RSC

Wednesday, July 1, 2009

Pelajar UTM Ditemui Mati Selepas Beranak

Semalam masa I pergi lunch KFC, sengaja nak bagitau I dapat kupon KFC dah lama dapat baru perasan semalam hari terakhir kupon valid. Jadi mari guna kemudahan ini, dapat makan 5 ketul ayam;)


Okay, semalam kawan I ada bagitau berita tergempar pasal student meninggal dekat bekas Universiti tersayang I dulu-UTM Skudai. Heh.


Harini ada keluar paper pasal cerita tu. Jadi dengan semangat I bercita-cita nak baca suratkhabar melalui internet. Barulah macam cool kan. Balik boleh cakap pada ibu, I baca paper di ofis melalui internet. Heh. Tapi malangnya. Gara-gara niat yang tak suci mungkin, I tak dapat masuk ke site akhbar kegemaran. Maka seperti biasa kita Google! "Palajar Mati UTM". heh. Abaikan BM I memang sepah-sepah sikit. Tsk.


Maka I telah terjumpa keratan/salinan berita di blog eimajer. Dan telah terasa baik hati untuk kongsi cerita ini bersama rakan-rakan. Ambil ikhtibar dan jadikan tauladan ye anak-anak. Tiba-tiba terasa sifat keibuan tinggi lepas baca berita ni sebab teringat ibu dekat rumah lalu terus menasihati anda semua seperti anak-anak I. Heh.



-------------------------------------------------------



JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.


Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.


Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.


Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.


AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.


Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.


Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.


“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.


“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.


“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.


Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.


“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.


“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.


Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.


Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.


Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.


“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.



Rina Salleh: berdoa pada yang Esa moga kita semua tak meninggal dalam keadaan yang meng aibkan. Amin. Eh, kalau ada yang tau kisah ni, sila lah laporkan di balai berhampiran untuk membantu siasatan. I serius sedih ni. sayu.

22 comments:

• roOZu • said...

roozu juga berharap begitu.

InsyaAllah.

Cherrie Pie Sweety said...

Ya Allah..sedihnya...
harapnya all women out there..be a wiser one.. jangan gadaikan maruah diri dan jadi seperti cerita di atas..
p/s: takder kaitan. tapi takutnya sesapa yang duduk asrama tu pasni..eiii :P

ChePah said...

adeh ni kolej mana laa ni..mintak jgn la k9..satg kang ade pulak kua cita hantu bagai..huu innalillah..

ChePah said...

adeh ni kolej mana laa ni..mintak jgn la k9..satg kang ade pulak kua cita hantu bagai..huu innalillah..

.Anna. said...

aaaaa next sem saya pindah kolej tuu.

pagi tadi pun saya dpt sms dari member bgtau hal ni.trus beli metro.

takut gak pasal ni sis..

hmmm

tRuly tO be mYself 'Qa~ said...

tragis betul..
tak sangka sepandai-pandai manusia kan.. erm.. ape nak dikatakan lagi..
semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.. aminnn

Sky0ne said...

my little sis kat UTM, tapi balik this coming saturday...

Anonymous said...

sah k0olej 9...

chuck_muslim said...

Kt K9 kematiannya.apa la korang ni.hantu apa? benda pun tak tau.toksah nak fikir bukan2.kita tak pasti dia pregnant sbb apa..penganiyaan ke apa ke..apa pun jika dosa si mangsa.Janji allah itu benar, itulah istimewa wanita, yang melahirkan anak gugur dosa2 yang lalu, dan mati syahid.Allah maha mengetahui. Wallahualam.

Eima Jer said...

babe...

i link u ok..

salam kenal..

btw,
al-fatihah buat beliau..

Anonymous said...

...smoge Allah mencucuri rahmat keatas ibu n bby...i'm a mother...mmg sedih betul kalo tebace pasai kes2 bby mninggal ni...

T h e K i t C s H w a Y said...

i write about dis jugak on my blog.
mmg sdey sgt terbawak2 smpai nak tdo pun takut.(takut arwah dtg kat i sbb i asek tpkekan dee..)
tsskk..
share the same feeling.

feeza fauzi said...

al fatihah utk beliau..

berdoalah agar kite tak ergi dalam keadaan mengaibkan..walau macam manepun die tetap insan biase..ade mak bapak n famili..

Anonymous said...

mati ketika melahirkan anak~ya!syahid. dimuliakan disisi ALLAH.

tapi..

mati melahirkan anak luar nikah adalah mati yg sia3. bkn syahid ya. sama2lah berdoa agar kita,keluarga,rakan & umat islam dijauhkan dr perkara2 begini

aminn

abu muaz said...

Sebagai seorg bapa yg mempunyai anak perempuan sebenarnya amat takut utk melepaskan anak-anak ini. Tapi bila memikirkan masa depan mereka dgn berat hati dilepaskan juga.

Anonymous said...

nasib baik da grad dari utm..dulu ddk kolej9 bertaun2..sikit pye sronok ddk ctu..da la bilik kejadian sebelah bilik member..

smoge dosa-dosa arwah diampunkan..gambar die dgn boyfren xgune tu da tersebar da pon..padan muke laki tu..tak bole nk lari..arwah plak sikit pye innocent la mukenye.*sigh*

Cherrie Pie Sweety said...

ada link dia?/ nak tengok pic...

"PiA" si Peri Perasan said...

pia ada baca about this kat Metro :(
xblh nak byg penderitaan dia ttgung sorang2...
AL-FATIHAH

Anonymous said...

budak tu kat kolej 9,bilik depan ofis kan?

hafidzkamaruddin said...

what a tragedy

Al-Fatihah

a m b e r h u n n said...

scary lol..

nasevh said...

cdey la dgr citer2 cam neh..
arap pmpuan lebey bhati2 ble dgr
cite2 cam neh..
sygkn diri anda dlu..lebey dari anda syg diri owg len..