RSC

Wednesday, June 17, 2009

Rahsia aku masa kecik yang mak marah


Aku tiba-tiba rindu zaman kanak-kanak. masa kecik dulu aku agak nakal walaupun berwajah suci innocent habis. tak percaya? ermm mungkin cerita aku ni boleh yakinkan korang.



kes 1: masa bulan puasa waktu aku darjah satu, aku tak tahan tengok orang makan aiskrim masa tunggu bas balik sekolah agama. makin lama aku tengok makin aku tak tahan. jadi aku pun terus pergi beli aiskrim sepuluh sen kat kedai depan tu. yeay! bas sekolah sampai, aku pun naik dan makan aiskrim dengan riang. bila turun bas sekolah aku pun buang plastik aiskrim malaysia tu kat tong sampah rumah jiran. sebab aku baik, buang sampah kena dalam tong sampah. heh. sampai rumah mak tanya harini puasa tak? aku cakap puasa. tak lama tu jiran aku datang hantar kuih untuk juadah buka puasa. lepastu mak aku dengan makcik tu borak-borak. tiba-tiba makcik tu cakap kat aku, eh ina kan tak puasa, boleh rasa kuih makcik ni dulu. mak aku pandang aku, aku tertunduk, kantoi! kantoi!


Kes 2: Ni mak aku cerita. Masa aku umur tiga tahun kot, aku suka sangat nak main kipas. Ala kipas meja tu. yang kecik tu tau kan? Bila mak aku on je kipas aku pun nak pergi dekat. Tapi satu harini mak aku kat dapur masak. Aku pulak teruja dengan kipas sampai masukkan jari tangan dalam kipas. HAHAHAHA. Jari aku luka berparut sampai sekarang. Padan muka!


kes 3: dulu mak aku belikan adik beradik aku sorang satu kerusi kecik. masa bosan kat rumah aku dapat idea nak main lompat-lompat kerusi, masa lompat tu satu kerusi patah. aku takut mak marah, aku sorokkan kerusi tu bawah katil. masa kemas rumah dah lama sangat lepas tu baru mak aku jumpa. mak tanya siapa yang patahkan. semua tak mengaku. hehe;p


kes 4: kat kampung aku ada kerusi kayu tinggi yang aku rasa cool. ermm, macam bar stool macam tu lah. kalau duduk atas tu rasa tinggi je. heh. bila balik kampung, sepupu aku yang lain pun berebut okeh nak kerusi kayu yang cool tu. tapi disebabkan aku comel aku dapat kerusi tu. tapi malangnya masa berebut kerusi kayu tinggi cool tu, aku gagal kawal diri lalu aku dan kerusi terjatuh atas almari kaca. kuku jari aku patah sampai kena doktor kata kena cabut. lepas tu taubat tak nak naik kerusi tinggi lagi. dan selalu adore kerusi tinggi kalau nampak kat mana-mana. almari kaca opah aku pulak sampai harini kalau tengok mesti aku terkenang peristiwa tu. lagi-lagi sebab pintu kaca tu arwah atok gantikan dengan papan je. tsk.


kes 5: aku teruju tengok blender(mesin pengisar). Aku rasa dia satu ciptaan unik yang canggih. Aku nak tau macam mana mesin tu berpusing sampai bawang-bawang sema hancur eh? Lalu satu hari masa mak aku sembahyang, aku cuba cuba petik punat yang ada kat mesin pengisar tu. tiba-tiba dia berbunyi dengan kuat. Aku panik. "Ina bunyi apa tu???" mak aku jerit bertanya. Aku terus letak tangan atas mesin pengisar yang masih berputar tu dengan harapan dia berhenti berbunyi bising. Tapi..... tangan aku luka. cepat-cepat aku tekan punat off. Damn! damn! Sampai harini ada lagi parut kat tapak tangan. Huh


kes 6: Bila balik kampung aku selalu main masak-masak. Aku teruja bila tengok api menyala besar bila letak getah ikat sayur kat atas api. hehe. jakun! tapi satu hari aku cuba bakar straw minuman dan straw cair menitik-nitik. kagum weh. aku kumpul straw banyak-banyak dan mula bakar. Aku teruja sampai tak perasan straw yang dah cair menitik atas jari aku. Tak la sakit sangat. Tapi petang tu jari aku mengelembung macam mata ikan emas bulat tu. Aku takut. Aku mula-mula tanak bagitau mak. Tapi sebab takut tangan aku kekal macam tu aku bagitau mak. Uwaaaaaaaaaaa. Mak marah.


