RSC

Tuesday, May 26, 2009

Catatan Medan 14 Mei 2009

Ok dah lama dah tapi baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal pergi Medan hari tu.



Part 1 - 14 mei 2009...


Pagi-pagi lagi aku dah bangun bersiap-siap. Pukul 9.30 Iqa kata nak datang ambik aku dekat rumah. Erm, nak pakai baju apa ni? Dress hitam yang beli kat Little Black Book tu baru sekali je aku pakai. Kalau pakai harini pun best jugak ni. Lagipun bukan ada nak rentas desa atau panjat gunung. Hihi.



Sampai je dekat LCCT, yang lain semua dah tunggu. Lepas check-in bagasi, aku dengan Iqa makan Dunkins Donut sebab kitorang belum sarapan lagi. Habis makan tu ada masa lagi setengah jam sementara nak tunggu flight ke Medan. Jadi aku ambil peluang ni sambung baca novel yang aku bawak.



Aku memang tak ada masa sangat nak baca novel. Selalu sebelum tidur aku baca sikit-sikit. Ntah bila nak habis. Dekat rumah ada lagi dua tiga novel yang aku beli masa pesta buku haritu belum sentuh pun lagi. Aku awal-awal dah fikir, masa-masa terluang dalam perjalanan ni aku nak baca novel. Jadi aku memang siap bawak novel ni dalam beg;)



The Undomestic Goddess by Sophie Kinsella ni aku nak habis kan lagi separuh. Setakat ni buku tulisan dia semua dah habis baca. Lepas ni aku nak baca Can You Keep a Secret pulak. Lepas tu, aku nak baca novel-novel dari Cecelia Ahern especially P.S I Love You. Tapi belum beli lagi. Bila singgah MPH nak beli selalu je terasa belum ada masa nak baca. Tsk. Tsk.


Masa terasa pantas berlalu. Lagi pun penerbangan ni cuma ambil masa 50 minit je. Kami tiba di lapangan terbang Medan kira-kira jam 12 tengahari dan disambut mesra oleh seorang lelaki yang membawa sepanduk ‘Mr Jamallulail’. Tu nama pakcik aku.



Lelaki yang tunggu kitorang ni wakil dari agensi perlancongan kat Indonesia ni. Dia memang di tugaskan sambut kedatangan kitorang kat airport bersama sebuah bas yang tunggu depan lapangan terbang tu yang akan bawa kami selama empat hari di sini. Eh, tapi pakcik aku tak datang hari ni. Flight dia terpaksa di tunda esok sebab hari ni ada mesyuarat penting yang nak kena attend.




Naik bas je, aku dengan Iqa terus ambil tempat duduk baris kelima dari depan. Kitornag duduk bersebelahan. Aku suka kalau pergi berjalan dengan Iqa sebab kitorang sekepala bab berjalan ni. Aku boleh bayangkan sepanjang empat hari ni mesti best gila especially bila pergi beli belah. Teruja! Dalam bas, lelaki wakil dari agensi tadi mula memperkenalkan dirinya sebagai Kus dan mengucapkan selamat datang. Kus ni ramah lepastu suka buat lawak. Memang best lah!

Aku dengan Iqa duduk sebelah sebelah dalam bas




If happened that you are reading this Kus, I wanted to say “hye, nanti aku email kamu untuk minta kamu arrange kan percutian aku ke Jakarta ok”



Kus bagitau yang perjalanan seterusnya ke Danau Toba akan ambik masa 4 jam dan kami akan check in di Siantar Hotel, Parapat. Tapi sebelum tu Kus bawak kitorang makan kat Restoran Simpang Tiga. Sampai je terus terasa kecur air liur tengok lauk-pauk dah siap terhidang. Dah la tengah lapar ni. Lauk-lauk dia pulak sedap. Nyum nyum! Nasib baik aku ni bukan jenis yang memilih bab makan. Iqa pun sama. Jadi tak ada masalah lah pasal makan ni.


Selesai makan tengahari tu perjalanan 4 jam pun bermula. Kus bagitau bas akan singgah kat money changer. Aku tak nak tukar duit sebab dah siap tukar duit kat Malaysia dah. Tapi masa bas berhenti tu aku nampak kedai telefon kat sebelah tu. Aku memang dari awal lagi dah fikir nak beli nombor sini. Lagi murah kalau nak banding dengan caj roaming ke Malaysia.



Jadi aku pun beli prepaid simPATI dengan harga rp15000 lebih kurang RM5 duit Malaysia. Sempat tu aku pilih nombor. 081 370 882818. Tengok cantik tak nombor aku? Cantik tak? Tapi balik sini tak pakai dah la nombor ni. simpan je la. tsk.



Orang pertama aku telefon dengan nombor baru aku tu adalah orang paling aku sayang dalam hidup aku lepas ibu dengan abah, dan masa tu dia tengah kerja. Saja aku kacau. Sebab aku tau dia mesti rindu aku. Kalau tak rindu pun mesti dia ingat kat aku. Aku tau sebab aku rindu dia banyak-banyak. heh;p


Eh kalau u baca blog I, mesti u tersenyum je kan. I tau. -Hye darling, are you reading this?



Dalam perjalanan tu Kus pun ceritakan pasal kawasan sekitar. Memang patutlah lah kan dia cerita sebab dia kan pemandu pelancong. Kagum aku tengok banyak yang dia tau pasal negara dia. Kalau aku? Hehe. Sejarah Kuala Lumpur je aku dah fail, lagilah tempat-tempat lain. Tu lah, dulu cikgu ajar sejarah aku tidur dalam kelas. Padan muka! Sambil dengar coloteh Kus tu aku sempat lah ambil gambar dari atas bas. Tak lama lepas tu aku dah mula rasa mengantuk. Tak sedar bila aku tidur.



