RSC

Saturday, November 6, 2010

Perasaan berdebar? Itu normal

Kalau ada orang yang tak pernah rasa berdebar atau takut, tentu dia hebat! Eh sebenarnya bukan hebat tapi tak normal sangat lah. Secara normalnya, bila kita menghadapi perkara baru dalam hidup, cabaran, rintangan dll, pelbagai perasaan akan timbul. Cerita mengenai malam akhir Gadis Melayu, semua perasaan bercampur baur. Takut, kurang yakin, berdebar, teruja, gembira dan apa jugak perasaan timbul. Cuma tahapnya mungkin berbeza bagi setiap individu. Mungkin ada yang sikit dan ada yang banyak.

Nak atasi banyak caranya. Antaranya berselawat keatas nabi, pernafasan yang betul (tarik nafas hingga diaphragm mengembang dan lepas melalui mulut *kalau tak lepas nanti muka biru* teknik ini juga dikenali sebagai hissing), berfikiran positif dan paling penting persediaan mental dan emosi. Rina berpegang pada 'Practice make perfect'. Dengan latihan yang berulang, kita mungkin boleh kurangkan perasaan berdebar dan ketakutan. Usaha tu tau. Selain tu tentulah berdoa pada Yang Esa. Yang ni semua boleh mempengaruhi mental dan emosi kita. Korang pun mesti ada cara lain. Kongsi lah sikit.

Cakap pasal doa ni, sorang kawan pernah pesan. Katanya, bila berdoa kita kena betul-betul yakin. Yakin dengan sesungguhnya. Walaupun lepas tu perkara tu tak menjadi seperti yang kita harapkan, kita kena yakin dan terus berusaha. Yakin Allah mendengar dan Dia lah tempat kita memohon segalanya. Kadang-kala Allah tak terus memberi. Yelah kalau terus dapat, tentu kita kurang hargai. Jadi dengan adanya onak dan liku *cewah ayat buku* untuk dapatkan apa yang kita inginkan, kita akan lebih menghargainya. InsyaAllah.

Malam final tu memang berdebar. Tipu kalau Rina kata tak rasa takut. Malah masa sesi latihan berlakon sebelum tu Erry Putra pun perasan yang Rina agak nervous. Yelah, pertama kali berlakon. Lepas tu dengan pelakon hebat pulak tu. Tapi alhamdulillah lepas berbual dan beberapa tips, okay sikit. Okay ke lakonan tu? Ke macam kayu? Kalau macam kayu pun, ermmm normal la kan sebab first time *sedapkan hati* Tapi kawan-kawan mak kata, diorang menangis masa Rina berlakon. Tsk.

Raptai penuh *macam raptai penuh masa konvo tu*

Apa pun setinggi terima kasih pada Cikgi Norzizi Zulkifli yang mengarahkan teater muzikal tu. Beliau memang hebat dan sangat pandai membentuk karekter pelakon-pelakon. Kesian cikgu yang pening kepala dengan kerenah kami yang kaku masa awal-awal latihan. Terima kasih jugak pada Abg Ijat dan Mira (stage manager) yang membantu sepanjang latihan teater. Tak lupa kareografer hebat, Abg Haris. Pada seluruh krew penerbitan terutama penerbit yang berhempas pulas menjayakan program Gadis Melayu 3 hingga ke final. Percaya lah kerjanya bukan mudah! Semua yang terlibat tau macam mana perjalanannya disebalik tabir. Disebalik senyuman-senyuman yang keluar dekat kaca tv, ramai yang tak tidur malam. Penat lelah anda Rina hargai. Rina cuma mampu ucapkan terima kasih! InsyaAllah Rina akan buat yang terbaik dalam bidang ni *macam ucapan anugerah skrin pulak*

Erry Putra berlakon watak jahat dalam Ular Emas. Tapi malam tu watak dia baik

Seterusnya dalam entri akan datang... Saat -saat menghadapi juri kacak, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan tips menjawab soalan. Thehehe.

Selamat malam.

24 comments:

n a d e a said...

i love ur acting. tak nampak kaku pon. u got the talent ;)

Ayeem Jemain said...

haha juri kacak? laki orang tu rina. hahaha.

