RSC

Saturday, November 6, 2010

Membaca jambatan ilmu

Membaca Jambatan Ilmu. Dah lama tak dengar pepatah ni kan.

Kenapa minat membaca kurang eh? Tak suka membaca? Malas? Bosan? Tak ada masa? Panjang sangat? Buku tebal? Ayat skema? Alamak English? Tak rock lah macam budak nerd.

Rina pun bukan ulat buku. Tapi percayalah minat membaca boleh dipupuk. Dan melalui pembacaan kita kenal dunia. Kalau nak mula membaca, kita boleh mula membaca bahan-bahan ringan macam majalah atau suratkhabar. Mulakan dengan cari bahan bacaaan yang dekat dengan minat sendiri. Benda yang kita suka.  Kalau ada keinginan untuk tau sesuatu, jangan sekat. Cari maklumat dari mana-mana sumber. Ni pun boleh memupuk minat membaca.

Lepas tu gunakan pertimbangan akal untuk tapis maklumat yang diterima. Sesuaikan dengan pemahaman dan persekitaran. Sebab bukan semuanya tepat atau benar.

Sepanjang di kuarantin selama lebih kurang hampir 3 bulan, Rina bawak bekal buku. Antara yang Rina sempat baca, Talent is Never Enough, The Art of War and Who Moved My Cheese. Ada masa Rina cerita sikit pasal buku-buku ni. Bukan semua Rina beli. Ada yang kawan pinjamkan. Selain tu baca suratkhabar. Bacaan macam ni penting. Supaya kita tak ketinggalan dan tau apa yang terjadi di sekeliling. Malah dalam beg Rina mesti ada satu buku, buku catatan dan pen. Yang ni Rina amalkan dari zaman universiti. Kita manusia yang lemah, tak dapat nak ingat semua benda. Jadi Rina suka catat. Korang mungkin ada cara tersendirikan :)

Dan alhamdulillah berkat pembacaan dan perbincangan ilmiah dengan kawan-kawan, (ada beberapa kawan rapat yang Rina respect sebab bila berbual selalunya perbualan yang berilmu) ia sangat membantu Rina masa sesi IQ di malam final.

Saat diajukan soalan

Masa dengar soalan dari Dr Muszafar kepala Rina ligat lari ke perbualan Rina dan seorang rakan berkenaan perkara ni. Selain tu Rina pun ada terbaca dalam akhbar tentang isu ni. Malah masa sesi berjumpa dengan Tun Mahathir, beliau pun ada memberi pendapat yang sama. Walaupun soalan nampak mudah, namun tanpa ilmu jawapan mungkin tersasar. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya malam tu.

Memandangkan SPM/STPM pun hampir tiba dan adik-adik di IPTA rata-rata sedang menghadapi peperiksaan akhir, ni ada beberapa tips menjawab soalan yang ringkas.

1. Sentiasa mulakan dengan Bismillah.
Doa yang Rina amalkan "Bismillahitawakaltu'allahi laahaula walaaquwwatta illabillahil aliyyil adzhim"
2. Tenangkan diri dan tarik nafas seperti biasa
3. Senyum. Secara psikologinya, senyuman dapat memberikan ketenangan
4. Setelah terima soalan, segera catat atau ingat point utama. Bukan hafal ayat
5. Setiap jawapan mesti ada justifikasi. Huraikan agar ia bukan sekadar point kosong
6. Ambil masa yang bersesuaian untuk memberi jawapan
7. Berdoa setelah semua usaha dijalankan



Selamat Membaca

RS: Who Moved My Cheese adalah bacaan terakhir Rina sebelum ke final. Banyak membantu Rina melihat perubahan dalam hidup dari sudut yang lain. Buku ni mungkin antara yang paling ringkas tapi penuh erti. Untuk ringkasan, boleh tengok VIDEO ni (",)

24 comments:

Mr feckry said...

op..baru gua teingat dalam filem catch me if u can lakonan leonardo de caprio pun ada pasal buku ni..

nak kene cari ni..