Bila aku sedar bas berenti singgah dekat kedai jual makanan kering. Aku pun turun minum Teh Botol dengan Iqa dan beli kerepek untuk bekal dalam bas. Sebab suka makan kerepek lah aku jadi suka merepek-repek ni. eh, mitos je ni, jangan percaya. Hehe.

Ni teh botol;)


Stesyen minyak kat sini nama dia PERTAMINA. Boleh kata sepanjang jalan takde jumpa pun steseyn minyak selain Pertamina. Cuma dekat airport je ade petronas. Mesti kaya pertamina ni.




Gambar dalam perjalanan. (Gambar ihsan manaf)


Lebih kurang jam 6.30 waktu Malaysia atau 5.30 waktu di Medan kami singgah pula kat sebuah kedai yang menjual ole-ole di Permatang Siantar. Nama makanan yang dijual kat sini pelik-pelik semuanya. Ada teng-teng, pang-pang, ting-ting, tang-tang dan tong-tong. Pelik kan? Ni nama makanan yang berbentuk manisan. Sedap. Aku beli teng-teng dua kotak, rasanya lebih kurang macam kacang tumbuk.


Permatang Siantar ni merupakan pekan kedua terbesar selepas Medan di provinsi Selatan Sumetera ni. Penduduknya pulak terdiri daripada 60 peratus penduduk beragama kristian dan cuma 20 peratus beragama Islam. Jadi tak hairan lah kalau di sepanjang jalan banyak terjumpa perkuburan kristian kat sini.


Pengangkutan awam kat sini pulak dipanggil angkut/angkutan. Angkut ni sebenarnya ialah sebuah van yang di cat dengan warna-warni dan bercorak-corak. Teringin rasa nak naik. Kat sini tak ada hentian bas woo. Kalau nak naik atau turun, cuma bagitau je dekat mana dan angkut ni akan berhenti. Jadi kadang-kadang jalan jam sebab angkut ni memang berhenti je mana-mana yang penumpang mintak. Lagi satu yang peliknya, dekat mana-mana kawasan disini, semua kenderaan, tak kiralah motor, kereta atau lori sekalipun semuanya suka bunyikan hon. Kus kata bukan diorang marah tapi memang diorang ni suka bunyikan hon. Dan kalau terjadi kemalangan pulak, kenderaan yang besar perlu bayar kepada yang kecil sebab yang besar dianggap bersalah. Oh, memang pelik!

Kat sini tak ada teksi atau bas. Semua naik angkut ni.



Kami Tiba di Siantar Hotel, Parapat kira-kira jam 7.30 malam waktu tempatan. Lepas letak bag kat lobi je terus kitorang pergi makan malam kat hotel tu. Pukul 8.30 tu pulak ada seminar. Sebenarnya tujuan aku ke sini sebab ada seminar ISO tapi cuma untuk satu malam je. Selebihnya kami akan berjalan-jalan sekitar Medan;)



Lepas makan aku dengan Iqa terus masuk bilik. Bila masuk bilik aku terus periksa suiz lampu, toilet, almari, tingkap dan tengok-tengok kawasan bilik. Ni memang rutin aku kalau ke mana-mana hotel. Aku periksa sekali lalu je la. Takut-takut tak ada air dalam bilik air, lampu rosak, pengering rambut dalam bilik air tak berfungsi ke atau ada binatang yang menyorok dalam almari yang aku tak tau. Takut. takut.



Lepas tu aku terus ke tingkap sebab bilik ni mengadap ke tasik. Cantik betul pemandangan walaupun malam hari. Kawasan ni sejuk. Bilik pun tak payah pasang air-cond. Memang sejuk! Hotel ni agak unik sebenarnya sebab kedudukannya yang berada di bawah dari jalan masuk.



Aku cuci muka dan bersihkan badan sikit sebelum bersiap untuk seminar. Masa seminar tu, Iqa pun join aku sekali sebab dia tak nak duduk kat bilik sorang-sorang. Sepanjang seminar tak tau nak buat apa, dia layan PSP je la. Aku pulak macam biasa tangan aku laju je menghala lens kamera aku ni dan ambil gambar apa yang patut.



Tengok. tengok. I sibuk bergambar masa seminar. Iqa pulak main PSP. Shhhh. jangan bagitau uncle I eh.


Habis je seminar aku dengan Iqa terus ke bilik. Malas nak berjalan-jalan. Penat lah. Aku pulak rasa teruja nak tengok siaran Indonesia ni. Masa tengah search channel aku terlekat dekat channel SCTV. Ada sinetron. Best giler. Tajuk sinetron tu, terlalu cinta. Aku tak kenal lah pelakon-pelakon dia tapi macam biasa memang cantik-cantik dan hensem-hensem pelakon dia.



Bersambung...

4 comments:

| eus | said...

sonoknyer.... nk itot!!!!!

• rOozu • said...

wah.. ke indonesia.

seronok...

kamoo lawa pulak tuh~!

riqzmie said...

hi dek..leh tak kita tukar banner/link,kasi tau akak bila dah post ye..thank

jenguk2 lah ye handmade jewelry buatan akak sendiri ye

http://www.riqzmiecreation.com/

im juz a reader said...

sempat melawat gi lawat tak.....kat danau toba?