RSC

Thursday, July 29, 2010

Antara Cita dan Harapan

Dari kecik kita dah ada cita-cita. Angankan cita-cita tercapai. Impikan hidup yang bahagia. keluarga yang sempurna. Membayangkan segalanya indah. 

Namun semakin usia meningkat cita-cita berubah. Angan diusahakan agar menjadi nyata. Impian cuba direalisasikan. Namun tak semua mampu menggapai cita-cita. Harapan mereka disekililing kadang-kala mampu merubah cita-cita. Terutama bila yang mengharap itu insan teristimewa, ibu bapa. Sedaya upaya kita cuba mencapai impian dan harapan mereka biarpun dihati meronta-ronta inginkan yang lain.

Mungkin ada yang tak mampu mengikut, lantas terus membawa haluan mengikut kehendak sendiri. Ada pula yang terpaksa mengikut kerana takut membantah. Ada juga yang redha kerana percaya keberkatan dari ibubapa itu penting. Lantas kemahuan sendiri diketepikan.

Jika cita dan harapan seiring tentu itu menjadi satu kelebihan. Menguatkan lagi semangat untuk meneruskannya. Apapun jangan mudah melatah. Tentu ada hikmah disebalik semuanya. Yakinlah dengan janji Yang Maha Esa


Yassin - Hidup Ini Memang Payah

Rina Salleh

11 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

janji Allah xpernah berubah...
;)

Farihah Ahmad said...

ha'a. bila dah besar2 ni, xtau plak nk jadi apa. miserable T__T

Nona Nadzirah Anak PakDin said...

antara cita dan harapan, adanya semangat, semuanya pasti bukan angan-angan lagi. InsyaAllah :)

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

bile dah besar.. macam takde cita-cita la plak. hadoiyai.. takpe2 cari slow2. hehe.

KSWSK said...

semua org perlu ada cita dan harapan utk meneruskan hidup dgn jayanya...
wa jln2 dlm blog jumpa lak blog rina...

♥ balkidz_hunny ♥ said...

semangat yang penting! :)
tanpe semangat tak jadi jugak. plus doa & tawakal!

ehh..congrets n good luck for gadis melayu!! :) i'll vote you..

shazika said...

hye sis ^____^

Nurulbadiah Lai said...

Allah sentiasa merencakan yang terbaik untuk kite akak..:)

Syarih said...

Kena lebih Realistic dalam apa jua keadaan..

Blog.Syarih

hiro said...

ingat Dia..dan Dia akan ingat kita.

azzey said...

Rina Salleh: maybe ini entry sblm Rina join Gadis Melayu ek?