Masa aku kecik-kecik aku nakal. jadi mak aku mungkin tertekan dengan perangai aku. mak aku garang weh. aku takut kalau mak aku marah. tapi tu masa kecik lah. bila aku dah sekolah menengah mak aku marah aku jugak bila aku aku buat salah. aku ingat dia tak sayang aku. Aku pernah plan nak lari balik kampung tanak duduk dah dengan mak aku. tapi aku kan penakut, so aku batalkan plan aku tu. tsk. bila dah besar mak aku sporting pulak. tu aku konfius. mungkin masa kecik aku nakal melampau batas sampai mak aku tertekan. haha.


Okeh, banyak lagi lah cerita mesti tak habis sampai esok. tahun depan je la aku sambung cerita lagi. Heh;p



Rina Salleh: Walaupun aku nakal, tapi aku sayang mak aku. Dan walaupun mak aku garang marah aku masa kecik-kecik, aku tau mak aku sayang aku. Buktinya, mak aku jadi kawan aku sekarang. Mwahh. I love u ibu;)

10 comments:

tRuly tO be mYself 'Qa~ said...

hee~
nice stoRy..
kiter pUn dulu nakal juga tau...
heheh

eis kamil said...

ahahaha tetiba terflashback sendiri punya nakal.

cik yaya said...

hey apasal suka main mende2 bahaya neh T_T tskts

Cherrie Pie Sweety said...

he he.. kecik2 kenala nakal.. baru ebs n ada cerita nak dikongsi.. kalo baik sangat... macam xder cerita lak nanti...
btw, comel sangat kamu..

paraxixth said...

same la kes kite pasal getah straw terbakr.aku pakai getah tayar...lagi la..sampai skang ade parut

Farhan said...

erm, mak aku pon garang gak dulu..tp skrg anak2 dah besar, x bole nak marah dah..dulu selalu kene libas dgn tali pinggang..huhu

aku dulu bakar botol vitagen, sarungkan kat kayu pastu bakar..wat mcm obor tuh, masuk bawah rumah adik aku follow skali, aku pusing nak kuar, plastik terbakar tuh jatuh atas muke adik aku..smpi hari ni ade parut atas hidung die..huhu

Latika.Dot.Dot. said...

kak rina, punyalah seram baca yg blender tuh. haha.

*thanks taw jd follower. akak tak sombong okeyh.
=)

RINA SALLEH said...

atiqah - hehe. sume org pun nakal agaknye mase kecik2. kesian mak pening nak layan. hehe;p

eis - ketawa balik klau teringat perangai sendiri kan. hahaha

cik yaya - owh mase kecik sangat teruja tgk semua bende. mak pon penat layan.

Cherrie Pie Sweety - hehe. aah kan. agaknye sbb mase kecik2 dah penat nakal, dah besar baik skit. skit je;p

paraxixth - getah tayar?? hessshh, tu lagilah kalau cair mesti best! sblm dia sejuk msti best dia mcam jeli. bole main2 mcm plastesin. kikiki

paan - kalau ko tak cakp pun, aku tau ko nakal kecit2 dulu. tgk la skng dah besar lagi nakal menjadik2. msti mak ko pn tak larat nk amek kesah dah. haha

latika - huhu. bile pk blk mmg ah seram. tp mse tu tak pk. uhuh

NUR MUNIRAH ABD RAZAK - CaHaYa YaNG BeRsiNaR- said...

Eiii nakal jgk die..hehe..tgk mcm nakal2 manje je tp kalau sampai msuk jari dlm kipas n blender, nakal yg advance tu..hihi..nice story..:)

miss_eliana said...

noty nye! hehe~
mesti tgn tue penoh parut2 kan..
ekeke..
tape2..maintain vogue kan..ngee~