RSC

Friday, May 14, 2010

Mak abah susah-susah kerja kau tau ke?

Tengah aku buat kerja abah balik. Mandi dan bersiap untuk keluar balik. Mungkin abah dah makan dekat luar. Kerja abah macam tu la. Jarang nak ada dekat rumah. Kadang-kadang kesian aku tengok . Tapi abah macam tak pernah tau penat. Pagi-pagi dah keluar. Lewat malam baru balik.

Kalau kerja petani mesti lagi penat. Ihsan GOOGLE

Sejak kakyong kahwin, tinggal aku sorang dekat rumah. Adik aku, lepas habis belajar duduk rumah sekejap sebelum pindah sebab sambung praktikal. Lepas ni dia nak sambung belajar lagi. Elok lah tu. Aku memang akan terus menyokong apa yang dia nak buat selagi benda tu baik. Masa zaman sekolah dulu pun macam tu. Kakyong sambung belajar, Ikin masuk asrama. Aku yang tak suka asrama ni jugak yang tinggal dekat rumah.

Aku nampak macam mana abah susah payah cari rezeki. Aku percaya ramai rasa benda yang sama. Terharu susah payah penat jerih mak abah besarkan. Tapi kadang-kadang aku hairan dengan orang yang taktau nak hargai susah payah mak abah diorang. Haih. Belanja sakan macam rumah tu bank negara. Telefon nak mewah. Makan tak nak kalah. Kedai tepi jalan tak pandang agaknya. Pakaian pun nak berjenama terkenal. Up-to-date lah katakan biar pun tengah belajar lagi. Agaknya pakai duit pinjaman. Tak pun biasiswa. Kalau duit sendiri takpe jugak.

Masa aku belajar dulu aku antara yang berjaya dapat biasiswa JPA. Alhamdulillah. Dan sepanjang belajar jarang aku mintak duit dengan abah. Memang duit bisiswa tak banyak mana. Tapi aku mula meniaga masa belajar lagi. Dari situ aku simpan duit. Kawan sebilik aku dulu cukup faham aku. Tiap kali balik cuti semester, ada je benda aku bawak balik nak jual. Kawan-kawan lah sasaran aku. Lepas tu buat promosi satu blok. Siapa nak beli datang bilik. Oh aku masa tu jual gelang kristal. Aku buat sendiri.

Aku tak pasti budak-budak sekarang macam mana. Pergi jalan-jalan shopping lagak dah bekerjaya. Mungkin kau orang kaya...


16 comments:

Fakhitah Muhammad Iqbal said...

eh2 terase la pulak sb kwn2 baru lepas wat reunion f5..hehehe

iekaaziz said...

betol2, ramai yg cmtu..
sy pn klu time cuti, mesti cri kerja part time. ase mcm xde benda buat klu duk saje je.
kalu kat U lak, mesti ade je niaga nak buat. dari sekecik2, smpai sebesar2..
tp tu semua pglman kn.. =)

Yam said...

hye rina,
setuju gak dgn statement rina yang last2 tu. Kadang2 tengok lifestyle sesetengah orang yang nampak gile shopping mcm dah keje jer.
huhu bila dah keje baru tau duit tu sgt2 berharga lagi-lagi hasil titik peluh kite sendiri.

aminatulmimi ismail said...

dulu laen..srang laen.. tp tak semua macam tu.. kekadang tu sbb parents sendiri yg tak bagi. tepuk dada tny akal.

♥CIK SHA♥ said...

like this post..ehehe..

betul tu..dak remaja skang lebih ingat enjoy dari fikir susah mak bapak dorg cari duit untuk dorang..uhuhu..

jane said...

sedih bila diknangkan seggala2nya

abah...sayang abah!!!

BeaN MorENo said...

insaf sebentar...hak3

farwalis said...

saya suka makan kedai mamak

afy sufy. said...

hahahhaa.
agak terasa la kak rina ;)
insaf sekejap.

Aus MeLankoLik said...

aku pbtgkan duit , sekarang cuba utk berjimat habisan .

M. said...

saya kenal ayah akak.
pasal bukak booth kat uia sedikit masa lalu.

and seriously, dia memang sangat terbaik!.

dan saya terkilan sebab, dia tak dapat meniaga, sebab pakcik yang tak memasal kutip untung tu.

minta maaf sangat :'(

Sarah Boutique said...

slm kak rina..
uhh tergerak gak tgn nie nk tggl cmmnt utk akak..
b4 this silent reader je ;)
actually sy tgh cuti sem nie..
kwn2 len gyg kaki kat umh..
tp sy x mcm mereka..;o
nak cri duit sndiri.tgh sibuk berniaga on9..
rjin2 t kak lwt la blog sy
lurvesarah.blogspot.com ;)
hemm sy nak sgt jdik cm akk suatu ari nnti =)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

aku sedang berusaha jadi anak yg baek...
sentiasa...

Farhan said...

betul la ape yg ko ckp tu rina. aku pon selalu mcm ni. cuti sem, mesti ddk melepet kat rumah jek..huhu

FiRsYa MeLisSa said...

ngeee..agak trasa gaklah..
btul, kebanyakkan dari anak2 zaman skang mmg cm tu pun [termsuklah yg ngah komen ni]
hehehe.. tapi tulah budak2 skang...
kalau tak dpt apa memberontak nyer lain mcm~nk tak nak, mak ayah terpksa gak ikutkan kehendak anak2...
urm......alhmdulillah, skang ni dah sedar sket..adalah inisiatif nk cari duit sndri..tak mo harp mak ayah jer..lalala

Azrin Kamaludin said...

suke la bace blog akak nie..
banyak bagi motivasi & semangat..
kte pun mcm akak jgk dh start meniaga dari kecik..masa tu darjah5..ikut ibu niaga bazar ramadhan..hehe..;D