RSC

Saturday, November 13, 2010

Berapa besar pengorbanan

Berapa besar pengorbanan yang kita dah buat untuk dapat apa yang kita nak?

Banyak tak? Susah tak? Tertekan tak? Berhabis duit? Begolok bergadai? Bersengkang mata? Bermati-matian? Berpatah arang berkerat rotan? atau Berundur? Ish jangan la berundur

Untuk mecapai sesuatu saya percaya tentu macam-macam yang kita dah buat. Yang kita dah korbankan. Pendek kata kalau kena rentas sungai, kita rentas. Kalau kena panjat bukit, kita panjat. Kalau kena marah, kita telan. Walau sakit, kita teruskan. Betul tak?

Apa yang membuatkan kita bersungguh-sungguh sangat berkorban untuk capai apa yang kita nak tu? Dari pengalaman, pembacaan dan nasihat orang lain, saya percaya MATLAMAT yang jelas sebenarnya adalah kunci utama. Sebab bila kita ada matlamat, kita tahu KENAPA kita nak capai sesuatu. Kalau kita taktau kenapa kita nak capai ia, jadi kita kurang bersungguh dan selalu akan tergelincir dari landasan.

Contohnya,

Masa zaman belajar dulu kita tau kita masuk Universiti sebab kita nak capai segulung ijazah. Segulung ijazah ni pulak memberi erti yang berbeza pada setiap orang. Atau kita tau kenapa kita masuk tingkatan 6. Atau kita memang dah bersedia nak masuk matrik dan hadapi cabarannya.

Tapi sepanjang jalan sebelum kita capai matlamat kita, kita selalu tergelincir. Mungkin kita banyak bersuka ria. Yela masa ni kita duduk dengan kawan-kawan. Boleh tengok wayang selalu, jalan-jalan, seronokkan! Kita mula ada keinginan nak berpasangan. Dah tu tengok kawan semua ada couple. Mana boleh jadi kan. Dekat sini la kita selalu terlupa matlamat kita. Tak salah semua tu tapi jangan sampai ia mengaburi matlamat utama kita.

Ala matlamat kita yang kata nak capai segulung ijazah tu, nak bantu mak ayah, nak dapat pekerjaan bagus, nak baiki hidup keluarga, nak bantu persekolahan adik-adik, nak nak nak! Apa saja matlamat yang kita dah rancangkan. Kalau boleh biarlah matlamat yang lebih realistik dan spesifik :)

Percayalah, lebih besar pengorbanan yang kita buat, lebih cerah peluang kita untuk kita capai matlamat. Cuma kadang-kadang ia didatangkan dalam bentuk berbeza. Antara kita sedar atau tidak. Ni bukan cakap kosong. Ni realiti. Nak tau kena buat :)

InsyaAllah berkat usaha dan doa, matlamat pasti tercapai. Pengorbanan pun tak la sia-sia. Berbaloi orang kata :)

10 comments:

~~aKoO~~ said...

betol2..rmai yg dh tersasar biler dpt msuk U..ermm..hrp cik mira x tersasar..insyallah..
*gud luck cik riNa..

Nancy Poh said...

yeah...dlm mencapai sesuatu kita pasti akan mengorbankan sesuatu..seberapa tinggi matlamat itu, pengorbanan juga setara dengannya...

relevan said...

Setuju sangat..dengan pengorbanan yang kita buat..pastikan hasilnya..semua memerlukan pengorbanan..masa dan apa jua..

InsyaAllah berjaya..

Mr feckry said...

dalam dunia ujian adalah kawan.kejayaan adalah punca kekalahan

zuar said...

pengorbananku study diploma 3 tahun, degree 2 tahun akan berakhir esok bila tibanya saat menjawab paper last untuk part 6 degree...xsabar nak habis dh...huhuhu

saliha888 said...

hello sis. its me, ah. gud entry sis. till now ah maseh blm pernah hadapi kesukaran nk dptkn sesuatu. dari apa yg sis tulis tu ah rsa mcm satu smgt nk capai ssuatu dgn ushe ah sndiri. wahh sgt mncabar ah tau. wish me luck ya sis. muwaaa.

Azrin Kamaludin said...

suke la bace entry kak rina..sgt membina dan bagi saya semangat utk capai matlamat saya..
Love You kak Rina..:D

Sharinginfoz said...

memang betul bukan senang nak jadi senang kan, kena ada sacrifice

Mohai@Mohd Aizuddin said...

betul2.. ^_^ pergorbanan demi kejayaan..

Mohai@Mohd Aizuddin said...
This comment has been removed by the author.