RSC

Monday, April 6, 2009

Saya nak jadi doktor cikgu


Setiap insan ada cita-cita dan impian. Kalau bernasib baik tercapai lah cita-cita dan impian tu. Eh bukan nasib baik je, dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan dengan ketentuan Allah jugak! Kadang-kadang cita-cita boleh berubah. Berubah mengikut persekitaran dan kehidupan seseorang tu.


Masa kecik-kecik, cita-cita mungkin banyak dipengaruhi oleh orang-orang di sekeliling dan kerja-kerja yang gah dan glamor. Doktor, jurutera, arkitek, akauntan, polis, bomba, pramugari antara cita-cita yang famous dalam profil budak darjah satu. Lantas bila di belek-belek cikgu, cita-cita dalam satu kelas tu semuanya seakan-akan sama. Bila cikgu tanya, apa cita-cita awak? Dengan bangga, si kecil ni pun jawab lah, “saya nak jadi doktor cikgu.” “Kenapa nak jadi doktor?” “Sebab boleh tolong ubatkan orang sakit”. Suci murni sungguh cita-cita. Padahal satu apa pun tak tau pasal doktor. Yang tau, doktor tu pakai baju putih, boleh pakai benda-yang-boleh-dengar-degup-jantung-orang lepas tu cucuk orang. Haha. Selebihnya fantasi-fantasi belaka.


Masa kecik-kecik dulu, cita-cita Rina nak jadi:

  1. DOKTOR
  2. PERAMUGARI
  3. AHLI BOMBA.

Haha, ahli bomba memang tak boleh blah. Cikgu siap tanya… eh, betul ke nak jadi ahli bomba awak ni? Ni kerja lelaki ni. Masa tu tiba-tiba rasa macam, eh tak boleh eh jadi bomba?? Ok, padam tukar. Tanya kawan sebelah…

Rina: eh yang jadi macam bawak kertas gulung-gulung besar kat dalam tv tuh kerja apa eh?

Kawan: ooo, arkitek.

Rina: eh yeke. Erm tu yang lukis-lukis tu kan? Bukan yang tu. Tak best. Ni yang macam yang pergi tempat yang tengah buat bangunan lepas tu pakai topi putih keras tu bawak kertas gulung-gulung yang besar tu. Dia yang macam tunjuk-tunjuk kat bangunan tu.

Kawan: erm, engineer kot.

Rina: ha yang tu lah. Bahasa melayu panggil apa?

Kawan: Engineer lah.

Rina: (eeee, bukan lah!) Eh awak engineer bahasa melayu apa? (pada kawan duduk belakang)

Kawan duduk belakang: Jurutera.

Rina : ha!! Tulah nama dia;)


  1. DOKTOR
  2. PERAMUGARI
  3. AHLI BOMBA JURUTERA

Okeh dah siap. Maka tulah cita-cita masa dalam profil darjah satu. Kalau cakap nak jadi cikgu ke rasa macam, alah tak glamour nanti. Nak kerja yang ada nama. Boleh duduk pejabat pakai cantik-cantik. Dengan harapan nanti jadi orang kaya. HAHA. Tapi sekarang macam teruja dengar orang jadi cikgu. Dah terbayang-bayang nak jadi cikgu sebab kawan-kawan ramai jadi cikgu macam best lah pulak.


Bila dah sekolah menengah cita-cita berubah lagi. Masa tu baru tau Rina takut darah dan tak lah into sains sangat. Walaupun keputusan sains bagus tapi macam bukan jiwa Rina lah. Jadi macam mana nak jadi doktor? Huhu. Lepas tu minat akaun pulak. SPM pun akaun berjaya dengan cemerlang. Tapi bila masuk Universiti, amik kursus lain pulak gara-gara terpengaruh dengan persekitaran masa nak mohon kursus tu. Masa tu buat part-time di suatu firma konsultan.


Dan sekarang minat dah berubah. Okeh minat ni memang ada dari dulu, Cuma dulu masa belajar nak kursus gempak-gempak. Alah semua orang pun masa orang tanya, “Eh awak amik course ape?” Mesti macam best bangga je nak bagitau kalau kursus kita ambil tu glamour gempak. Konon-konon macam hebat lah. Tapi bila dah kerja baru tau macam mana kerja sebenarnya. Memang tak lah sama macam masa belajar. Boleh lah nak apply kan sikit-sikit. Yang lain semua bergantung pada pengalaman dan pengetahuan serta inisiatif sendiri. Kerja tak lah susah tapi mencabar lah kan. Kalau tak mencabar semua orang boleh kerja apa-apa pun atau tak payah kerja terus.


Cuma bila jiwa tu tak kesitu, kerja jadi macam berat walaupun ringan. Rasa tak begitu best lagi walaupun orang lain teruja dengan title dan kerja kita. Kena suruh sikit dah rasa membara je jiwa. Kena tegur betulkan balik surat yang salah taip pun rasa nak campak terus surat yang kena reject tu. Biasalah dah tak nak semua pun nampak tak best. Huhu. Kalau memang dah cita-cita dan kuat semangat, rasa macam LAUTAN API SANGGUP KU RENANGI la weh. Susah mana pun sanggup. Kena kerja sabtu ahad pun sanggup. Tak dapat cuti raya pun takpe. Tak dapat dating pun ok. Macam fikir girlfriend/boyfriend ke kena lah paham kan. Ni tengah nak bina kerjaya ni. Support lah weh. Kata partner sehidup semati.


