RSC

Thursday, February 11, 2010

Blogger Get Together Der Der

Terhegeh-hegeh lagi.


Orang dah sampai bulan kau baru nak naik jet. Orang dah minum petang kau baru nak sarapan pagi. Orang dah anak tiga kau baru nak cari calon. Ini perumpamaan aku cipta tadi betapa aku lambat update blog. Sekarang aku nak update pasal gathering yang Mr Bean buat hari ahad lepas dekat The Mines Sri Kembangan. Heh


Ni muka-muka orang yang datang awal pukul 11. Yang datang awal semua macho. Lain kali datang awal baru lah macho. Haha


Mr Macho1 - Mel Romeo



Aku respect angkat kakilah kat dia ni. Mel ni blogger tegar! Kalau nak tanya apa pasal blog tanya je dia. Tak kedekut ilmu langsung. Semua dia share. Kalau nak tau tengok blog MelRomeo tau. Seronok kawan dengan otai ni. Selok belok blog dengan Nuffnang semua dalam poket dia. Dia lah yang bagitau aku pasal gathering ni. Thanks Mel!










Mr Macho 2 - Mr Bean





Yang ni Mr Bean. Penganjur majlis. Aku pun tak pasti kenapa nama dia Mr bean. Tapi dia memang kelakar la weh! Ni pun blogger tegar. Aku sorang je blogger tak berapa nak tegar. Orang update sepuluh aku baru nak update satu. Ceh.










Mr Macho 3 - Abuya




Okay takde link. Abuya asalnya bukan blogger. Tapi lepas dah jumpa semua blogger, balik tu lepak McD terus buat blog. haha. Bro ni kerja kat Libya dan tengah cuti sekarang. Gempak weh! Single? Erm aku pun tak tau. Terlupa pulak nak tanya. Eh thanks for Nando's and McD eh :)










Mr Macho 4 - Bob





Ni Encik Bob. Tuan rumah myredfinnger. Agak cool orangnya. Kalau tengok blog dia makeover rumah dia, dasyat oh! Lagi kemas dari perempuan kot. *malu*











Miss Macho 5 - Cik Yun





Elele. Nak cari link nak tengok blog dia la tu kan. kan. Tapi aku tak salahkan korang lah sebab cikgu ni memang manis! Malangnya link yang dia bagi aku tak boleh bukak. Apasal eh cik adik?











Nak cakap apa. Donut dia memang sedap


Lepas semua datang kitorang pergi makan tengahari kat Nando's. Aktiviti lepas tu main bowling. Deh! Memang aku tak reti main lah. Kena belajar ni main bowling. Lain kali kalau gathering nak main bowling lagi habislah aku.


Siap reserved tempat makan weh

Orang lain seronok-seronok, kau jadi ceti haram pulak.


Habis bowling, sambil minum petang Mel pun kongsi tips-tips blogging! RUGI  yang tak datang. Memang tak dapat disangkal lagi semua tips Mel memang berkesan. Berkesan! *sambil berharap Nuffnang aku nanti cukup untuk buat duit belanja kahwin* LOL. Okay orang dah banyak pengalaman dan cakap melalui pengalaman tak sama dengan orang yang cakap melalui teori semata-mata. Ni memang aku akui. Engkau taknak mengaku takpe. Aku nak jugak.



Tengok. Semua kusyuk-tekun-teruja dengar Mel cakap.


Geng GATHERING THE MINES ada dekat link side bar ni. Tapi blog diorang umpama langit dengan bumi kalau nak bandingkan dengan blog aku yang cinonet ni. Uhuh.


Okay dah. Sekian. Semut pun update lagi cepat dari aku der.


RS: Mengikut perbincangan haritu, next gathering insyaAllah 28 Februari 2010, main PAINTBALL pulak. Nak join tak?


11 comments:

Jard The Great said...

hehehe...... ku tak sempat join kat nandos...... dtg petang..

milimilo said...

wow..mmg fun la jumpe blogger cmni..teringin T__T

daydeck86 said...

tak da la lambat sangat ko apdet
Turn around Time 7hari bari dikira lambat....wakkkakakaka

enyheartsdiamond said...

link la eny :)

TMUkmkd said...

huh hebat. wa tak pernah jumpa.. wa try nak buat group blog dalam U ni.
22 ni ada blog talk :D

ini blog wirdah said...

choi...best betol kalau dapat jumpe bloggers lain. tak penah ada kesempatan..jaoh.huhuhu.

BeaN MorENo said...

hakhak..tq cik rina eyh sebab link yang diberikan...hukhuk...pandai amik shot ye...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pergghhh...
kim salam mr.bean...
kite same liverpool...
hehehehe..

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.at least update huhu

ariff said...

seronok betul bergather-gather ni..

Uchi kay-f @hmad said...

kak yannnnnnnnn!!!! no.5 !!