RSC

Thursday, June 10, 2010

Foto dan Saya

Salam semua,

Sejak akhir-akhir ni Rina banyak terima undangan untuk photoshoot. Sebelum ni ada jugak cuma kurang terima sebab tuntutan kerja lain. Ntah kenapa excited pulak akhir-akhir ni. Terima kasih pada abang-abang dan adik-adik photographer yang sudi menjemput. Rina sokong usaha anda untuk belajar lebih mendalam mengenai fotografi. Rina pasti banyak benda yang perlu belajar. Bukan mudah kan? Rina cuma jadi subjek dalam tu je :)

Tapi bermula bulan ni mungkin Rina akan kurangkan aktiviti ini. Pertama kerana REJAB hampir tiba beberapa hari lagi. Lepas tu menyusul Syaaban dan Ramadhan. Rasanya banyak aktivti lain yang boleh dibuat untuk menyemarakkan lagi bulan-bulan istimewa ni. Kalau ada pun mungkin Rina cuma terima untuk commercial shoot atau yang bertemakan muslimah. Jadi pada butik yang nak Rina menggayakan koleksi mereka, InsyaAllah Rina tak keberatan untuk itu.

Keduanya Rina akan lebih fokus pada perniagaan. Rinasalleh.com menuntut banyak komitmen selepas ini. Banyak perancangan diatur untuk mengembangkan lagi nama dan pernigaan ini. Ada tujuannya. Kelak pasti akan tau. Rina lebih menjurus kepada memperkasakan wanita secara keseluruhannya dan Rinasalleh.com akan menyediakan segalanya untuk tujuan itu. Doakan setiap perancangan dapat dijayakan dan doakan juga Rina tabah menghadapi sebarang kemungkinan dan cabaran. InsyaAllah. Dalam perancangan, beberapa event juga akan diatur antaranya Grooming Workshop dan Personal Coaching. Juga majlis berbuka bersama  bulan Ramadhan nanti.






RS: Rina masih aktif mengendalikan Grooming Workshop. Akhir-akhir ni kerap memenuhi undangan dari persatuan wanita. Cuma tak berkesempatan untuk anjurkan sendiri. InsyaAllah akan ada nanti :)



Rina Salleh,
http://www.wilsonbraces.com/search/blogger.pnghttp://rossturk.com/files/1112/5217/3917/facebook-logo.jpghttp://rossturk.com/files/5112/5217/3909/twitter_logo.jpg

15 comments:

SNID Shops said...

seronok nye jd kak rina...
cantik lagi..

TWEETY BERT said...

cantiknya sumer photoshot tuh.. superb!!

grooming workshop yang saya nantikan... tak sabar nak join (^_*)

rina.. dalam perniagaan ni banyak rintangan dan dugaan,.. hadapinya dengan tabah serta cekal...

semoga awak berjaya!!!

amin....

~~@lyci@~~ said...

wah, smua gambar rina cantik-cantik.. sebab Rina mmeang cantik..

Cik Rara said...

sis,nanti ada grooming workshop,jemput sy yer..please.. :)

Mrs Azhar said...

salam.. suka tengok rina ni.. cantik, ada bisnes, jd idola wanita.. semoga success slalu..

azaliahjsalleh said...

rina mmg chantek
tp kalo jumpa kat luar muka dia lain
lg chantek la =)

Miss Watie said...

wah...kak...baju pink tue cantik...nak buy! beli mana?

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sgt cantek...
alhamdulillah...

Ogy said...

salam reena..mama minta izin pinjam gambar reena yg pakai dress biru tu ya..mama nk letak kat blog mama...nnti mama kredit dan letak link reena dlm blog mama...boleh ke?

Rina Salleh said...

tQ! alhamdulillah

ogy- oh mama hot! nak letak untuk apa eh? kalau untuk benda baik boleh :) thanks!

Ogy said...

sebagai rujukan rina pakai dress tu matching..shantek sgt....teringin nk pakai mcm tu tp belum berani sbb badan byk lemak di sana sini..ekekeek
macihh ya rina...

siha said...

congrates rina!!!, semoga lebih berjaya!, amin....

good luck!

Muna Munirah Arif said...

gosh kak rina.ur such a talented person.mcmane kak rina bole terfikir nk buat all this eh??i really hope sumday i cud be like you!!:)

ShaZ Ni said...

cantik gambar2 rina :)

ShaZ Ni said...

cantik gambar2 rina :)