RSC

Monday, May 3, 2010

Adik beradik semua perempuan



Semalam baca blog Monsterjambu. Baca si Alisya tulis pasal jadi anak bongsu. Terus rasa nak tulis pasal adik-beradik. Heh. Adik beradik aku tiga orang. Semua perempuan. Kakak sulung dah kahwin. Maka barulah aku merasa ada abang. Itu pun abang ipar. Ada anak saudara comel, Akif. Adik aku? Dia kawan baik aku. Penyimpan mohor-mohor besar pun dia.

Alolo. Buat-buat comel pulak. Kecik kecik dah posing eh. Pandai

Kakak aku dah berkeluarga. Jadi dia pun dah pindah. Aku kurang kongsi cerita dengan kakyong. Cuma kakyong aku ni lemah lembut orangnya. Ikut je apa orang cakap. Jarang bantah apa abah ibu aku suruh buat. Nak ke tak, tu belakang kira, janji tak sakitkan hati orang. Adik aku selalu marah kakyong sebab ikut je. Sebab tu kot bila kakyong marah, adik aku macam tak takut sangat. Kakyong memang tegas, tapi sebab adik aku tau tegas mana pun kakyong, marah tu tak sampai ke hati.  Memang anak sulung macam tu ke?

Adik aku pulak pelik sikit. Buat semua ikut kepala sendiri. Bukan dia kisah orang marah ke tak. Dia buat jugak. tapi adik aku berdikari. Respek part tu. Masa kecik-kecik dulu kitorang selalu gaduh. Lepas tu dia jerit-jerit mengadu. Bingit telinga. Eleh bajet kau anak bongsu ibu nak backup ke. Tapi walaupun selalu gaduh, dia lah kawan baik aku. Kawan ketawa menangis. Tapi kalau dia buat salah aku marah jugak. Dia lagi takut aku marah dari abah ibu marah.

Aku-kakyong-adik. Tengok budak baju pink taknak kawan kitorang. Eleh!


YANG TAK BEST

Kadang-kadang rasa bosannya semua adik beradik perempuan. Nak keluar nanti ibu tak bagi. Mula lah berangan. Kalau ada abang mesti ibu bagi. Konon-konon kita boleh ikut abang keluar. Hehe. 

Abah pulak suka belikan kitorang (aku dengan kakyong) baju sama. Warna je lain. Dah macam boria. Kalau ada adik beradik lelaki mesti baju tak sama kan? Hmmm
Tengok. Kan sama kan. Hmmmm

Ni lagi satu. Masa raya. dengan sepupu sekali sama.

Lepas tu kena kongsi bilik. Kalau ada abang mesti tak payah share bilik sebab mana boleh lelaki dengan perempuan satu bilik kan.

Bila ada orang kacau tak dapat nak suruh abang pergi pukul budak tu. Sebab tiada abang. Grrrr

Kalau ada kawan lelaki takut nak bagitau ibu. Kalau ada abang, boleh cakap tu kawan abang. Haha. Alasan.


Tapi ada banyak benda YANG BEST bila semua adik perempuan.

Dapat tukar-tukar baju. Ataupun kalau dah bosan kita boleh buat sistem barter. Hehe. Masa kecik dulu kedekut. Tak nak share langsung. Huhu

Boleh share aksesori, handbag, belt, etc etc.*wink*

Boleh share cerita sambil menangis masa nak tidur ataupun ketawa masa dalam kerete bergosip! Kalau lelaki mesti lah dia tak suka nak layan kan. Nasib baik tiada abang :p

Tiada pengaruh ganas. Sebab semua perempuan, maka dari kecik ibu dah ajar bersopan santun. Jadi aku dengan adik beradik aku semua lemah lembut tak suka ganas-ganas *pujian untuk ibu bukan aku* Ibu akan MARAH atau TEGUR kami kalau tak hormat orang tua, taktau kupas bawang, tak tau siang ikin (okay semua kerja dapur), duduk atas kerusi masa ramai-ramai orang semua duduk bawah, tetamu datang tak salam, malas buat kerja, balik kampung duduk depan tv je, pergi rumah orang tak bawak buah tangan, makan sepah-sepah, etc. Banyak lagilah. Sampai dah sebati dalam diri :)

Abah manjakan kitorang. Even dah besar ni pun. Agaknya abah rasa kitorang ni kecik lagi kot :p

Boleh pergi shopping sama-sama. Kalau adik beradik lelaki mesti bosan tunggu. Oh, aku cerewet bila shopping. Lama sikit nak pilih :)

Tu kawan baik sampai umur empat tahun. Uhh!

Rina : Aku? Aku fleksibel. Anak tengah macam tu la kot

9 comments:

Peri PiA said...

pia anak sulung....3 laki,3 perempuan

yg laki suke buat hal sendiri,(T_T)

dgn adik2kecik2 memang selalu gaduh,dah besar mcm kawan dgn adik2 perempuan..Alhamdulillah

agreed blh tukar2 baju aksesori etc,kadang kasut pon muat :D

LadyCaja said...

caja 4org adik beradik..sume pompuan gak..peragai memasing len benar..
tp caja yg sulung..
kitorg sume slalu gado jugak.. smp makayah fenin pala..

betul2.. klo sume pompuan sume brg leh share.. tu mmg xdpt dinafikan..
tapi bile rosak cpt2 suh org yang last pakai ganti..hehehehe..

cik EPAL said...

comelnya sis. gambar last tu. hehe.


kecik kecik memang selalu gaduh. dah besar besar baik dah kot :)

eyra NadzeyRa said...

adk brdik eyra pn sme pmpn..5 brdik pmpn.!mmg kec0h klu sme ade..haha..ms kcik pn slalu gduh jgk..tp skg da bsr,sme geng je..

btl la,sy0k sme pmpn.blh tkr2 bju.tkr2 tdug.hehe..

Usmi Syahida said...

rina...
best kan adik beradik semua perempuan..
i ade kakak..abang and adik lelaki.
paling benci bile jadi adik perempuan bongsu...
terlalu di kontrol..
ini tak boleh itu tak boleh..
ade kakak pon tak ok gak..
my sis yg sulung lain sgt to compare ngn ur kakyong...
she's too selfish and i slalu nanges sbb die...dah kawen pon camtu gak perangai die.
my life been worst kalo ade die...
ade abang sumtimes ok..die leh jaga kite tapi kekdg tu naik nyampah gak sbb taleh nk kuar sgt..
samelah cam kite ade sik lelaki..
tapi i tak pernah merase ade adik perempuan..mesti best...
i rse u haf a happy family...
tak rimas cam i....gud for u...
:)

Prodigy said...

ada adik perempuan ye...
kirim salam eh..
ekekekeke...:P

Rina Salleh said...

pia- hehe. kan. best kan:)

ladycaja- yang last yang salah kan. teori kita sama :p

cikepal- kecik-kecik semua nak menang. hehe

eyra- lepas tu nak jalan-jalan takpayah ajak kawan. ajak adik beradik je dah cukup kan :)

usmi- alhamdulillah. syukur i ada dalam family ni.walaupun tak senang mana, tapi happy:) insyaAllah, u will have one soon

soffya cik bulan said...

riri,
safia ank kedua juga
samalah..
rs betul kot, fleksibel..he

AincyuNK said...

teringin nak ada akak tak pun adik pompuan yg dekat2 baya.. sbb saya ada abg je.. =) takleh kongsi perasaan lagi2 baju,akseseri dll.. =D