RSC

Saturday, January 8, 2011

Halal pada logo

Pertemuan dengan seseorang yang baru dikenali ini sangat menarik perhatian saya. Dia merupakan kawan kepada kawan. Orangnya biasa saja tapi ada rupa. Penampilan pun bersahaja. Dia nampak tenang. Sekali pandang tiada apa yang lain. 


Kami bertiga duduk berbual di sebuah kafe, tapi saya perasan mata dia melilau. Tak pasti apa yang dia cari. Dan dia cuma memesan minuman. Kebetulan kami masing-masing dah makan. Tiba-tiba dia tanya, kedai ni halal ke? Walaupun di sekeliling kami ramai melayu, itu tak cukup untuk membuatkan dia yakin. Dan katanya kebanyakkan restoran cuma halal pada logo.


 Melalui kawan, baru saya tau rupanya dia tengok nama kafe tu dan cuba ingat kalau kafe tu ada dalam senarai Jakim. Kawan saya bagitau yang dia ni sangat menjaga makanan yang di makan. Kalau ikutkan dia jarang makan di kafe-kafe atau restoran-restoran. Walaupun kedai yang selalu orang pergi, kalau takde dalam status halal Jakim, dia tak nak pergi. Atau paling tidak atas dasar nak menjaga hati orang lain, dia cuma akan pesan minuman biasa/tin.


Dia lebih selesa ke kedai makan atau warung yang tentu tukang masaknya melayu. Macam warung Mak Jah atau restoran Kak Ros. Sekadar contoh. Terkedu saya sekejap. Sebab jarang saya jumpa orang macam dia ni. Dia tak seperti kebanyakkan kita yang suka ke kedai kopi yang mahal-mahal atau restoran mewah yang lepas tu semua nak update dekat status, "I'm having dinner at ****, superb!" Contoh je la. Saya pun pernah macam tu.


Yang paling mengejutkan, walaupun dia lelaki, tapi dalam kereta ada kain telekung. Katanya mudah kawan-kawan perempuan yang tak bawak telekung nak bersolat.


Agak-agak berapa peratus lelaki macam ni? Atau kita macam ni tak.


Terasa malu dengan diri sendiri -_-


38 comments:

idAti mALek said...

jarang jumpe org macm ni...ptama kali~

y u y u Z u l a i k h a said...

hari tu kitorang wat research pasal restoran halal,. terkejut, banyak yang tak dapat kelulusan dari jakim. semua tu femes ames pulak..

ainakhani said...

best tu buat suami. hahah xD

Mknace said...

:):):) terbaeekkk!!!!

Basyirah Abd Rahman said...

alhamdulillah ada insan prihatin yang hadir di dalam hidup kita.. Seronok jika Allah datangkan peringatan dlm bentuk kawan yang prihatin. Bab makan kene jaga sebab merupakan darah daging kita. Walauapapun kak Rina, bertuah untuk mengenalinya. semoga ada manfaat

Cik Kiah said...

wah, tak sangke maseh ade lelaki yang camni..moga Allah sentiasa tunjukkn jalan yang baik pada dia dan juga kita...

yellowie roses said...

jarang nk jumpa lelaki mcm ni...tahniah pada diri dia..dalam 1000 belom tentu jumpa 1...=)

Rina Salleh said...

rina pun pertama kali jumpa orang macam ni. bertuah kawan saya, lelaki ini bakal menjadi raja hidupnya. insyaAllah :)

miz.millyna said...

pertama kali jugak... pandai dy menjaga pemakanan dy.. sampai mcm tue skali.. memang terbaek larh.. antara ciri-ciri yg patut da pada seorang suami,.. hehe..

http://mizmillyna.blogspot.com/

Liza said...

my husband sgt2 penting sapa tukang masak n sbb kadang coding halal pun, kalau org cin amasak dia x nk jejak. sbb kata dia bangsa lain x fhm apa erti halal yg mana mcam kita patut fhm.saya dulu lagi daif, langsung x pernah amik port pun...ehehehe dah kenal, dah tau, kita blaja, mana ble elak kita elak. sbb pentingnya jaga makan, is becoz, dia jadi darah daging kita. tp resepct laki tu, siap bawak kain telekung utk kawan2 perempuan dia boleh bersolat. that is different.different in a very gooood way..i loikee! :) hensem tak rina?ehehehehhe...

L said...

masyaallah. untung kawan kak rina dpt bakal suami mcm dia. part dia simpan telekung dlm kereta plg bgs. kita org perempuan pun jarang simpan telekung dlm kereta

Uchi kay-f @hmad said...

like angel.....;p

Ummu Jannah said...

bagosnyeee !

