RSC

Thursday, February 18, 2010

Asal bila orang kata jangan yang tu jugak kita nak buat


Aku dah cakap jangan makan kacang, makan jugak. Tengok dah tumbuh jerawat. Bersenang-lenang diorang duduk atas pipi ni. Uhuh


Eh sebenarnya aku bukan nak cakap pasal kacang dengan jerawat. Tapi nak kongsi pasal benda lain. Asal bila orang kata jangan yang tu jugak kita nak buat. Asal eh? Asal bila orang dah cakap jangan, kita buat jugak eh?


Mak dah cakap jangan main hujan nanti demam. Tapi main jugak. Last-last demam. Abah cakap jangan bawak kete sambil telefon. Guna jugak telefon masa bawak kete, last-last langgar kete orang. Huh. Kawan baik dah cakap jangan rapat sangat dengan dia tu, dia tu kaki perempuan. Kawan jugak. Mata dah kelabu. Semua nampak baik. Last-last kantoi kaki perempuan. Kau jugak frust. Aku dah cakap jangan study last minit, study jugak last minit, last-last dapat A. Eh eh. Tak applicable pada semua orang eh. Ni contoh je. Contoh okay.


Asal eh degil sangat? Ni aku nak senarai-pendekkan beberapa faktor yang aku nampak dalam diri aku dan jugak orang keliling aku. Mana tau kot-kot kau tak perasan dalam diri kau pun ada benda ni jugak.


1. Ego. Tercabar la weh kalau orang cakap kau ikut je. Macam kerbau kena cucuk hidung. Tak jantan lah kan. Ewah. Jentik kang

2. Nak mencuba. Kau memang percaya cakap orang tapi kau nak jugak cuba. Untung nasib badan, kau tak terima benda sama macam apa yang orang cakap. Main nasib pulak dah.

3. Terlebih berani. Bila dah kena baru nak percaya. Masa tu nasik dah jadi bubur la weh

4. Malas nak ambik pusing cakap orang. Sebab anggap orang lain ni kaki penyibuk. Motto hidup: Aku siapa kau siapa. Ceh

5. Tak makan saman. Makan nasik je

6. Keras kepala. Lagi keras dari batu kapur. Eh batu kapur tak keras sangat.

7. Tak nak percaya cakap orang. Bajet orang dengki kat kau. Wek

8. Rasa diri bagus. Kau ingat kau bagus sangat ke?

9. Uji keupayaan diri. Cuba melawan arus. Last-last kau yang hanyut ke laut. Hek eleh.

10. Saja nak bagi orang rasa annoying dengan kau. Lalala


Kalau senaraikan lagi, ada 1001 satu alasan. Mungkin kau ada sebab sendiri. Tapi bukan sebab ni yang penting. Yang penting apa? KERJASAMA. Heh. Bukan. Yang penting kita sama-sama cuba baiki lah eh. Tau. Tau.

17 comments:

azizilsedek said...

ni knp mcm mode REVENGE je ni...

Rina Salleh said...

ni mode mari kenakan diri sendiri. lalala

Peri PiA said...

seronok leh kutuk diri sendiri :P

p/s-love u just the way u r,xoxo

wawan said...

kacang adalah sedap =P

nasr said...

org kebnykn mmg degil. sm gak cm budak2. tp elok juge bg diaorg alami sendiri akibat lrgn tu..

helena's said...

tak makan saman.makan nasik jek..nih kompom ramai cenggini.haha

ini blog wirdah said...

em..dah memang lumrah idop manusia kot. dah bagai isi & kulit kacang.haha.

Aus said...

hahahaha..
biasela tu rina..
nnt aku nk wat entri berbalas la..
hahahaha .

aNis aMirAh said...

saya terasa pasal jerawat dan kacang tu.
huhuhuh.

cik EPAL said...

betul betul sis. kadang kadang yang jangan tu la lagi orang asyik nak buat dan ikut :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

adakah cerita ini sama dengan (=) je...
hehehehehe...

Melz said...

mel rasa lepasnie kena tukar..

haaa buat yang tuh! miahaha kan² mesti kita ragu² nak buat

betol tak ?

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

rase tercabar perlu kena pada keadaannye.. tak gitu? nanti bile orang da gelak bhahahaha kuat2 kat kite.. uish.. time tu mesti terduduk dan tertunduk malu. hehe

Mohai@Mohd Aizuddin said...

ada baik n buruknya... cth la.. mak larang jgn main hujan... best per main hujan bila lg nak merasa mandi hujan... heheh... setiap yg buruk itu berlaku pasti akan mengajar kita.. ^_^ supaya berigat sentiasa..

Natasha said...

len kali jgn makan kacang..... makan BEAN jer tau rina

BeaN MorENo said...

hak2...nak gak komen walaupun ada orang cakap jangan...

dianna said...

aah betul tu. baru perasan, kadang2 benda yang org ckp jangan tu lah yg kita buat. sebabnya pun tak tahu kenapa lah. mungkin kita tak percaya kot pada org yg ckp tu, sebb kita rasa diri kita betul. kan?