RSC

Sunday, March 7, 2010

KUASA MENULIS

Sering kedengaran ramai yang berkata tak pandai nak menulis. Tapi tau tak, dengan hanya MENULIS kita dapat meningkatkan keyakinan diri, mengarahkan fokus, melihat dengan jelas, mengawal perasaan, meluahkan apa yang tersirat, menyimpan memori dan banyak kebaikan lagi jika digunakan ke arah yang betul.


Maka menulis lah andai anda:
-Bosan
-Marah
-Gembira
-Sedih
-Geram
-Hampa
-Sunyi
-Mendapat Kenalan Baru
-Membeli Sesuatu Yang Lama Di Idamkan
-Mencapai Kejayaan
-Menerima Anugerah
-Di Puji
-Di Tindas
-Di Perguna
-Mengimpikan Sesuatu
...atau apa saja!


Menulis perkara yang baik dapat membantu kita meningkatkan keyakinan diri dan menjadi panduan di masa hadapan. Kadang-kala kejayaan itu terlalu kecil pada umum tapi ia tetap suatu kejayaan pada diri kita. Tulis lah mengenai kejayaan itu walau hanya dengan beberapa ayat pendek. Kerana dengan menulis, kejayaan yang dicapai akan menjadi lebih bermakna dan dapat dirujuk semula suatu hari nanti. Yelah manusia punya banyak kekurangan dan kemampuan yang terhad. Kalau terlupa suatu hari nanti, mungkin tulisan ini akan membantu kita mengingat semula. Walaupun kejayaan itu tidak di ketahui ramai (mungkin hanya keluarga dan kenalan terdekat sahaja yang tahu) tapi sekurang-kurangnya perasaan itu dapat di luahkan dan secara tak langsung di kongsi melalu penulisan. Ala, kalau anda menulis kejayaan sendiri beserta sedikit pujian, tak siapa yang nak marah atau mengata. Bukan ada siapa yang tau kan :)


Begitu juga bila kita menghadapi musibah, merasa marah, sedih dan sebagainya, luahkannya dengan menulis. Ia akan dapat membantu mengurangkan kesedihan anda. Walaubagaimana pun, AWAS! Jangan gunakan medium seperti Facebook, blog dan sebagainya untuk menulis tentang perkara ini. Cukuplah untuk simpanan peribadi saja. Mungkin boleh di kongsi juga tetapi sedikit. Cukuplah sekadar rakan tahu kita dalam keadaan yang tidak stabil dan mengharapkan kata-kata semangat dari mereka.


Tapi tak perlu di ceritakan semua. Mengapa? Kerana anda tidak tahu, dan mungkin tidak sedar, ada pihak yang sentiasa memerhatikan anda dan cuma mencari punca untuk menjatuhkan anda. Atau menggunakan cerita anda seolah-olah mengetahui segala yang berlaku dalam hidup anda untuk dijaja kepada pihak lain atas sebab tertentu. Cukuplah sekadar kita yang tahu tentang rasa sedih, geram atau marah itu dan menulis lah kerana ia merupakan salah satu cara untuk meluahkan perasaan. Selain itu, ia juga dapat dijadikan panduan agar kesilapan lepas tidak berulang atau dapat dielakkan.


Banyak lagi kuasa menulis ini yang mungkin kita tidak sedar. Hebatnya kuasa menulis ini hanya dapat di rasa andai anda melakukannya! Saya hanya mampu kongsikan saja :)



Zaman sekarang orang 'menulis' guna komputer.
Tapi pada saya, menulis di buku masih menjadi pilihan no 1!


RS: Sebab tu ramai yang berblog tanpa jemu. Mungkin ada yang dah temui rahsia disebalik menulis ini. Kalau yang menggunakan blog sebagai medium mencari pendapatan, mungkin lain tujuannya. Apapun jangan lupa cuba tau! :)

12 comments:

Anonymous said...

kak rina, memang betol part yg jgn tulis kalau kite marah..dlu saya pernah buat sekali dan ade orng yg dengki and menyampaikan pade kawan yg saye tulis tu..dan kami bergaduh..saye harap orng tu puas hati sbb kami bergaduh teruk

soffya said...

ye..sama dgn saya.menulis satu kegilaan.tapi menulis di buku, masih jadi keutamaan...thks rina for this entry

izman said...

setuju dengan anda.

Peri PiA said...

10q so much,riri telah beri saya salah satu sebab yg baik untuk terus menulis

Aus MeLankoLik said...

yup , betul la..
hahaha..
kalau ada bersifat peribadi..
buat sebagai simpanan saje..

enyheartsdiamond said...

berblogging untuk diri sendiri..kelak nanti..anak-anak..cucu cicit boleh baca :)

ini blog wirdah said...

kuasa menulis ditangan masing-masing :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

aku sgt setuju...
menulis ade kuasa atau aura yg xleh nak cakap...
semua kene rasai nye sendiri...

Melz said...

bagi mel ,

Setiap penulisan itu wujudnya sekiranya ada pengalaman baru dalam kehidupan kita . Pengalaman itu walaupun sedikit tetapi dapat diolah dalam bentuk penulisan yang dapat kita rujuk kembali sekiranya kita ingin membuat suatu perkara .

sebagai contoh , kita menulis untuk kebaikan dan sebarkan kepada semua orang untuk membaca dan tiba-tiba kita ingin membuat kejahatan itu tetapi kita teringat akan penulisan kebaikan yang telah kita paparkan ,oleh itu kejahatan yang ingin kita buat itu akan terbantut ! .

Selain itu juga Penulisan juga banyak mengajar kita untuk menjadi lebih matang . Kerana selalunya kita dapat melihat perwatakan kita dengan penulisan . Teruk penulisannya maka teruklah perwatakannya untuk dunia nyata .

Ini antara 2 pendapat mel terhadap penulisan :)

farwalis said...

melz betul...cayalah brader.. sekarang gua dah jadi makin baik..

rina pun betul... menulis dapat mengawal kemarahann... yeahhhhh

mOOn said...

Bahaya jugak kalau berblog time2 marah. Nak2 lg kalo yg dimarah tuh rakan blog sebelah. Wow..bleh perang besau tuh

Eyriqazz said...

menulis itu terapi minda...