RSC

Thursday, January 7, 2010

ABAH, manusia terhebat!

Minggu ni sibuk sikit. Sebab bukak booth promosi dekat beberapa tempat. Ni pun baru balik dari USIM. Ya Allah ramai sangat student USIM datang singgah sampai tak menang tangan melayan diorang. Tapi seronok tengok semua excited terutama masa belajar lilit-lilit selendang.Hehe


Hujung minggu ni dari 8 Jan sampai 10 Jan, aku bukak booth dekat UIA PJ sempena Raudah Festival [RAFEST]. Kalau nak tengok produk2 RSC macam selendang, tudung dan keronsang *terbaru* boleh lah singgah nanti. Semua cantik-cantik sampai rasa nak ambik buat pakai sendiri! Memang lah sebab kau yang pilih semua produk-produk untuk RSC. Rina. Rina. *geleng kepala* Kalau orang yang kenal, customer-customer tetap tentu tau citarasa aku. Heh. Jangan lupa, jemput datang nanti tau. Kalau nak tengok lokasi promosi jualan yang lain dalam masa terdekat boleh view dari rinasalleh.blogspot okay.


Okay lets go back to the topic bebeh! Kenapa ABAH? Siapa ABAH? Ada apa dengan ABAH? Dimana ABAH?


Dari lahir, lelaki dalam hidup aku dan keluarga cuma abah. Sebab dalam adik-beradik cuma ada 3 orang dan semuanya perempuan. Ibu pun perempuan. Maka cuma abah je lelaki.


Kalau orang lain, mungkin ada yang rapat dengan mak dan dipanggil anak mak. Dan ada jugak yang rapat dengan bapa dan digelar anak bapak. Aku lah salah sorang tu. Anak abah.


Dengan ibu pun rapat, boleh kongsi cerita peribadi dengan ibu. Tapi dengan abah lain. Kalau aku tak cerita pun abah tau. Mungkin kimia antara kami sangat kuat. Malah bila ada lelaki yang muncul dalam hidup pun aku akan fikir sama ada dia boleh masuk dengan abah atau tak? Hehe


Kau pernah makan berdua kat luar dengan abah kau tak? Sarapan, lunch atau supper di mamak dengan abah? Bincang-bincang berdua dengan abah kau kat kedai makan atau dalam kereta atau masa terserempak dekat tangga? Keluar berdua atas urusan kerja? Aku selalu.


Abah selalu sibuk. Dari aku kecik lagi. Masa kerja dengan syarikat jepun dulu abah selalu outstation pergi Jepun. Tapi bila balik abah akan balik bawak banyak coklat, patung rusa yang comel dan macam-macam lagi. Paling I ingat calculator Mickey Mouse warna kuning yang abah bagi. *Suka*


Lepas tu abah berhenti dan buka perniagaan sendiri. Abah ada kilang yang buat besi-besi. Ramai jugak pekerja abah. Okay masa tu aku kecik lagi tak tau sangat lah macam mana atau apa yang kilang abah keluarkan. Yang I tau abah ada kilang sendiri. Hari sabtu atau ahad kalau abah ke kilang, aku dan adik teruja nak ikut. Tapi datang pun bukan buat apa. Duduk kat bilik abah, main game dekat komputer. Hehe


Tahun 1998, ekonomi merudum. Perniagaan abah pun sama terjejas teruk. Sebab abah banyak projek dengan satu syarikat terkenal dekat Malaysia ni. Kalau sebut nama mesti tau. Tapi syarikat tu pun terjejas dan banyak payment abah sangkut. Abah jual perniagaan pada seorang kawan baik. Tapi malangnya, kawan makan kawan! Kawan abah tu lari. Duit tak bayar habis, mesin dan peralatan kilang semua dia dah bawak lari. Masa tu aku sekolah lagi. Abah tak pernah cerita semua ni. Ibu yang bagitau. Tu pun bila aku tanya. Kesian abah masa tu. Takpelah abah, tu semua harta dunia.


