RSC

Wednesday, February 17, 2010

Tidur dengan nenek.


Balik Kampung.


Tanpa perancangan abah ajak balik kampung. Rindu. Balik kejap pun jadilah. Janji dapat jumpa atuk dengan nenek. Rindu aku pada mereka siapa yang tau


Nenek dengan atuk dah makin tua. Baru aku perasan


Atuk


Atuk. Pagi-pagi lagi lepas subuh gagah atuk ke pasar beli barang-barang untuk berniaga. Makcik aku cakap masa muda-muda atuk selalu jogging dan main badminton. Sebab tu atuk kuat dan sihat lagi di usia emas ni.  Balik pasar, atuk masak kuah laksa dan siapkan semua bahan. Laksa atuk memang sedap. Kalau aku makan memang bertambah dua tiga pinggan. Tapi dekat kampung mana ada orang jual mahal-mahal. Sepinggan cuma seringgit. Lengkap dengan semua ramuan. Kalau ada orang buat majlis, kadang-kadang diorang tempah laksa atuk.


Nasib baik ada Ucu. Ucu banyak tolong atok dekat kedai. Taklah atuk buat semua. Kalau ikutkan kedai atuk depan rumah lama tu bukan untung banyak sangat. Tapi atuk mungkin nak isi masa dengan buat sesuatu. Tak boleh nak duduk diam. Atuk suka berniaga. Anak-anak atuk pun ada yang berniaga. Aku pun dapat tempias tu jugak agaknya.


Nenek. Nenek dah tak kuat macam dulu. Jalan pun terketar tapi nenek gagahkan jugak. Nak berdiri lama-lama pun dah tak larat. Kesian aku tengok. Kalau kenduri aku memang ambik giliran basuh pinggan. Aku taknak nenek yang berdiri dekat dapur basuh pinggan. Nenek cantik. Aku dapat bayangkan masa muda mesti nenek lagi cantik. Tiap kali balik kampung aku mesti tidur dengan nenek. Adik-beradik aku pun sama. Walaupun usia aku dah menginjak dewasa, aku tak kisah. Dah jadi kebiasaan tidur dengan nenek.


Aku selalu rindu pada raut wajah tenang ni


Raya lepas nenek cakap dekat sepupu aku, dia nak tengok aku bersanding. Bergenang airmata aku dengar. Pagi tadi nenek peluk aku kuat masa nak balik. Aku ajak nenek datang rumah. Nenek cakap tunggu kenduri aku. Nenek, Ina mintak maaf. Hal yang satu ni Ina tak dapat nak janji.


Sayu tengok nenek tadi. Tak tau kenapa. InsyaAllah kalau ada kesempatan aku nak kerap balik kampung lawat atuk dan nenek.


RS: Balik kampung kali ni aku rasa sayu.

16 comments:

azizilsedek said...

nape sdey je bace entry ni :(

Rina Salleh said...

sebab balik tadi rasa sayu

sarah said...

"Raya lepas nenek cakap dekat sepupu aku, dia nak tengok aku bersanding. Bergenang airmata aku dengar. Pagi tadi nenek peluk aku kuat masa nak balik. Aku ajak nenek datang rumah. Nenek cakap tunggu kenduri aku. Nenek, Ina mintak maaf. Hal yang satu ni Ina tak dapat nak janji."

-ooouh..sungguh sedih part ini.bila nenek mengharapkan cucu mendapat jodoh.x pe,saya faham...

ini blog wirdah said...

err..terasa sedikit sayu bile baca part yg nenek kak rina ckp nak tunggu kak rina kawin,akan pegi umah akak time akak kawin..

conclusion: sis,cepat-cepat kawin.hee~

helena's said...

nenek rina cantik lagi lah..hehe

BeaN MorENo said...

ni pasti dah lama tak balik kg...hak2...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bestnye ade atuk & nenek lagi....
huhuhuhu...

Atiqah Adnan said...

qah pun selalu tidur dengan nenek..
masa kecik memang nenek n atok yang jaga.. kadang diorang amek kat uma bawa lari balik kg.. hee~ cucu sulung kan..

tulaa hope nenek n atok dapat tengok cucu sulung diorang ni sanding bulan 3 nanti...

semoga Allah panjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik kepada merekaa...

perkenankanlahhh...

Aus said...

lol , saba rina .
cantek la gambar kau amek..
cayalah .

em . lembut gak hati kau ek ?
nmpk cm kasar . hahaha . sori .

em , lagi satu . nenek kau xnmpk tue pun . macam baru 40 an .

ok rina , kau jgn nangis .

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.cume ade nenek je
.atuk dah lame x de, x sempat jumpe :(

afy sufy. said...

tgk smua pn nak kak rina naik pelamin cepat ;);)
amin3.mudah2an jadi knyataan kan.

kak rina ni
sy pn nk balik kg jugak :(

s a y a said...

huhu..
sedey entri ni..sayu rasa..
kak rina..pat2 ar kawen k..hehe

Rina Salleh said...

sarah - thank u

wirdah - i'Allah sampai seru nanti adalah. eh tunggu wirdah la

helena - kan? cantik kan. suka;)

bean - ceh.selalu je balik tapi tak selalu sangat la. haha

menitisenja - sementara ada ni la masa nak jaga diorang. huhu

Rina Salleh said...

atiqah - congrats!! suka lah nenek dengan atuk dia nak tengok cucu sulung ni naik pelamin. hihi

aus - nenek aku memang awet muda kot;p ceh, kasar kat luar tu saja gimik je. LOL

intanurulfateha -doa banyak2 untuk atuk okay

afy - oh oh we in trouble. cepat tak cepat sangat la. nanti balik kampung lepas rindu puas2 tau!

saya - eh, jangan nangis. dah dah. amin kan je la

oney said...

betul, muka orang orang tua, memang akan nampak manis jaa,
cantik walau dah berusia.
teringat arwah nenek dulu,
bila dia senyum, manis sangat tau, tenang.

kak rina kena cepat kawin laah :D

Peri PiA said...

sayu membacanya
pia ade nenek belah ayh kat kelantan,mmg jrg jumpe :(

mase kenduri belah hubby,opah hubby nangis tgk kami.