RSC

Tuesday, January 5, 2010

Oh! anda menghidap disleksia?

Tahukah anda? Ya, mestilah tak tau sebab belum cerita lagi. Heh. Okay okay dah dah jangan gelak. Nak cerita ni.


Di pagi yang hening ini, senyap, sunyi, sejuk, ya sangat hening suasana ni. *Betul ke penggunaan perkataan hening ni?* membuatkan ingatan melayang teringat masa kecik-kecik dulu I ada masalah menulis dan membaca.


Mungkin ada ramai lagi yang pernah ada masalah macam ni. Memang logik akal budak-budak tak pandai menulis membaca tu. Tapi kalau pergi sekolah dan orang lain baca sama-sama dalam kelas ikut cikgu dan kau ter stuck kat satu perkataan terus blur tertinggal tak tau orang lain dah baca part mana. Ha, nampak sangat kau sorang je yang bermasalah. Haru okay haru.


Tu pun kira okay lagi. Anggap halal je lah. Tapi kalau kau tulis "ababeraqa biji bola" padahal kau maksudkan "ada berapa biji bola" atau "mana awakaqa?" bila sebenarnya nak tulis "nama awak apa?". Tak ke pening cikgu nak baca buku kau. Nak bagi bintang banyak-banyak pun rasa serba salah kot cikgu tu. Kalau bagi lima bintang nampak tipu sangat. Tak bagi nanti merajuk cakap cikgu pilih kasih. Delima tau. Eh dilema.


Okay ni semua bukan salah budak yang comel tu, maksud I, bukan salah I tak pandai masa tu sampaikan bila menulis, tahap tulisan memang buat orang juling mata nak baca sebab aturan perkataan yang takde ruang antara satu perkataan dengan satu perkataan lain atau pun tertinggal satu huruf atau terkeliru dengan beberapa huruf contohnya keliru membezakan antara huruf B dan D; P dan Q; N dan U atau M dan W. Okay I paling confuse b dengan d masa kecik dulu. Siap kena berenti tulis fikir kejap nak bezakan dua huruf ni. Atau tak tau masalah’ di eja dengan satu 'a' atau dua 'aa'. Masaalah betul. Puas fikir tu pun salah jugak. Fine.


Simptom-simptom ni semua sebenarnya adalah sejenis penyakit yang dikenali sebagai Disleksia.


Apa eh Disaleksia ni? Disleksia ni bukan penyakit kronik yang boleh membawa maut. Jangan risau okay. Disleksia pun bukan nama bunga walaupun agak comel bunyi macam nama saintifik bunga-bungaan. Heh. Disleksia ni merupakan proses pembelajaran yang terganggu.


Untuk kanak-kanak yang normal, mereka ni menerima proses membaca, mengira dan mengeja dalam jangka masa cepat. Tapi kumpulan disleksia ni sebaliknya. Sebabnya otak mereka ni tak memproses dan menerima maklumat seperti kanak-kanak normal. Sistem impuls otak yang bergerak ke kiri dan ke kanan tak sama. Dan, mereka juga tak mempunyai bahagian otak yang dominan. Paham tak. Errrr.


Okay I terangkan lagi. Setiap manusia akan ada bahagian otak yang dominan sama ada otak kanan atau pun otak kiri kan. Tapi pesakit disleksia ni tak. Kedua otak dia macam boleh guna mana-mana bahagian, tak tetap. (Patutla I jawab kuiz dalam Facebook dapat otak yang seimbang. Haha) Dalam kata lain, disleksia disebabkan oleh kelainan di dalam struktur dan fungsi otak. Oh jangan risau, kelainan ni tak bermaksud kau alien. Huhu.


Penyakit ni pun tak nampak secara fizikal, maknanya kalau ada penyakit ni tak mungkin timbul biji-biji di muka atau perut membuncit atau tangan membengkak. Tak tak. Walaupun tak boleh dikesan secara fizikal tapi penyakit ni masih boleh dikesan melalui perbuatan, percakapan, penulisan pesakit ni.