Sebab tu abah paling pantang bila dengar aku nak bukak perniagaan dan ada rakan kongsi atau ada orang berminat nak bagi modal dan aku jalan perniagaan, air muka abah akan serta-merta berubah dan cakap, abah boleh tolong. Biar kecik-kecik tapi tak payah guna duit orang. Bukan takde. Malah seorang artis terkenal pernah tawarkan untuk buat rebranding dan janji nak besarkan perniagaan aku ni lepas tengok blog aku. Dia akan keluarkan modal dan aku jalankan perniagaan. Abah tak bagi. Pernah jugak beberapa orang tanya tentang perniagaan aku yang kecik ni dan berminat nak laburkan modal. Tapi aku takut nak bagitau abah lagi. Huhu. Sekarang aku faham kenapa abah tak suka.


Lepas semua tu, aku tak pasti abah buat apa untuk tanggung keluarga. Tak sedar apa yang jadi mungkin sebab terlalu muda untuk fahami situasi tu. Tapi lama-lama aku makin faham. Mula-mula sebab abah ajak pindah dari kawasan kondo mewah yang aku sangat suka tu ke rumah teres. Lepas tu abah macam biasa sibuk jugak. Tapi sebab abah memang sibuk dari aku kecik-kecik jadi tak perasan abah buat apa  atau apa yang abah hadapi dan rasa. Aku anggap abah pergi kerja macam biasa. Tapi aku mula perasan ada benda yang berubah bila abah tukar kereta. Perasann pelik mula wujud.


Sebelum tu ada jugak perubahan, tapi tak fikir apa-apa. Pernah satu hari tu rumah aku takde elektrik. Kena potong. Bergelap dan berteman lilin malam tu. Rumah orang lain terang benderang, tapi kami... Rupanya sebab dah berbulan tak bayar. Lepas tu kereta abah kena tarik. Redha. Abah diam dan tak cakap apa pasal isu ni. Mungkin abah tak nak keluarga dia susah hati. Kesian abah!


Masa tu hidup keluarga aku susah. Cuba kau bayangkan dari senang tiba-tiba jadi susah. Memang jiwa memberontak. Konflik dalaman banyak terjadi masa tu. Tapi masa ni kau kenal saudara. Kau tau siapa kawan dan lawan. Sampai sekarang kalau ingat kan memang dalam hati aku terkilan dengan saudara-mara. Tak apa lah, Allah lebih tahu. Dan atas didikan ibu dan abah dari kecik buat kan aku dan adik beradik tak pernah melawan walaupun dalam hati rasa sakit, marah dan geram pada ahli keluarga yang lain. Mereka yang kononnya saudara mula menjauh dan berperang dingin masa ni. Proses pembesaran masa tu penuh dengan emosi.


Tapi mungkin Allah sayang kami...


Abah mula berniaga kecil-kecilan masa tu. Yelah dah biasa berniaga, maka apa pun abah akan terus berniaga dan tak pernah serik. Dari kecil-kecilan yang bermodal kan cuma ratus atau mungkin puluhan ringgit saja masa tu, abah mula. Bermula dari bawah semula. Aku bangga aku ada abah yang macam ni. Mungkin ada masa nanti aku sambung macam mana abah bermula, dan macam mana aku boleh ikut abah berniaga.

Sekarang, lepas lebih sepuluh tahun kisah tu, walaupun keluarga aku taklah sekaya atau semewah mana, tapi abah berjaya bangkit! Dan walaupun abah mungkin bukan orang ternama, takde harta berjuta dan tak pakai kereta mewah, tapi aku bangga ada ayah seperti abah! Sebab dalam hidup, aku banyak belajar dari abah. Dari pengalaman abah.


Tak semua orang nak kongsi kisah silam lagi-lagi kalau kisah tu sedih. Harap-harap ada iktibar yang dapat dikongsi. Bila mulut tak mampu bercerita maka tangan akan mula menulis.



