RSC

Wednesday, May 5, 2010

Kecewa dengan mereka yang mengaku kawan

Semalam seharian aku dekat luar. Uruskan persiapan event nanti. Pergi ke Felda Villa dan bincang perancangan untuk ahad ni.

Selesai tu terus ke kedai-kedai. Merantau dari satu tempat ke satu tempat. Cari cenderahati sikit untuk tetamu yang datang nanti. Aku agak cerewet. Kesian kawan yang teman aku harini. Nasib baik diorang sabar je layan. Siapa pernah kerja dengan aku tau macam mana aku kerja. Agak teliti. Kalau tak nak tu tak la. Tak payah nak dipujuk rayu. Memang tak jalan. Harap kawan-kawan aku seronok dengan aku semalam. Sebab aku enjoy sangat walaupun badan penat sikit. 

Harini aku nak selesaikan web. Ya hari ini!

Sebenarnya dalam aku buat persiapan ni, aku agak terkilan. Terkilan dengan kawan yang mengaku kawan aku. Masa aku pilih-pilih barang tadi teringat kawan-kawan aku ni. Taktau la diorang ingat aku ke tak. Teringat yang awal-awal bila nak buat apa-apa, aku selalu rujuk kawan-kawan rapat. Mungkin tak semua, mungkin salah seorang. Sekadar nak diorang tau diorang antara yang pertama tau apa aku buat. Malah semangat dan dorongan ni lah yang selalu buat aku nak ke depan.

Tapi bila sampai masanya, kawan-kawan yang mula-mula bersemangat waja mendorong ni tak kunjung tiba. Hilang bersama angin agaknya. Kawan lain yang tak pernah aku fikirkan, yang tu lah yang banyak membantu. Yang hadir bersama. Terharu rasanya.

Untuk mereka yang rasa diri mereka sahabat aku. Aku masih disini. Masih perjuangkan apa aku lakukan selama ini. Kata-kata manis bukan makanan aku. Terima kasih kita pernah kenal. Aku doakan yang terbaik. Kalau saat kau perlukan sahabat dan aku tiada, aku mohon maaf. Tentu aku akan dahulukan mereka yang setia bersama disisi aku. Bukan yang datang bak angin lalu.

Hidup ini saling memerlukan. 


11 comments:

YnaaOhYnaa said...

hahaha..bos ku yg cerewett..
hbahaha tp xpe... i xkesah pon..
biase lah kite mesti nak yg terbaik kan.... =)) takde hal lah keje ngn u..

arini jupe lg.. i nak siap2 jap! jupe lg 1 jam okey boss!~ bejalan lg.. weeeeeeeee

:: Feez_Mior :: said...

Kawan ni ada pasang surut. Sentiasa beringat, kwn senang mmg ramai, kwn ssh,payah nk cari.

Kawan mkn kwn pun melambak skrg.
Kawan iri hati lagilah..

Tabah ok. Ramai lg yg nak berkawn dgn kamu Rina. :D

nasr said...

sabar cik riri, think +ve. myb kwn cik riri ada hal lain kot tak pun dia xtrlayan keaktifan cik riri. maaf, ni sekadar pndgn dr sy..

semoga semua urusan cik riri dprmudahkan & succes dlm apa jua yg cik riri lakukan. sy kaghum & smngt yg cik riri ada. gudluck cik riri.. =)

Nadia Wardrobe said...

bile bca cik riri pnye post,teringat kt sahabat2..kwn2...lama or baru...
sy ade sorang kwn yg always wit me n really understand what i want...dia slalu ada,ssh ke sng ke..mesti ada..bile ade mslh,citer ngn dia, mesti rasa lega sgt2 coz dia mmg tau ape yg ade kt hati ni...tp sy slalu lupa dia,tp dia x penah lupekan saya...maafkn sy sahabat...tp skang sy cube utk slalu mendepankan dia...INSYA-ALLAH...

Shereen said...

Rina, goodluck to you..looks like i x dpt nk hadir..dgn kerja semua..soo sedey...neways...you are my idol in the sense of being a young entrepreneur. i would like to learn more from u..mind??

mish.qist™ said...

huk..entri sys rina sgtsgt sedey..
gudluck for ur event yah, sys!!

eh, sys ynaa pon ade kat cni..hik!i like both blog ;)

Nadia Bayu said...

syg~~ sedeh baca post nih. sorry sgt tak dpt join event rina tuh. jgn tak kawan kita lak eh. btw, gud luck n all the best k cik cantik :). kite doakan yg terbaik utk riri.

cik iman said...

camtulaa hidup kite rina..
kekdg..manusia y plg kite harapkan jadi manusia plg xleh harap...dan adakala kawn y kite anggap sebagai shbt biasa..hadir kala kite memerlukan...

**jgn dikesali sebuah pertemuan..kerna tnpa pertemuan kite tak akan mengenali seseorg...")

keep it up gud work...cuz there's alwiz sumone stood still behind n support U..")

enyheartsdiamond said...

sedihnya sis :(
sis kena garang sikit nanti :D

Rina Salleh said...

terima kasih
saya memang manis. haha. tak pasal:p

Peri PiA said...

kawan dan sahabat mmg berbeza