Ayeem Ayam - Blog Kartun Malaya

Kancilbiru said...

rina boleh pergi jauh dalam bidang pengacaraan...semoga rina tetap 'down to earth' juga bila dah popular nanti ya...:)

Basyirah Abd rahman said...

Rina, saya yakin, Allah memberi itu kerana ada hikmahnya. Sememangnya sifat anda yang merendah diri perlu diteladani. Sepnjang perjalanan GM3, walaupn Rina tdak memenangi sebarang hadiah setiap episod, mungkin itu tanda Allah mahu berikan kita lebih berusaha untuk meningkatkan prestasi diri. Apapun, tahniah, tingkatkan usaha!

cik ira said...

salam rina...
Akhirnya cik rina kmbli mgrg...
Not bad lakonan ari 2 xla kaku..nmpk mcm dh biasa brlkon...
All de best new life

Rina Salleh said...

nadea- Praktis sampaikan bercakap dengan dinding :p

ayeem- saya sedar. Cuma memuji lahiriah

kancilbiru- insyaAllah. banyak lagi kena belajar

Basyirah- terima kasih. alhamdulillah tentu Allah mendengar doa saya dan doa ibu abah serta kawan2:)

cikira- w'salam. jom la kita berlakon berdua. citer katon:p

zuar said...

tahniah rina berjaya menang gadis melayu...:-)..yg no 3 tu fateen kn..pnh jmpa masa final model tudung fareeda dulu

Sharinginfoz said...

alhamdulillah Rina, semuanya berjalan dengan lancar

ARC™ said...

oh Rina puji laki orang. JELES!

XP

norh said...

semoga rina bertambah maju lagi ya.. :)

dark r0se said...

tahniah kak rina~ ;)

Ibu faheem said...

harap dikekalkan peribadi rina yang very humble down to earth tu okeh..cikmin suka.. :) dalam hati terdetik masa Dr.sms nak pilih peserta.."harap2 Dr.sms pilih rina" akhirnya...rina pun berjaya jawab dengan baik... :)

noor afzan said...

wuu..
dapat berlakon dengan ery putra.
saya peminat dia rina..
haha~

InsyaAllah, Rina akan berjaya dalam bidang ini. Kami doakan Rina sentiasa succes ok!

Fantastic Ajane said...

tahniah ye rina...:) Layak sangat layak... heheh FA ada tgk Gadis Melayu 3 ari tu...:) Acting hebat l..:)

Rina Salleh said...

zuar- fatheen pernah masuk Pencarian Fareeda:)

sharinginfoz- :)

ARC- puji lahiriah je. Tak lebih dari tu :)

norh- insyaAllah

dark rose- terima kasih dik:)

Ibu faheem- terima kasih. insyaAllah. doa orang2 sekeliling pun banyak membantu :)

noor afzan- oh suka ery eh. nanti rina btau dia:) insyaAllah terima kasih afzan

zuar said...

tula..penah jumpa fatheen..rina je blm lg..hahaha.semoga berjaya di masa dpn..:-)

shakira..=) said...

tahniah ye...=)

Tn.Punya said...

Tahniah diucapkan diatas kejayaan anda memenangi Gadis melayu.. semoga lebih maju dimasa akan datang..

azzey said...

Rina Salleh: berdebar tu bese. even org yg dah berjaya pun masih ada perasaan berdebar setiapkali pertandingan. anyway congrates to u! All the best for ur future.

slm ziarah & slm kenal....

nur said...

tahniah.. selamat berjaya rina
ALL IN ONE

Mr feckry said...

tahniah menang hari tu..jap camne geng dengan anak dapat perform malam tu ye

Rina Salleh said...

Zuar- pernah jumpa fatheen eh. insyaAllah ada rezeki kita jumpa:)

shakira- terima kasih *sipu-sipu*

Tn.Punya- insyaAllah

Azzey- kadang-kadang nervous sampai ketar lutut:p

Nur- terima kasih Nur :)

Mr feckry- Tak pasti. Pihak penerbitan yang uruskan. Tapi memang best lagu diorang, Melayu Sejati:)

ARC™ said...

oo lahiriah je eh. lega :D

(fantasi sahaja lol)

hiro said...

dup dap dup gua tiap warkah tuk ustazah..kot ustazah delete..ahha..