RSC

Saturday, December 4, 2010

Aktiviti hairan, eh harian

Mintak maaf. tak sempat kemaskini blog. Kesian tuan dia baru nak sesuaikan diri dengan hidup baru. Kesiankan.

Alhamdulillah lepas ke audition untuk satu rancangan baru di TV9, Rina terpilih sebagai hos rancangan dan akan bergandingan dengan seorang lagi pengacara baru dalam rancangan yang diberi nama SAFIYYA. InsyaAllah nanti Rina cerita lagi pasal rancangan ni yang akan mula bersiaran setiap hari Ahad bermula Januari 2011 ini, di TV9.

Disebalik tabir rakaman Safiyya. Kelakar rasa. Sementara tu kalau nak tengok update terkini pengambaran, boleh tengok gambar-gambar DISINI.

Banyak lagi Rina perlu belajar berkaitan pengacaraan. Bukan mudah. Terutama untuk orang baru yang tak berpengalaman macam Rina ni. Kayu, kaku, keras, Rina akui semua tu ada awal-awal ni. Nampak kamera pun berdebar. Bagi Rina peluang dan ruang untuk belajar dan perbaiki diri ya. Doakan jugak semoga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.

Selain dari tu, Rina ada buat buat beberapa photoshot untuk majalah. Antaranya majalah Perempuan, Mingguan Wanita, Nona dan beberapa majalah lagi yang sedang dan akan shoot bulan Disember dan Januari ni. Kalau ada masa nak tengok aktiviti Rina, boleh tengok dekat FB nanti.

Lepas selesai photoshoot koleksi MAIRA untuk majalah NONA. Gambar lain dalam album INI.

Erm, lagi satu, ada yang kata Rina sombong sebab tak balas mesej di FB atau tak approved friend request. Bukan tak nak, tapi akaun FB Rina dah cecah maksimum agaknya, sebab bila nak approved atau add orang lain tak boleh. Keluar warning dari FB sebab kena delete yang lain dulu. Mintak maaf tau. Tapi Rina ada PAGE di FB. Nanti Like dekat situ ya :) Mesej pulak banyak sangat-sangat dalam inbox. Kadang-kadang ada mesej penting dalam tu puas Rina kena belek ke beberapa muka surat belakang. InsyaAllah ada masa Rina cuba balas mesej tu semua ya. Terima kasih sebab cuba memahami situasi Rina.

Mungkin untuk tempoh penyesuaian ni Rina perlu ambil masa lebih sikit. Lepas ni bila dah tau semuanya, InsyaAllah Rina akan aktifkan diri untuk blogging :)


Di SUARASA Serdang minggu lalu bersama Mimi. Gambar penuh sekitar Suarasa SERDANG, klik SINI ;)


Sekian dulu untuk kali ini. Rina rindu nak tulis blog lagi. Jaga diri. 

20 comments:

Cik Gallus Gallus said...

cepat2 kembali blogging ;D

syamimi fatin said...

teruskan usaha, kak rina! :P

TWEETY BERT said...

goodluck rina... moga berjaya n dapat seswaikan diri dalam bidang baru ni... suke tgk rina..

Mknace said...

:):):)

Nailah Azman said...

As'salam.

Good Luck Rina sayang .
Apapun , sibuk macam mana pun ...
Jangan tinggal solat ok ?
Take care .

Love from Jeddah.

Azrin Kamaludin said...

kak rina aritu AzRin g Suarasa konon nak jumpa akak la..skali tak jumpa da..huhu

Sharinginfoz said...

tahniah. memangbusy betul sekarang ni kan

Nadia arRumaisha said...

Rina, pelan-pelan...take ur time and all the best for u dear...

niDa said...

biase la tu kak... rilex jer..hehehe... sy yg bkan artis pn bz je slalu. nk update pn ssh.. hehehe...

relevan said...

Selamat menenpuh kerjaya baru..

Rina Salleh said...

cik gallus- insyaAllah:)
syamimi- baik adik:p
tweetybert- iA. banyak lagi nak kena belajar:)
mknace- ;):):p
nailah- insyaAllah dear. doakan selalu:) u too!
azrin- yeke. kakrina tak stay dekat satu tempat. kena pusing-pusing :p next time ya:)
sharingzinfo-awal-awal ni. bila dah sesuaikan diri insyaAllah okay
nadia- baikkk:p
nida- nanti kita update selalu k:)
relevan- terima kasih :)

Encik Tikus said...

kerja kerja juga .. kesihatan diri jangan di lupa sis .. =)

My MiRa said...

dulu2 saya ada cita2 nak masuk pertandingan adis melayu..tapi saya sedar diri yang saya tak layak..heheh ayat sadis malam2....mira follow kamu okeyh

Kancilbiru said...

kami jugak rindukan rina...dan tulisan rina...hehehe

all the best oke!

mizz sue said...

BERMINAT UNTUK TEMPAHAN HEADER BOLEH CONTACT SAYA OK!

email : sue_546@yahoo.com
blog: suhaidasupalio.blogspot.com

SALAM PERKENALAN

Cik Buya said...

blogwalking.. hee

zOeY zAu YaH said...

cantikkkk..follow me back ya zoeyzauyah.blogspot.com

kak ina kl said...

salam..baru perasan kamu datang bagi komen kat N3 psl kamu menang gadis melayu. terima kasih sudi datang yer..

kawan baik melz ek..

Peri PiA said...

cant wait,xoxo!

Armiza said...

u cantik comel lahh..=P