*cimOt* said...

subhanallah..sungguh bertuah suri hati jejaka ini~~

little ain said...

memang penting tu kak. sebab ape2 yang kite makan tu kan darah daging.

bagus betol die bwk telekung. sejuk perut ibu mengandung. heeee :D

ღ.faiez.ღ said...

ya allah.bagosnya laki mcm tuh..ssh sgt2 nak jumpa kan org mcm ni.

mudah-mudahan kita semua pon mcm tu jugak.amin;)

niDa said...

waaa.... ternganga jap.. baik nye lelaki tu. kalau saya insaf sekejap.. huhu..

relevan said...

Berhati hati lah bila masuk dan makan di kedai atau pun restoran yang statusnya di ragui....jika ragu2 jangan masuk..

farah said...

sorang yang sangat bgs, sgt perihatin dalam soal yang melibat kan agama...susah nak jumpa orang mcm tu..kadang2 member kat office saya kedai bukan orang islam pun sangup makan,sbb katanya ada logo halal...

farah said...

sorang yang sangat bgs, sgt perihatin dalam soal yang melibat kan agama...susah nak jumpa orang mcm tu..kadang2 member kat office saya kedai bukan orang islam pun sangup makan,sbb katanya ada logo halal...

Atiqah Adnan said...

sama macam qah.. suami selaluye akan masuk kedai restoren yang ada logo halal from jakim.. kadang memang ada halal tapi tak diiktiraf jakim.. so bahaya... ~ kena hati2 sebab sy fikir ape yang kta makan tu nti jadi darah daging kita jugaa..

lelaki macam tu susah nak jumpa cik riri..

terra said...

bukan susah nk jmpa...tp susah nak kenal...ye la pompuan slalu anggap laki sume saja je kan...

n a d e a said...

wah bagus nya ada lelaki mcm ni..
;))

kita pun mmg cuba elakkan makan dkt kedai yg tak dpt peniktirafan dr jakim...

SizZLing SuZai said...

salam
hi cik rina ^^ br jmp blog hadoiii!!
k sal entry..wohh sapekah insan lelaki ini y boleh mbimbing kt insan y lemah..adekah beliau maseh single??? haha >.<

miss nina said...

1 dalam 1000 mungkin.
thank god ada lagi lelaki macam tu. untung bakal isterinya

rockinsudu said...

susah nk cari org yg alert pada sumua bende ni skang.
siap bwak telekung lg tu tu membe perempuan.

Nik said...

Halal bukan sahaja pada makanan, tetapi itu yang semua orang nampak. Semua perlu halal..

Nik said...

Halal pada makanan paling diteliti namun pada perkara lain jangan lupa.

Hazman said...

hurmmmm.... rasanya inilah kali pertama dengar laki sebagus itu.... sesungguhnya dia begitu peka dan concern perkara yang kita terlepas pandang...

Mfs said...

terbaik dari ladang dan lautan dalam!!! =)

Pembawa_Wacana said...

halal hanya pada logo..nak tak nak..masak je la kat umah..huhu

Rina Salleh said...

mungkin ramai lagi macam ni cuma kita tak nampak :)

FARISZ@AZ.Com said...

Dalam beribu hotel hanya berpuluh yang diluluskan halal oleh JAKIM.
Dalam berpuluh ribu kedai makan hanya berapa ratus saja yang diluluskan halal oleh JAKIM.

Bagus lelaki tu sebab ia jaga pemakanan,andai rosak pemakanan maka rosaklah hati.

sebenarnya perempuan tidak bawa telekong solat pun boleh solat.syaratnya pemakaian sudah benar-benar menutup aurat.
sebab ketika hiduplah aurat nak ditutup.kalau sudah sudah meinggal dunia ,kain kafan menjadi pekaian (^_^)

Nur Hani said...

waaa. xpernah jumpa org camni. bagus nya :)

yats said...

Bagus sangat, tak pernah jumpa lagi orang macam ni..bertuah punya kawan yang begitu.

SHAHIRAH TERMIDI said...

mashaallah. hebatnya. :')

gadizgula said...

aduh...bagus betul lelaki tu. sgt2 menjaga adabnya..

p.s: kalau free singgah2 ke blog saya
http://gadizgula.blogspot.com

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

saye plak prefer kedai yg ade logo halal jakim n franchais sbb akn ade org yg dtg cek barang2 yg diorg gne..tukang msak melayu pn saye tgk ramai xkisah bahan2 diorg gne tu yg ade logo halal @ x(kicap, sos n etc.) jdik rse was2 jgak..huhu

p/s:wow 1st time dgr lelaki bwk telekung..klau perempuan biase la..