Pesakit mungkin cuma ada salah satu atau beberapa simptom seperti dibawah:

- Lambat bertutur
- Mengalami kesukaran sebutan atau rima
- Susah nak tulis nama sendiri
- Keliru menggabungkan huruf
- Sukar kenal bentuk atau warna
- Selalu keliru dengan turutan nombor
- Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
- Teragak-agak bila membaca
- Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (bacaan terbalik) :
• 15 dengan 51
• “was” menjadi “saw”
• ‘b’ dengan ‘d’
- Kurang koordinasi seperti susah nak ikat tali kasut atau mungkin tie *hmmm patutla i tak pandai-pandai ikat tie*
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’, ‘esok’
- Sukar memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak/hilang barang atau kerja sekolah
- Sukar ingat darab, tambah atau tolak
- Suka menggangu rakan di kelas


Menurut statistik lebih 500,000 kanak-kanak Malaysia menghadapi cabaran hidup disleksia.  Kesian eh. Jadi I termasuk dalam 500,000 orang ni la agaknya. Hmmmm.


Tapi jangan terkejut! Sebab orang yang mengidap Disleksia ni ada keistimewaan tertentu contohnya mereka ni berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut/dimensi. Gempak la weh! (sekarang rasa bangga diri) Malahan ada antara orang ternama yang mengalami Disleksia  ni jugak  termasuklah ahli politik, Lee Kuan Yew. Pelakon, Whoopi Goldberg. Artis, Leonardo da Vinci. Saintis, Albert Einstein. Rina Salleh eh eh nak jugak.


Walaupun dislesksia merupakan masalah yang dihadapi sepanjang hayat (sepanjang hayat? Maka kau sekarang mesti paham kenapa I selalu salah type dekat ym atau kenapa ayat selalu tunggang langgang)  kanak-kanak yang mengalaminya masih dapat diatasi dengan dorongan, sokongan, kasih sayang dan bantuan yang sewajarnya. Patutlah I ada lagi simptom ni. Kurang kasih sayang mungkin. Mungkin lah kan.




Mungkin kah kawan baik, si pink panther tu yang bawak penyakit ni pada I. huhu


Anda mungkin perlu google dengan lebih lanjut untuk ketahui cara nak rawat dan bantu pesakit disleksia ni. Info dari: http://upkkl.com/index.php/pkhas/disleksia



Kalau perlukan bantuan boleh contact persatuan ni
Persatuan Dyslexia Malaysia
No 6, Persiaran Kuantan
Setapak
53200 Kuala Lumpur
Telefon / Fax : 03-40255109
Email : dyslexiaft@time.net.my


RS : Masa sekolah rendah selalu tidur dalam kelas, tak siap kerja sekolah dan selalu tiru kawan sampai abah kena panggil. Uhhhhh. Tapi takpe, abah tak marah sebab hujung tahun selalu dapat nombor sa bukan belas atau puluh. (^_^')

23 comments:

Cherrie Pie Sweety said...

Tom Cruise pon rasanya once pernah kena disleksia.. takper..u've grown up maturedly and gracefully dear :)

Peri PiA said...

patutla riri sgt istimewa

zahidahazman said...

Salam. Love the entry. Tau pasal penyakit ni tapi taktau details la. Thanks for sharing the info. ;)

ween said...

this is a good info :) thanks for sharing!

ini blog wirdah said...

kak rina,1st time dgr penyakit ni.hehe.btw,thanx for da info =)

ini blog wirdah said...

kak rina,ni la 1st time dgr penyakit ni.huhu.btw,thanx for da info =)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bagus la ko rina...
hehehehehe...

L.Lawlett said...

most orang bijak pandai dan berbakat yang wujud dalam sejarah dunia ada penyakit ni.tpi disebabkan kebijaksanaan diorang , penyakit ni menjadi kelebihan kepada diorang untuk memahami something lebih cepat dari kita

cik EPAL said...

baru tahuuu pasal ini..hohh

Melz said...

Neway Menghibaq ( orang utara na ? ) hehe . okok siyes²

Neway memang ada penyakit nie dan dulu mel anggap benda nie sebagai penyakit IQ atau otak yang terbantut . dulu keh sebab dulu takde pemikiran yang jauh untuk google haha .

