RSC

Tuesday, April 13, 2010

10 pesanan Bumi kepada Manusia

Artikel ni aku dapat dari sebuah forum. Ni peringatan dan nasihat untuk diri sendiri yang terkadang lalai dan alpa. Terasa nak berkongsi. Harap ada juga yang berminat nak baca. Mudah-mudahan kita semakin dekat dengan Dia. 


10 pesanan Bumi kepada Manusia

1.Wahai manusia, engkau berlari-lari di atas belakangku, tempat kembalimu adalah di dalam perutku..

2.Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, engkau akan disiksa di dalam perutku..

3.Engkau ketawa diatas belakangku, engkau akan menangis di dalam perutku..

4.Engkau bergembira di atas belakangku, engkau akan bersedih di dalam perutku..

5.Engkau mengumpulkan harta di atas belakangku, engkau akan menyesal di dalam perutku..

6.Engkau memakan yang haram diatas belakangku, engkau akan di makan ulat-ulat di dalam perutku..

7.Engkau sombong di atas belakangku, engkau akan menjadi hina di dalam perutku..

8.Engkau berjalan dalam keadaan sukacita di atas belakangku, engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita..

9.Engkau berjalan dalam cahaya yang terang diatas belakangku, engkau akan jatuh ke tempat yang gelap di dalam perutku..

10.Engkau berjalan di khalayak ramai diatas belakangku, engkau akan menjadi sendirian di dalam perutku..


(Anas bin Malik)


2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nasihat yg baek rina..
buat diri sendiri n kengkawan...

Peri PiA said...

good sharing riri