RSC

Friday, February 12, 2010

Ada apa dengan Valentine's Day?

V a l e n t i n e’ s  D a y. Dari aku sekolah rendah aku dah kenal istilah ni. Nampak sangat budak sekolah rendah pun dah tau pasal ni. Masa tu kawan-kawan cakap Valentines Day ni hari memperingati kekasih. Kiranya kalau ada boyfriend boleh la nak pergi dating. Ecece, kecik-kecik dah nak dating. Biasa ni!


Masa sekolah rendah aku mana ada boyfriend. Aku anti orang ada boyfriend sebab pada aku tak macho lah ada boyfriend. Jadi aku pun tak pernah ambik pusing pasal hari kekasih ni. Masuk sekolah menengah, Valentine’s Day ni macam disambut pulak. Yelah kat sekolah aku siap ada jual bunga lah coklat lah lolipop lah. Boleh hantar request lagi. Boleh order lepas tu letak ayat-ayat manis sikit, nanti diorang hantarkan pada orang yang ditujukan. Nanti dapatlah surprise. Walaweh! Tengok kat sekolah pun ada sambutan ni. Pihak sekolah aku takde pulak haramkan. Maybe sebab sekolah aku berbilang bangsa. Hmmmm.


Masa aku ada boyfriend dulu pun tak pernah la kitorang sambut benda alah ni. Yela, kasih sayang tu nak tunjuk tak perlu hari tertentu. Tapi kalau dah media masa sendiri menggembar-gemburkan benda ni, macam mana lah orang tak ikut. Media kan memainkan pengaruh besar dalam kehidupan kita.


Bila dah besar, aku dengar pasal sejarah Valentine’s Day ni. Hmmmm. Rupanya jauh terpesong anak-anak muda kat Malaysia ni. Dua hari lepas aku jumpa link ni. As a Muslim, I will not celebrate Valentine's Day. Aku join sebab aku setuju. Kalau korang setuju dan nak tunjukan tanda sokongan jangan lupa join okay. Boleh la kongsi apa-apa maklumat dekat sana.

 
Aku pun bukan lah alim-baik-ustazah sangat. Ini je yang aku tau. Dan kawan aku pernah cakap, kita kena selalu ingat mengingati. Kalau nak tau lagi boleh tengok kat link ni PERAYAAN PERGAULAN BEBAS


Kau baca ni jangan muntah. Budak sekarang ni terlebih pandai kot. Pandai-pandai lah buat pertimbangan.  Jangan terpesong akidah dah la ye dik. Bare your love this Valentine’s Day, female students urged




Tengok. Gambar pasal Valentine's Day ni semua manis-manis je. Pandai betul.


RS : Janji tau jangan sambut Valentine’s Day

11 comments:

Peri PiA said...

syukur Alhamdulillah pia pon xsambut,janji :)

dah job group kat FB juge *wink*

tiap hari sayang <3

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

tue la...
mcm2 cara nak pesongkan akidah kan...
erm...
kene hati2..

helena's said...

cikhel pun tak penah sambut valentine..teringin tu ade lah jugak..huhu

ini blog wirdah said...

oh oh.saya berjanji takkan sambut .memang tak pnah sambut pon :)

Natasha said...

x sambut valentine.... sbb x ada apa pun yang istimewa... nak kata hari@ bulan berkasih sayang...kak tash dgn hubby ari2 berkasih sayang:P

Aus said...

lol..
rina , aku xsambut pun..kekeke..
hapuskan je valentine day..
sonang cite..

laki cikgu kimia said...

gua tersinggah blog ni dari blog blogger union td ha. mmg best pulak jumpe blogger2 lain ek..

nnt bila2 gua nak dtg join skali ngan bini gua heheh

Mohai@Mohd Aizuddin said...

huhuh... x suka valentine... sebalik valentine menceritakan kejatuhan islam.. huhu.. tp kadang2 setan suka hasut kita utk menyambut hari bekenaan..

noor afzan said...

sayapun x sambut yea..

Jai said...

jai nak "like" this wise entry. ya lah. hapuskan saja valentine's day ini. tapi agak impossible sebab ini memang trick mereka nak jatuhkan orang islam. i know this since middle school as well. hopefully this issue will become a general knowledge to every single muslim at all walk of life...

nasr said...

14hb februari 1942.. AlFatihah untuk arwah Leftenan Adnan kita.. syahid di bukit candu menentang nippon durjana