. Kena balik awal. Ada kerja. Takpelah. Nanti serba salah pulak. Nanti rasa tak best kalau tak pergi. Oh, pasal cuti tu. Nak buat checklist. Kalau pergi cuti selalu orang bawak apa dalam beg/luggage?

............................

1. Baju. Siap kira berapa hari pergi. Jadi baju cukup-cukup ikut hari.
TIPS: bawak cardigan dan long tee/tops. Boleh mix n match.

2. Jeans. Paling senang. Tak payah gosok.
TIPS: Bawak extra seluar material ringan. Macam palazo atau long skirt. Warna selamat, hitam dan kelabu. Kalau pakai long skirt material lembut/nipis jangan lupa pakai inner. Jarang. 

3. Tudung elakkan jenis ada awning. Awning mudah rosak jika terlipat. Sayang lah. Bawak dari material yang ringan dan tak perlu digosok. Tak perlu labuci atau batu-batuan. Contohnya pashmina, cotton, atau selendang jenis kedut (memberi kesan semulajadi)
TIPS: Lipat secara menggulung supaya tiada garisan pada tudung/selendang. Jadi tak perlu gosok.
TIPS: Bawak tudung yang mudah dipakai ke pantai kalau ada aktiviti di laut. Air laut kandungan garamnya tinggi dan berpasir. Mungkin boleh rosakkan tudung yang mahal.

4. Pergi pantai mungkin perlukan topi.
TIPS: Bawak yang mudah lipat jika perlu.

5. Sunglass/Shades. Panas. Cahaya. Perlu jaga mata. Terutama yang mempunyai kadar silau tinggi. 
TIPS: Pastikan ada anti UV. Bukan sekadar gaya, yang penting sihat.

6. Penjagaan diri: Pencuci muka-toner-pelembab-sunblocks-berus gigi-ubat gigi.
TIPS: Sabun, syampu biasanya disediakan pihak hotel. Losyen bawak saiz kecik kalau perlu.

7. Biasanya hotel sediakan tuala. Melainkan anda tak selesa, boleh bawak sendiri.
TIPS: Tuala biasanya memakan ruang. Lebih baik tidak dibawa.

8. Aksesori bergantung pada keperluan.
TIPS: Aksesori ringkas yang dapat beri impak besar, antaranya tali pinggang atau rantai labuh. Cermin mata hitam, jam ataupun beg dapat beri impak berbeza juga walaupun tanpa aksesori berlebihan.

9. Sandal merupakan pilihan terbaik untuk perjalanan jauh atau yang bertapak rata. Elakkan bawa tumit tinggi. Melainkan anda perlu menghadiri majlis semasa percutian :)
TIPS: Bawa selipar kalau anda perlu ke laut.

10. Charger telefon atau kamera. Kebanyakkan kamera hari ni mempunyai kapasiti simpanan yang besar. 
TIPS: Mungkin perlu pertimbangkan extra data card (mungkin awak photographer lah ni ambik gambar banyak-banyak)

11. Inner wear, mengikut keperluan.
TIPS: Atau pilihan mudah disposable.

12. Telekung.
TIPS: Kalau ada ahli keluarga perempuan, kongsi. Biasanya mak bawak. Pinjam mak :)



EXTRA!!!

++Kalau anda jenis tidak tahan sejuk atau perlu ke hutan, bawa stokin.

++Kalau ada sebarang alahan, jangan lupa bawak ubat yang perlu. Mungkin nak bawak minyak cap kapak atau vicks. Kecik je. Muat.

++Bantal busuk mungkin tak perlu. Kecuali tak boleh tidur tanpanya. Bawaklah.

++Kalau mandi laut jangan pakai baju putih. Kita perempuan, tak manis.

++Kalau suka menulis, jangan lupa buku dan pen. Saya suka cara tradisional.

++Plastik untuk isi baju kotor


............................


Okay malam-malam dapat fikir ni je. Ni je? Kompleks kan fikiran perempuan? Tapi kalau tak cukup, tambah sendiri dalam luggage. Jangan sampai kena extra charge. Bai.


27 comments:

CIK CIRA said...

tip yang sangat2 bagus sei

fairuzhani said...

heheh.

hasrul hassan said...

Salam .. biasanya luggage lelaki lebih ringan dari perempuan. :) Lagipun lelaki kurang cerewet dari perempuan.

liyanaziz said...

nice tips!

y u y u Z u l a i k h a said...

YES YES.. TIPS YANG BAGUS. LEPAS NI BOLEH BERCUTI DENGAN HAPPY ^^

ween said...

nice tips kak rina! ;)

Basyirah Abd Rahman said...

:) Tips yang bagus! Next week kami travel ke Utara. Basyee nak jugak share tips untuk menjadi pasangan bahagia: 10 Kata-kata manis pengikat hati

Mr feckry said...

bagus2

Cik Nurul Pinky said...

Hahah selalunya nurul kalau g bercuti wajib bawa 2helai aje dan selebihnya membeli kat sana terus hehehe..save ruang beg ;)

~♥ iella ♥~ said...

tip yg sgt berguna...slalunnya klu nk g jejalan nie tak yah wk bnyk barang....nnt berat nk angkat beg..hihi


http://fadthnwan.blogspot.com

Nanie Hussin said...

kak rina! nani suka tips mcm ni! ringkas tp padat. yes, semuanya cukup. tak perlu bw lebih, bawa mengikut keperluan shj kan. ;)

kak rina nak pegi bercuti ye?heee;)

kau ade? said...

Rina,thanks...singgah blog saye ye...

Nudz Zalie said...

rasanya dah lengkap dah semua tuhh..;)

Indah Mulya said...

nice tips la kak!xde masalah nk packing la pasni..hehe..rsnya kan kak, mungkin kna wat cek list kot seblum nk stat kemas brg..xde la nk tertinggal lagi brg..kan? =)

zuar said...

wow...nice tips la dear....memang berinformasi mcm blog ambo..hak3

Gee Jah Noor said...

wahhh ni memang bagus punye tips..like it!

Jan@Afzan said...

salam rina

erm..betul jugak tuh, perempuan memang complicated fikirannya... Klau packing tuh, mcm ada je yang tertinggal wpun dah buat list. Huhu... Itu Jan lah.

a good advice for travelling ni.. p/s:jgn lupa kalau x solat bawak extra pad & yang dalamnye...hehe

jan

Cik Nadia Bayu said...

thanx kasik tips yg best.
btw, nak ikot! uhuh

Liya Laa said...

happy holiday kak rina :)

Miss Tatie said...

hi. singgah sini jap boleh?
nak minta tolong..
tolong like entry no 80
kat cstproduction.blogspot.com

no 80 tau
time kasih
;)

delarocha said...

baru balik bercuti, bawak satu beg je, itu pun tak penuh..huhu

:: fatin nashwah :: said...

tips yg sgt2 berguna..
thnx kak rina ;)

ween said...

kak rina, dah lama x post up ur personal pic here. care to join my contest n share with us some ideas in mix n match colors? :)

http://weengorgeous.com/2011/01/28/colour-your-life-contest/

A I N A said...

sgt2 bagus.hehe

ahmad endo said...

memang detail...kalo suruh saya yang bagi tips saya mungkin suruh bawa diri je...hehehe...nice

CikKaikazie said...

tipsss yang sangat berfakta. complicated kan kita?

iDa_MutHiaH said...

best nye tip nie! ida pon ske bwk cardi klu gi travel :)

sgt simple,senang nk match & stylo! :D