RSC

Friday, April 3, 2009

Sekolah tadika dan kisah air Vitagen


Tiba-tiba kenangan sekolah tadika menyelinap dalam kepala otak ni. Dulu Rina tadika kat tadika KEMAS Taman Ehsan/Desa Jaya. Ni dekat Kepong Selangor. Ha, yang pakai baju kotak-kotak kaler merah tu. Ingat tak? Masa tu mana ada tadika orang putih macam sekarang. Lagi pun mahal kot, mesti lah ibu dengan abah tanak hantar pergi sekolah mahal. Tak mampu la weh.


Okeh masa tadika dulu sangat lah suka pergi tadika sebab ada kawan-kawan, makan ramai-ramai, ada nyanyi-nyanyi lagu-lagu best macam lagu rusa yang-dah-lupa-macam-mana-lagu-tu tapi memang best sebab siap ada action masa nyanyi sorok-sorok dari nak kena tembak. Konon-konon macam rusa lah. Haha. Paling best ada satu hari, dah lupa hari apa, yang boleh masuk library kat tingkat atas. Excited! Sebab kat atas tu tak boleh naik hari-hari biasa. Yang tak boleh tu lah yang best kan yang nak jugak sangat-sangat.


Tapi sepanjang kat tadika dulu paling tak boleh lupa ada satu hari ni order air Vitagen masa orang datang buat promotion kat tadika. Kelakar. Macam semangat bila ada yang order-order ni semangat balik nak bagitau ibu dengan abah lepastu pujuk-pujuk nak jugak. Eh, macam la kat kedai takde. Tapi bila pergi kedai macam takde pulak semangat nak beli. Ni semua terpengaruh dengan kawan-kawan. Tapi malangnya, hari yang nak dapat air Vitagen tu Rina tak pergi tadika. Tak ingat apasal. Macam ada emergency balik kampong. Bila balik rumah tengok ada air Vitagen depan pagar. Rupanya ada kawan satu tadika tu dia tolong hantarkan sebab dia naik bas sekolah sama dengan Rina. Woooo. terharu bila ingat kan balik. Sanggup suh uncle bas tu lalu depan rumah Rina walaupun Rina tak naik bas haritu semata-mata sebab nak hantar air Vitagen yang satu pack tu;)


Lagi satu, ada satu hari ni baju tadika tertumpah kena bubur masa duduk nak makan ramai-ramai. Terus menangis, cikgu pujuk-pujuk. Haha. Malu sampai nak nangis-nangis. Dah cukup-cukup nangis. Sendiri yang buat tumpah nak nangis. Sememah. Tak macho langsung okeh!


Masa tadika kan ada hari sukan. Tapi seriously bab-bab sukan memang fail lah. Haih. Walaupun acara yang di pertandingkan macam makan biskut sambil tangan kat belakang, tiup belon sampai pecah, bawak bola dalam sudu (sambil tangan kat belakang jugak, kenapa semua game dia tak bagi pakai tangan?), rebut kerusi dan lari dalam guni tapi memang tak dapat menang apa pun. Mungkin ni bukan bidang Rina lah. Tu pasal tak menang mana-mana acara. Hehe. Mungkin kalau ada acara sukan jalan berlenggang dengan payung baru boleh menang kot!


Tapi masa tadika saya dapat anugerah pelajar terbaik keseluruhan dan terbaik keseluruhan sesi pagi. E’eh Rina, piala kat umah dah berhabuk simpan dalam setor buat penuh setor je lagi mau cerita. Huh.



P/s: masa tadika dulu ada sorang budak nama Wan apa tah. sangat cantik. Suka tengok dia. Haha. Mungkin dari kecik dah ada sifat macam ni. Owh, nanti Rina scan gambar masa zaman tadika nak upload kalau ada.

11 comments:

KELALANG said...

air vitagen?haha
best2
dulu bla dpt borg vitagen nk kne isi bpe kuantiti bpe total up
dpt jek tros isi pas blk skola
gile smgt cam xle bli kat spermaket
kaka!
kanak2

myra_miracle said...

betul3.. time tuh nak li air vitagen sipa pilih kaler len2.. pastu cam syg gile nak minum. Adek mintak pon tak bg.. hahaha.. thanx 4 remind me this memory.. senyum je bile bace.. =)

riri said...

kelalang - yes!! kena isi form segala. padahal nak beli vitagen kat kedai mamak pun ade lah weh.

myra - ahha itulah, nak cukupkan kaler. kaler putih taknak ye. haha, bila pegi sekolah balik siap cerita dgn kawan2 pasal vitegen yang beli haritu sedap. padahal vitagen je okeh =)

KuCAi said...

Hehe..
lawak gak bace blog neh..
tulis pasal vitagen pulok..
huhu..
my tadika xde macam tu daa~..
kakaka..
tapi still, bab pilih kaler vitagen tuh, rasenya macam semua org buat jek time kecik2 dulu..
hehe..
neway, thumbs up for this blog!
and peminat2 vitagen sekalian, now i know kenapa vitagen punya generasi x putus2 smpai skarang..:p

.ArianiAizat. said...

hye riri..sonok kan ingat balik kenangan ms kecik2 dl ;)

btw,ada award utk riri..bley amek kat blog nani =)

shida is my name said...

hehe...u sm je ngan i bab2 skn ni mmg fail...haha. dr kindergarden, primary, secondary n uni....haha. i punye air kotak bkn vitagen...besttt sgt2

nadxoxo said...

nak tengok gambar rina masa kecik2!! next entry! :P

13may said...

hhehe hehhe...nostalgia :D

oh ya! thanks for visiting & following my blog :)

Have a nice day!

jumpa lagi :)

riri said...

kucai - hehe. budak2 kan;p tq.

ariani - aah. okeh nnt kite amek;)

shida - hehe. mmg sukan macam sgt hampeh. *malu*

nad xoxo - insyaAllah;)

13 May - nolstagia kan. hihi

Thebeautyholics said...

rina,
Kepong kat KL la.
bukan Selangor..
heheee.. =)

riri said...

ha kl ke? lupe dah. kecik2 je dok sane. haha;p