RSC

Saturday, May 15, 2010

Monolog diri

Dalam kelam aku lemas
Sehingga aku semakin malas
Malas melayan perasaan yang tak jelas
Aku bukan memohon belas

Masa berjalan pantas
Aku semakin lemas
Mungkin yang ku kejar itu emas
Begitu sukar nak ku jelas
Andai dapat pasti ku genggam kemas

Tanggungjawab yang ku galas
Pengalaman yang belum luas
Hidup yang penuh bekas
Aku lemas

Tapi aku belum tewas
Tak mungkin akan tewas!

Biar terpaksa merentas
Akan ku usaha takkan ku lepas
Hingga aku bebas
Demi mencapai matlamat yang jelas



RS

3 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ade bakat...
=.=

enyheartsdiamond said...

wow! rina ley tulis buku puisi pasni :))

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

Bagi menggapai syurga emas
Perjalannya mungkinkan kamu lemas
Kerana masih lagi melayan perasaan yang tidak jelas
Lantas meminta belas

Genggamlah ia dengan kemas
Hadamkanlah ia agar semakin jelas
Agar seiring masa yang bergerak pantas

Mereka disekelilingmu manarik nafas
Berdampingan menuju jalan yang jelas
Beriringan agar kau tidak lemas
Menggenggam erat agar kau bisa merentas

Kerana mereka sedar

Malaikatul maut bakal merentap nafas

hihi..:p