RS: Agak-agak abah nak sponsor wedding aku tak lepas baca tajuk entry ni (^_^")


21 comments:

ini blog wirdah said...

sangat kagum dgn abah kak rina.!
kak rina mmg ikut jejak langkah abah akk.Apepon,wirdah doakn yg terbaeek ye ntk akk.

LoRd oF eYD said...

haa??wedding?u nk kawen ke rina?huhhuhu..

busyuksayang said...

sedihnya...teringat kat arwah abah kakak...alfatihah :(

Peri PiA said...

mmg ank abh,suke berbisnes.ayh riri mmg tabah

Atiqah Adnan said...

kalau saya jadi abah rina, mesti senyum dan terharu tau... begitu seorang anak menghargai abahnyaaa... mendalam ok perasaan tuh... i pun tak terungkappp...

dan mesti juga dengan rela hati nak sponsor ur wedding.. haha ^^ tapi kena jemput saya laaa.. hee~

Sky0ne said...

Abah u mmg hebat...nothing beats pengalaman thru ups and downs in life...;)

ween said...

kak Rina, seriously I'm touched by ur entry! dah bergenang ni. tskkk T_____T

oh btw, wedding dah xlama ye? :)

azizilsedek.com said...

seronok bace... kalau di 'visualise' automatik gmbr dlm kpl dh jd kaler2 olskool... u pon jd kecik... heheh...
hmm... experience is the best teacher...
dh nk sedih bace skali last2 phrase yg kt bwh tu i gelak... hahah... ops... abah u bace eh? ;)
btw, do appreciate on what he has done as your ABAH
nice entry! i like!

D.A.M.S.E.L said...

:)

ROSE said...

riri, u have a great father, it's not like me. i never proud to have a father like my father. i always wish, that my father could be someone else.and sometimes i wish that i dont have a father in my life.

miss_eliana said...

sedey plak bc entry nie..
luv my abah toO.. hee~

eh, sponsor wedding?
bile tu? hee~

HudaLuna.♥™ said...

abah kak rina sgt hebat!


tak semua org mampu lalui semua tu
tp abah kak rina sgt tabah!

kawen jgn lupe invite (^^,)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

he look great to be ur role model...
rite???
go rina...
hehehehe...
bertuah & bersyukur...

Mashii said...

mesti abah akak pandai cakap jepon kan??pakcik..sy pon bangga dgn pakcik..takle percaya sgt org2 luar ni..kawan pon boleh mam kawan sendiri..dulu sy rapat jgk dgn ayah..tp ayah sy garang sgt..so dah tak rapat,sape suro ayah garang..huhu~

Hayatul Akma Bolhan @ Ima said...

hi rina..
nk curik link letak dlm my blog ;)

[z@ck] said...

bapa mana tak sayang anak..
konfirm dia sponsor..
hehehe

Nanab said...

dari pandangan uncle Salleh..Nanab tau..uncle sgt sygkan Anak2 nya..^_^

shida is my name said...

terima kasih rina utk entry yg sebegini indah...i hmpr nk menitiskan air mata sbb teringatkan kisah silam. apapun, ayah u mmg hebat

L.Lawlett said...

abah insan terhebat.

'lapar dan dahaga,
rela berpanjangan setianyanya ayah'

sebagai manusia kita lahir ke dunia atas pengorbanan seorang ayah yang bertimbang rasa dan menyayangi insan yang bergelar anak.

dan hari ini , aku terus bersyukur

E.L.I.Z.A said...

ya allah..i suka coretan ni..kagum sungguh dgn semangat abah u..solute!

btw, salam kenal......

sarah said...

hye k.rina..

yup,abah k.rina seorang yg tabah,

bangkit dari kegagalan..

like father like daughter..

suka berbisnes.

anyway,entri last wat sy musykil

ade ura2 nk nek pelamin ke nih?
huhu