RSC

Thursday, March 18, 2010

Program LELONG mendapat sambutan Hangat Luar Biasa!


Tak sangka jualan Lelong yang Rina buat untuk baju-baju koleksi peribadi mendapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan. Bertali arus email masuk. Pada yang membuat bidaan jangan kecewa, marah atau geram. Adat lah. InsyaAllah ada rezeki pasti tak kemana.

Rina nak maklumkan kat sini, baju-baju ni semua koleksi peribadi Rina. Takut korang letak high expectation dan letak harga yang terlalu tinggi. Rina pun terkejut tengok jumlah bidaan. Tapi macam yang Rina dah bagitau sebelum ni, hasil jualan baju-baju ni sebahagiannya akan di sumbangkan ke persatuan marhaban ibu . Shhhh. Ni ibu belum tau lagi. Nak buat surprise :)

Kumpulan marhaban ibu pernah bermarhaban semasa majlis cukur jambul puteri kepada penyanyi Erra Fazira, beberapa kali dijemput oleh Sultanah Pahang untuk program di Istana Pahang, Majlis Khatam Al-Quran pelakon/penyanyi Nabila Huda (puteri kesayangan Amy Search) semasa pernikahan beliau serta beberapa jemputan VVIP lain.

Selain tu, kumpulan marhaban ni yang rata-rata ahlinya merupakan penduduk Subang Jaya juga turut dianggotai oleh bekas penyanyi Fara yang popular dengan lagu Bagaikan Puteri suatu masa dulu. Mereka biasanya bermahaban untuk majlis khatam Al-Quran, majlis cukur jambul, majlis pernikahan, serta majlis-majlis lain. Jadi duit sumbangan ni mungkin dapat membantu mereka dalam menjalankan latihan dan sebagainya. InsyaAllah kita sama-sama mendapat keberkatan nanti :)

Eh, kalau nak jemput kumpulan marhaban ni bagitau lah. InsyaAllah boleh Rina sampaikan pada mereka. Ini jelah sumbangan kecil yang Rina boleh buat dan Rina percaya korang pun boleh tolong kan :)

Acara LELONG mungkin akan berakhir sehari lebih awal iaitu pada
hari Jumaat
19 Mac 2010
jam 1 tengahari!

KEPUTUSAN LELONG akan diberitahu pada
hari Sabtu atau Ahad
20 atau 21 Mac 2010
(maaf lambat sikit sebab sabtu Rina akan handle grooming workshop,
jadi esok sibuk sikit kena buat preparation)

Rina akan beritahu siapa yang dapat setiap baju dan email kepada pemenang bidaan tentang pembayaran dan urusan pengeposan.


NOTA: Membida dengan berhemah dan mengikut kemampuan anda. Selepas bidaan dibuat, anda tidak boleh menarik diri. Kesian pada yang betul-betul nak


Terima kasih daun keladi kawan-kawan yang menyokong!

5 comments:

Peri PiA said...

congrat rina,pia xberani bid pon.walaupon teringin

bgsnya Riri buat surprise kat ibu dia

Umi kite pon join Kumpulan Marhaban kat sini :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bagus la ko rina...
wat kejutan lagi...
ehehehe...

enyheartsdiamond said...

BAJU LAWA2!

geramnya tgok! :))

Dhielasinderela said...

HAI RINA...BGUS PROGRAM LELONG RINA..ACTUALLY DILA PEMBACA BLOG RINA TP AS A SILENT READER JE..RINA COUSIN SHAFIKAH KAN...
EMM RITU DE JMPE RINA DEKAT SHAH ALAM RUMAH DIANA TIME BABAH DIE BARU MENINGGAL..RINA PKAI JUBAH HITAM..TIME TU NAK TEGUR TAPI MALU..HUHUHHU

Ajwin Ajeera said...

OMG RINA
siapa nama ibu rina?
dulu masa awin baru habis form 5, awin join kot marhaban subang jaya tu!!
byk jugak awin pegi marhaban termasuk masa nabila huda khatam Quran..
awin join sebab maklong awin ahli marhaban tu..mmg aktif la. awin siap pakai baju kurung batik kaler purple lagi.seragam.
wahhh tak sangkanyee!!:D