RSC

Monday, March 15, 2010

LELONG baju bermula 17 Mac ini!

Puas aku fikir pasal baju yang berlambak ni. Mula-mula tak perasan tapi bila ibu dah tegur rasanya itulah kemuncaknya. Aku tekad nak jual baju-baju aku.

Aku pun mula asingkan baju kepada dua bahagian. Satu bahagian baju-baju yang aku nak jual dan satu bahagian lagi baju yang aku rasa tak layak untuk dijual. Selayaknya aku pakai duduk rumah je. Tapi malangnya baju aku nak jual cuma satu persepuluh dari yang aku simpan. Nampaknya tujuan asal nak kurangkan baju berlambak belum tentu capai sasaran.

Sekarang ada satu lagi benda yang baru aku terfikir tadi masa lipat baju. Aku nak jual baju-baju ni dengan harga berapa? Sob. Sob. Walaupun baju aku bukan lah dari jenama macam  kedai-kedai kaca yang berderet dekat Pavillion atau KLCC dan mungkin cuma baju-baju biasa yang dibeli dari pasar malam, tapi tapi. Ish.

Dan walaupun aku baru cakap nak jual, dah ada yang mesej dan email tanya pasal baju tu. Ada orang cadangkan agar aku buat bidding atau jualan LELONG. Maka siapa yang dapat tawarkan harga tertinggi dapatlah baju tu. Puas aku fikir-fikir. Dan aku dah dapat jawapan!

Aku setuju untuk jual baju dengan konsep LELONG! Harga permulaan setiap baju adalah berbeza. Aku cuma akan ambil sehingga separuh harga asal baju dan kalau ada yang lelong dengan harga lebih tinggi, duit tu aku nak dermakan pada kumpulan marhaban. Lupa nak cakap, ibu aktif dengan kumpulan marhaban. Aku rasa ni je sumbangan aku boleh bagi. InsyaAllah. Korang setuju tak?

LELONG ini akan berlangsung sepanjang:
17 Mac Jam 12.00 tengahari
sehingga
20 Mac Jam 12.00 tengahari. 

Jadi Sila tunggu depan pc/ laptop masing-masing ya. Aku akan update harga lelong terkini dekat setiap baju tu. Mungkin ada 40 helai baju. Itu je yang aku sampai hati nak jual. Okay jumpa nanti. Sebarkan pada kawan-kawan okay. Siapa cepat dia dapat. Tak dapat jangan nangis


15 comments:

eYra said...

cik rina....
igt kan dah ada...bru siap2 sedia nak sroll tgk baju2 tu..hrp2 sempat....
bju cik rina byk cun2...

Peri PiA said...

huhu,harap2 ade yg sesuai.
harap ada peluang :)

~diaNe~ said...

wow...
tak sabar2...
nak kunci alarm clck ni lg 2 hari...
pastikan diskaun kaw2 tau rina...

azie in wonderland said...

haha..nice idea lelong baju ni. baju u cantik2. boleh tanya berapa tinggi u? saja nak budget dengan badan sendiri..kot2 sesuai blh bida juga =)

eyra NadzeyRa said...

alahai....
lemah btl dgr....
nk kne rebut la cmni..ish..

Prodigy said...

17 march is my birthday!!
weeee.... :D

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

akhirnye jual gak...
hehehehe...

wawa said...

waaa bestnya...xsabar ny nk tengok dan beli =D

cumee said...

interesting....i love it...hopeflly i dpt la bid...espclly ur blouse

helena's said...

sedia dari sekarang!haha

a m b e r h u n n said...

Interesting. kalau sempat esok boleh la membelek2 baju cik rina salleh nt..

-=ReeN=- said...

alaaa.. tak baca habis rupanya. haha! >_< dpn pc.. hehe Riri, pls del comment sy yg sblm ni ok.. tikiudear =)

ღ.faiez.ღ said...

huhu..kn cepat2 ni.kalo tak msti ketinggalan bdk gemok ni..okei..bulat2kan 17hb spesel tok riri..

ღ.faiez.ღ said...

huhu..kn cepat2 ni.kalo tak msti ketinggalan bdk gemok ni..okei..bulat2kan 17hb spesel tok riri..

Darkbatman said...

xleh nk join xtvt..ahaha.. tengok dari jauh jerla kan..hehe