Sharinginfoz said...

memang bagus membaca di samping menambahkan ilmu pengetahun, pemikiran dan percakapan kita lebih mempunyai wisdom

Encik Tikus said...

keh keh active lagi blog nie yeaa ^,^

fezaL Mohd said...

sokong sesangat !

norh said...

Macam best ja 'Who Moved My Cheese' tu.. nak kena cari nih.. :)

Nailah Azman said...

Setuju dengan Rina !
Membaca itu penting .
Kita takkan rugi apapun . :)

Eyh , lupe .
Salam Rina .
Kite jmpe kat twitter .
Now kat blog pulak .

Love from Jeddah , Saudi .
NailahAzman

zuar said...

yaa...tepat sekali...tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad..hingga ke negeri cina..:-D

cik EPAL said...

who moved my cheese?? macam best je. leh cari nanti ni. bagus la tips akak. hehe


tahniah RINA SALLEH!

Rina Salleh said...

feckry- Catch me if you can cerita pasal apa? nak kena tengok ni:)

sharinginfoz- dan ia pun salah satu cara untuk kuatkan daya ingatan

encik tikus- mesti:)

fezal- meh la share buku yg best

norh- best! ayat dia simple dan mudah faham. kalau baca mesti rasa situasi ni biasa berlaku pada kita. terkena batang hidung sendiri:p

Nailah- Jauhnya! Nasib baik ada teknologi. Rasa macam duduk sebelah rumah je kan:)

Zuar- InsyaAllah

Faizal@PeJAY said...

thank lawat blog sy di http://faizalpejay.blogspot.com
tahniah kerana tidak sombong selepas jd juara harap begitu le masih lagi blogwalking
membaca tu mmg bagus sbb dri situ kita dpt mjwab soalan jika ada org mengajukan sambil leh tambah ilmu

akmaizzah.alias said...

wow!!!
kena byk membaca yeah.. to be a succesful woman...

bidadari kecil said...

nice la rina u tube tu :)

virgo_mania said...

saya dah baca buku ni. english yang simple n mudah faham. byk pengajaran dan mengajar kita berfikir positif. bagus buku tu.

hamzah ian said...

hai rina.. baru ada kesempatan nak balas komen rina hari tu..

entry tu pun saje je gurau2.. hehe

ween said...

who moved my cheese ni termasuk dlm syllabus sy di uni. mmg inspiring cerita dia :)

SweetSyaza said...

nanti nak try carik buku tu..cam best je? :)

btw congrats :)

eiela said...

membaca memang best,,menambah ilmu, dan membuat otak berfikir. dengan banyak membaca kita tau banyak perkara yang kita tak tau sebenarnya, yang misunderstood dan macam-macam lagi.

ardinihumaira said...

bagus tips ini sis... dni akan cuba amalkan :)

Razis said...

sy pun pernah bc buku nie. cerita yang menggunakan perumpaan agar kita sbg pembaca berfikir...

Latest Entry Blog Razis "Bergambar Bersama Juara Gadis Melayu - Cik Rina Salleh"

Ellen said...

Hai adik Rina, akak ellen nak ucap tahniah untuk adik...dulu akak pernah masuk blog ni tapi lupa URL..so dapat dari cikmin...

once again...congrats ya dik, adik memang layak untuk menang hari tu, akak mendoakan dari jauh ja...lepas tau adik join melalui blog adik ni, akak sering tgk perkembangan tau...hehe....keep in touch ya dik..

syg selalu

Kak ellen

http://www.mummynemo.com

loyal cherries said...

k.rina...eee suke ngan tips2 k.rina.memang pun membaca tu bagus tapi xramai la yang praktikkannya termasuklah saya ni.just baca buku tuk amek exam aje.huhuhu.k.rina 9t datang ukm kita jumpa lagi,ye...

NadGorgeous said...

kakak, thanks dgn tips2 tersebut..
doakan stpm saya dpt buat dgn terbaik yer ;)

hiro said...

ustazah, mak saya mendidik sy supaya gemar membaca dgn apa? mau tw?

dia suruh sy pijam buku. sbb dia nak baca..last2 dia sy baca..kata buku ni best.ehehehe.nnt ustazah buat gtw tw!!

aIzu said...

mmg bagus buku ni.