RSC

Thursday, December 24, 2009

Perkara yang pernah dicapai dalam hidup

Semua orang pernah capai banyak benda dalam hidup. Tapi kadang-kadang kita tak sedar. Di kala dan saat ini aku tengah beremosi sebenarnya. Orang banjar cakap tengah down lah. Jadi aku nak senaraikan perkara yang aku dah capai dalam hidup.


Taknak kata berjaya sebab orang lain pun capai kejayaan. Malah lagi besar dari apa yang aku capai. Lagi berjaya. Tapi memandang aku dah capai maka aku rasa aku patut hargai sebagai pendorong untuk capai lebih lagi di masa akan datang.


1. Pernah dapat anugerah pelajar terbaik keseluruhan masa tadika. Walaupun cuma belajar A B C dan 1 2 3 tapi aku bangga






2. Dapat biasiswa JPA masa aku amik degree. Memang orang lain pun dapat tapi masa tu course aku 3 orang je dapat dan aku hantar borang permohonan masa hari terakhir kaunter nak tutup dah.

3. Jumpa dengan ramai orang yang berjaya personally dan ter inspirasi dengan mereka ini

4. 4 kali dean list

5. Tak sengaja terjoin bidang modeling

6. Buat dadih masa tingkatan empat. Semua family suka (^_^”)

7. Masa study aku cari duit sendiri dan jarang minta dari keluarga

8. Suka naik flying fox. Kau tau tak aku gayat??? Wwooooooooo!!

9. Mampu berucap di hadapan ramai. Walhal masa kecik nak cakap dalam kelas pun menggigil. Phewwww

10. Ada fan page? Hmmmm

11. Dapat anugerah pelajar terbaik Bahasa Melayu darjah 6. 100 weh! Budak paling pandai dalam sekolah pun datang pinjam kertas exam aku nak check sebab dia dapat 96. mwdfghjklrtyuiopl.

12. Dari kecik aku minat berniaga. Sekarang ada perniagaan sendiri

13. Aku takut sorang. Tapi sekarang semua benda pun buat sorang. Yeayyyy! Kau dah kuat

14. Dulu tak ramai kawan. Sebab? Aku memang diam. Buat hal sendiri dan tak ambil pusing hal orang. Sekarang? Bersyukur selalu dicari orang.

15. Pegang jawatan penting dalam kelab semasa di universiti, director, vice pres, vice director, etc.

16. Dah tau nak buat keputusan. Eh maksud aku, berani buat keputusan. Kalau dulu semua nak tanya orang suruh orang buat keputusan

17. Boleh bezakan kawan dan lawan

18. Pernah dapat 4.00

19. Terpilih untuk join koir sekolah

20. Tak sangka pandangan dan kata-kata aku diterima ramai

21. Mengenal hidup dalam usia muda

22. Mula berniaga dengan jual keychain kat kawan masa sekolah rendah. Tapi kakyong buat keychain, aku jual. Hihi

23. Selalu jadi presenter masa presentation assigment kumpulan di universiti

24. Seronok bila idea berkaitan fesyen digemari.walaupun mungkin bukan semua tapi ada yang suka

25. Sepanjang di universiti tak pernah satu semester pun yang tak join aktiviti kelab. Rasanya lebih 4-5 kelab jugak la. Dari semester pertama ;)

26. Dah maafkan semua orang yang pernah sakit kan hati ni

27. Tau hargai manusia

28. Okay cukup lah... dah rasa okay sikit lepas tulis ni;)))))




RS: Kalau agak - agak kau tengah down cuba tulis apa yang pernah kau capai. Mungkin akan membantu ;)


14 comments:

ini blog wirdah said...

jelesnye kak rina pernah dpt 4 kali dean list.wirdah stakat ni bru 2 je.
sem last ni tatau la camne.pernah dpt 4.00 juge.heh.tp zaman matrix la :)

Peri PiA said...

nak dibandingkan dgn riri,i'm nothin'

eYra said...

wah..tahniah rina...

cun personaliti + cun otak..

i like u

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bermacam² ko lalui...
ko bg tahu begini membuat aku lebih kenal ko ken aku...
hehehehehe...

tapi ko memang best...

RINA SALLEH said...

wirdah - takpe.tu semua zaman ujepenting. dah keje takde apepun;)) but all d best untuk final sem. atleast u got something to be proud. penting tu;)

pia - eleh piani.cakap je. jentikk kang;pppp

eyra- thank u! biasa je. tak lah hebat mana

meniti senja - ehehhee. semua orang pun lalui macam2 dalam hidup *winkkk*

Lilianna Mardiana said...

waaa, teringin nak jadi macam sis, memang mengidam sgt2 nak dapat 4.0 tahun nie, hehe. :)


anyway, sucess always sis rina!
kata2 akhir tu betul2 buat yana sedar, sebab kdg2 dalam hidup kita selalu bagi kritikan pada diri dan usaha kita, padahal ada lagi banyak bnde yang kita dah kecapi, tapi tak nampak. :)

RINA SALLEH said...

yana - im sure after all d hard work utk semni mesti dapat dean list sem ni kan;)) im praying with uuuu~~

yes. selalu nampak yang buruk dulu. kadang-kadang apasalahnya appreciate apa yang kita dah capai atas usaha sendiri ;)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

memang semua lalui...
tapi tak kan same dugaan dan kegembiraan yg diterima...
btol tak cakap aku???

Farhan said...

rina, aku nak buat ko jd idola aku la..hehehehe

RINA SALLEH said...

meniti senja - semua orang merasai rasa yang sama melalui ujian yg berbeza. lgipun kan dah dijanjikan yang kita cuma akan diuji dengan ujian yang kita mampu tanggung. maka aku redha...

paan - idola ke biola. hahaha. anyway paan, ada entry utk ko nanti;))

shida is my name said...

fuhh..rasa sgt kecik apabila baca u punye achievement but anyway kite sama dr segi berniaga sjk dr sek rendah...haha.

RINA SALLEH said...

shida - achievement tu actually untuk kepuasan sendiri. Pada orang lain tak penting pun. Takpe atleast achievement dalam hidup boleh tingkatkan keyakinan diri kita :)

anys said...

wow!
jeles nya bley dpt 4 flat..
cm ner kak rina study ek?
heheh...

pencapaian kak rina leh jadik inspirasi..
hehe

Rina Salleh said...

tido cukup. doa mak. jaga makan. ermmm maybe nak buat entry tips study nanti ;ppp