Sekarang ni Rina tengah berhadapan dengan krisis ni. Bukan lagi krisis untuk berubah cita-cita. Tapi berubah profession. Peluang datang depan mata. Tapi, sanggup ke tak sanggup? Nak ke tak nak? Berani ke tak berani? Kang abah tanya nak jawab apa pulak? Ibu macam biasa memang memberi sepenuh sokongan walau apa pun yang Rina buat. Mungkin doa ibu yang buat kan Rina dapat melepasi ujian-ujian sebelum ni dengan jayanya walaupun tak lah hebat mana.




p/s: Jadi sekarang ni semua terpulang pada diri. InsyaAllah rezeki tu ada dimana-mana kalau kita yakin dan usahakan dengan sungguh-sungguh kan. Amin. Rina sila lah pasti dengan keputusan awak ni.




Love,
Rina Salleh

20 comments:

nadxoxo said...

haha. boleh lak tertukar ahli bomba ngn arkitek ek..

wande-ful said...

rina..mine was ahli politik..mmg tak boleh blah ar time tuh..baru darjah 3 nak jadi menteri...hahaha

owh my...what a small world..kite rasa benda yg same...bezanya rina ada choice...while im not! legally bonded for 8 years. sound b.o.r.i.n.g~

listen to your heart beb :)

riri said...

nadxoxo - haha. biasalah budak2. asalakn cita-cita macam nama best femes. semua nak;)

melin - kelakar kan mse kecik. tak tau ape. janji cita-cita gempak. haha;p

tu la kan. ermmm, insyaAllah lah melin. tapi kalau Rina dah kerja lain macam lari giler dari bidang asal jangan terkejut tau. haha;p

KELALANG said...

mymom pon suh jd doktor

tp last2 blaja engineering gak

kaka!

NedDy said...

Go Rina..Go Rina... ehe.

Caiyo' Caiyo'..

Just do it rina.

But B4 dat dapat kan restu ayah dulu tau.

i Know dear, u can do it.

myra_miracle said...

hahaha.. mmg syok je bile bace ur entry.. slalu mengingatkan kenangan2 dulu... dulu pilih cite2 sbb dengar cam besh je. sedangkan tak tau pun ape kerjaya itu sbenanye.. herm.. follow ur heart, and op coz ur passion. herm.. nape? nak jadi cekgu ka?? =)

afy sufy. said...

abs tu kt uni cs amik jurusan?

riri said...

kelalang - doktor tu cita-cita femes okeh. sume org nak jadi doktor. hehe;p

neddy - thank u syg. pape hal keep in touch tau. mana tau kita nak jv in future kan;)

myra - ermm mc best jgk jaadi cikgu. cikgu tadik. ehhehe. takla. insyaAllah kalau ada rezeki akan ke bidang lain.

afy - dulu amik jurusan juruselam. hehe. taklah amik kos biase2 jek

elyna said...

gud luck sis..

tRuly tO be mYself 'Qa~ said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dari dulu sampai sekarang teringin nak jadi cikgu.. masih bOle lagi ka..? huhu ~


<3 wit luv, Qa~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

riri said...

elyna - tenkiu ;)

atiqah - bole je. pegi lah apply kpli. hehe. rina nak jadi cikgu tadika. mane kosong?

aku kaki LARI said...

salam..
hye..nice blog..
post ni pon best...tak bosan nak bace..n ape yg awk smpaikan ni memang berlaku jgk pada org laen...

memang best bace..thanx!

riri said...

wsalam - thank u! mebi lah kan. at least setiap org mesti penah rase keliru nk buat pilihan.

wande-ful said...

rina...if you become someone popular one day...im not that surprise...

skang pon..u are already famous and everybody sweethearts!

ala..apa yg kita blaja dulu is actually just a ticket utk we establish our career. its not supposed to be the exact same field...:)

u go girl!

rina...review la sket pasal make over workshop tuh...date tuh tepat plak kena time fena tunang..tak dpt g :(

riri said...

huhu melin, tak lah popular. nak keje belakang tabir je. bole?

ye betul. dats y lah kan. keje pun apply sikit2 je.

owh workshop tu on 19 april. mase tu feena tunang eyh? wow! nnti lepas workshop rina cover story (macam wartawan pulak)

nad nazira said...

antara pilihan cita-cita saya semasa kecil ialah 'salesgirl'. sungguh tak bley blahhhhhhh..haha

wande-ful said...

eh...silap2...
fena tunang 4th april...ingt dah lepas..

tapi 19th feb...i might not be in KL...adus..next time la k...

wah..nnt jadi teacher ajar pakai tudung...ok la gak tuh...hehe

ajja said...

haha..betul2...sgt memilih kan?..now after being a teacher,..now i noe best g kalo dari dulu i realize it..hohoho
take care k dear
miss u much2...xoxo

arwenetik said...

hye rina
wah,sungguh menarik cite2 anda
tp part yg kate bwk kertas gulung2 besar tue,awk mmg mengingatkn sy dulu..mmg awk terpkr,pmbawa kertas itu engineer eh,bukan arkitek eh..hmm,btoi2 story tue best...btw,me arkitek,tue yg rase cm klakar tue.hahhaa

riri said...

arwenetik - hehe, aahlah. dulu ingtkn artiket tu lukis2 bangunan je. dia tade g site sume tuh. haha. pengaruh tv semua tu;p