Neway Problem nie pernah kena kat member mel time darjah 6 tapi dia masih stay darjah 6 sebagai Darjah Khas tak silap sampai la mel tingkatan 3 dia masih dalam kelas tuh.sedih woh patutnya dia tingkatan 5 gitu ! Tapi sekarang dia dah ok! dan benda nie kene ada sokongan gitu!

redline said...

hahaha.. kelakarlah rina cakap disleksia tu disebabkan kekurangan kasih sayang.

disleksia itu unik n istimewa, gifted je yang boleh jadi camni ;)

rien z said...

sama mcm kak rien dulu...masa sekolah rendah tahun 1 @ 2 x ingat. selalu tukar huruf B dgn D...mak siap tunjuk buku dulu selalu silap eja daging jd Baging...hehehe

'arif said...

isk..adakah aku salah seorang yang terjebak..

F I T said...

owh gitu ke disleksia..selalu gk dgr kt sek cikgu dok gitau..dah lupa lak..now dh ingat balik..memang diorang ni bijak2..byk yg berjasa kt dunia heh!

syifasya said...

sye blaja tntg ni dlm pendidikan khas..knk2 kategori boley d kategorikn istimewa tau..nk tau lbey lanjut tntg penyakit ni secara visual ley tgk cite hindi tajuk ISHAN/ISHAAN (xingt ejaan btolnye,maaf).cite tntg cne seorg bdk ni derita ad pnyakit ni sbb org sekeliling die xnmpk n xmemahami tntg pnyakit ni.. fmly die lak xsupport die n cme tau mnghukum..sbb ingt die yg brmslh..die hdapi tkann di sekola lg..dktwakn rkn2, guru slalu slhkn die je..smpai jmpe seorg guru iaitu amir khan..huh gru ni yg xthn neh..hehe.gru die la dpt ditect die ad mslh disleksi ni n support die smpai die brjaya...sila tonton.agak leleh.sbb sdey tgk bdk tu blakon.credit 4 dat bdk(xingt nme hehe).
p/s : kpda ibu bapa yg dpt dtect anak2 ad mslh ni dri awl pnulisan n pmbcaan diorg, sila n tolong rjuk guru pndidikn khas spya mslh xjd mkin truk. bg diorg bmbingn spnuhnya sbb mlsh ini ad kaedah pemulihnnye..skadar kongsi2 =)

Hajalicious said...

hurrmmm...ramai org kata budak yg ader penyakit nih biler besar dia akan jadi kreatif dan bijak pndai la....mcm rina

RINA SALLEH said...

diana - tom cruise? omg!

pia - kanak-kanak istemewa? haha

zahidah - no prob.saja teringat kecik2 dulu i selalu confuse b n d;)

ween -no prob sister!

wirdah - sakit ni dia tak femes;ppp

meniti senja - bagus je? belanja takde ke? haha

lawlett - yerp. sebab diorang dapat maximize usage otak kanan dan kiri:)

cik epal - hehe

mel - dia kronik kot. kesian dia

redline - kurang kasih sayang tu ciptaan I je. haha;pp

rien -konfius giler kan. buku rina selalu kne bulat2 dengan cikgu. huh

arif - kau terjebak ke menjebakkan diri? hoho

syifasya - wow! u lagi banyak knowledge pasal ni;) i dulu tak kronik la. cuma taktau bezakan huruf2 tertentu.dah banyak kali blaja pun salah jugak.hehe

syifasya said...

kongsi2..caring..disleksia bnyk tahap...xpe,u dh become rina yg gojes pon kn.teruskn gudluck dear!

'arif said...

nak sebut pun aku masih tergeliat lg..dyslexia = di-sleck-sia??

Ashizu said...

Rina..can i share ur post ni ? i think it is so informative laa

Ashizu said...

Rina..can i share ur post ni ? i think it is so informative laa

Rina Salleh said...

sure ashizu:)

lemang hanguih!!! said...

tadi dekat astro ada siar telefilem bertjk disleksia....sedih ceritanya....but byk pengajaran n info yg dpt....so now lbh phm lagi apa itu bileksia....thanks for the info...really like it...